Setelah masuk hari ketiga, akhirnya perkhabaran tentang pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang hilang dari radar saat membuat perjalanan menuju ke Singapura semakin menemui titik jawapan.
Menurut portal berita dari Indonesia, detik.com, sejumlah serpihan bangkai pesawat dan jasad penumpang pesawat tersebut ditemui terapung di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Malah, menurut portal tersebut, bayangan QZ8501 yang terdampar di dasar lautan juga sudah kelihatan.
Menurut pakar penerbangan, Alvin Lie, pesawat tersebut berkemungkinan terus pecah ketika ia terhempas di permukaan air berdasarkan kepada penemuan serpihan kapal terbang itu.
Walau bagaimanapun, ia hanyalah konklusi awal yang diberikan beliau yang masih meneruskan analisisnya. Dia juga menambah, andaian bahawa pesawat tersebut meletup di udara adalah kecil.
“Kalau ia meledak di udara pasti serpihannya menyebar,” ujarnya ketika dihubungi portal terbabit.
Sehingga kini, anggota mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui enam mayat yang terapung di persekitaran perairan itu.
Sumber : mynewshub.cc