Showing posts with label QZ8501: Usaha Bawa Naik Ekor Pesawat Buntu. Show all posts
Showing posts with label QZ8501: Usaha Bawa Naik Ekor Pesawat Buntu. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

QZ8501: Usaha Bawa Naik Ekor Pesawat Buntu

Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang memasuki hari ke-12 ditamatkan petang tadi dengan usaha menaikkan bahagian ekor pesawat masih buntu.


QZ8501: Usaha Bawa Naik Ekor Pesawat Buntu, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, mangsa nahas airasia, bangkai pesawat airasia qz8501
Helikopter tentera Indonesia mendarat di atas kapal KRI Banda Aceh yang berada berhampiran kawasan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui semalam. - Foto Reuters
 
Berdepan cuaca buruk serta arus dasar yang deras sehingga mencecah kelajuan 3 hingga 5 knot, menyukarkan tiga pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk memasang beg pelampung.

Bagaimanapun, satu beg pelampung itu sudah berjaya dipasang di bahagian yang menempatkan kotak hitam pesawat QZ8501 bagi memudahkan operasi mengangkat beban seberat lima tan itu.

“Sudah dipasang satu beg pelampung, esok tinggal diteruskan (pelampung yang lain),” kata Ketua Pusat Penerangan TNI, Fuad Basya di kapal KRI Banda Aceh di Selat Karimata, di sini.

Fuad menjelaskan, satu beg pelampung itu dipasang oleh penyelam pasukan pertama yang terjun ke dasar laut, namun usaha pasukan kedua untuk menyempurnakan tugas sama, gagal berikutan arus kuat.

Beliau berkata, kelajuan normal yang membolehkan penyelam dapat melaksanakan tugasnya dengan baik adalah pada kelajuan arus sekitar 1 hingga 2 knot.

“Tidak boleh dipaksa, harus tunggu sampai esok pagi. Mudah-mudahan boleh selesai esok,” kata Fuad.

Sementara itu, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini berjaya menemui dua lagi mayat mangsa nahas pesawat QZ8501 di kawasan pencarian sektor III.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, menerusi laman twitternya, memaklumkan satu jasad wanita ditemui KD Perak kira-kira jam 10 pagi. Pada sebelah petang pula, KD Kasturi menemui satu lagi mayat lelaki.

“Satu lagi jenazah lelaki ditemui dan baru diangkat naik oleh KD Kasturi hari ini jam 4.15 petang di Sektor III,” katanya.

Dua mayat yang ditemui itu kemudian dihantar ke Pangkalan Bun. Hari ini, dua lagi mayat yang ditemui semalam sudah diterbangkan ke Surabaya menggunakan pesawat CN-235 milik TNI.

Tamat hari pencarian ke-12, 42 mayat sudah ditemui, hanya satu yang masih berada di Rumah Sakit Imanuddin, Pengkalan Bun. Sebanyak 25 mayat juga sudah berjaya dikenal pasti.

Sumber : mynewshub.cc