Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar tumpas dalam serbuan di pangsapuri di Sungai Pinang, di sini, Khamis lalu.
Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar tumpas dalam serbuan di pangsapuri di Sungai Pinang
Dalam serbuan dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman pada 1.30 petang itu, sejumlah 152.3 kilogram heroin dirampas.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM 5 juta.
“Dalam serbuan itu, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan untuk siastan lanjut.
“Semua suspek berusia 35 hingga 57 tahun dan kita turut merampas lima kereta serta motosikal milik suspek,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.
Menurutnya, sindiket terbabit dikesan menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar sebelum ia diedarkan dipercayai untuk mengaburi mata polis.

Sumber : myMetro Online