Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pegawai bank dan suaminya, yang menghadapi pertuduhan memindah dan mengeluarkan wang RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, selepas mereka gagal hadir di mahkamah.
Hakim Norsharidah Awang mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, kerana tidak hadir ketika sebutan kes itu hari ini.
Norsharidah turut memerintahkan notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada penjamin kedua-dua tertuduh yang juga gagal hadir di mahkamah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Feb depan untuk sebutan semula kes.
Pada 20 Ogos 2014, Nur Shila mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat Malaysia Hue Pui Heng berjumlah RM40,000 ke dalam akaun rakyat China, Tian Jun Wei manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke dalam akaun Ali Faran Khan.
Nur Shila turut berdepan empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, dua pertuduhan menipu dan dua pertuduhan mencuri wang berjumlah RM2,530 daripada akaun dua mangsa MH370 iaitu Ju Kun, warganegara China, dan Tan Size Hiang, seorang pramugara.
Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang milik empat mangsa yang sama.
Sementara itu, Basheer Ahmad Maula mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kad debit dan kad ATM akaun simpanan Tian untuk mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 dalam empat transaksi berasingan.
Dia juga didakwa bagi empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang sama daripada akaun simpanan yang sama.
Nur Shila didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Bank HSBC tempat dia bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai 2014 manakala suaminya di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei 2014 dan 11.28 malam 29 Jun 2014.

Sumber : mynewshub.cc