
Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pegawai bank dan suaminya, yang menghadapi pertuduhan memindah dan mengeluarkan wang RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, selepas mereka gagal hadir di mahkamah.
Hakim Norsharidah Awang mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur...