Showing posts with label bola sepka. Show all posts
Showing posts with label bola sepka. Show all posts

Friday, January 9, 2015

Lionel Messi Dedah Chelsea Tawar Kontrak £400

Lionel Messi didakwa mendedahkan kontrak lumayan selama enam tahun sedang menunggunya di Chelsea ketika ini.

Lionel Messi Dedah Chelsea Tawar Kontrak £400, info, terkini, berita sukan, bola sepka, chelsea, Lionel Messi

Sumber yang rapat dengan bintang Barcelona itu mendakwa, Messi memberitahu, Chelsea sedia membayarnya sebanyak £200 juta untuk menebus kontrak yang ada.

Selain itu Chelsea juga dilaporkan sedia membayar gaji Messi yang berjumlah £400 juta selama enam tahun jika pemain berkenaan sedia meninggalkan Barcelona.

Khabar angin yang mengaitkan Messi dengan Chelsea kembali bertiup walaupun pengendali The Blues, Jose Mourinho menafikan perkara itu pada November tahun lalu.

Lionel Messi Dedah Chelsea Tawar Kontrak £400, info, terkini, berita sukan, bola sepka, chelsea, Lionel Messi

Bagaimanapun Barcelona ternyata tidak dapat menyembunyikan lagi perselisihan yang wujud antara Messi dengan jurulatih pasukan berkenaan Luis Enrique (gambar atas).

Keadaan itu dilaporkan semakin tegang apabila Messi tidak hadir pada sesi latihan pada Isnin, manakala Enrique gagal untuk menafikan permasalah yang wujud antara mereka.

Sumber : mstar.com.my