Showing posts with label berita sukan. Show all posts
Showing posts with label berita sukan. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Kecederaan Martin Skrtel Menakutkan

Martin Skrtel terpaksa diusung keluar pada awal perlawanan selepas mengalami kecederaan tengkuk akibat terjatuh dalam perlawanan suku akhir Piala FA antara Liverpool menentang Blackburn Rovers pada Ahad. Pemain pertahanan Liverpool itu menunjukkan tindak balas yang kurang baik apabila terjatuh di atas padang selepas cuba merebut bola tanduk dengan Rudy Gestede.Berikutan itu dia terpaksa dipakaikan pelindung tengkuk sebelum dibawa ke hostial...

Monday, January 26, 2015

Arsenal Mara Ke Pusingan Kelima Piala FA

Arsenal mara ke pusingan kelima Piala FA selepas menewaskan Brighton and Hove Albion 3-2 di Stadium Amex, awal pagi Isnin. Pasukan kendalian pengurus Arsenal Wenger itu mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan Theo Walcott selepas memanfaatkan hantaran Calum Chambers.Mesut Ozil kemudiannya menggandakan jaringan apabila menyudahkan hantaran Santi Cazorla pada minit ke-24. Pada babak kedua, Chris O'Grady membantu pasukan tuan rumah...

Friday, January 16, 2015

Piala Raja Sepanyol: Dua Gol Torres Bawa Atletico Ke Suku Akhir

Fernando Torres mencuri perhatian dalam perlawanan dramatik awal pagi Jumaat apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 di Real Madrid, menyingkirkan lawannya dengan agregat 4-2 dalam saingan merebut Piala Raja Sepanyol. Torres yang kembali ke kelab zaman remajanya selepas tujuh tahun mencuba nasib di England dan Itali, mengejutkan Bernabeu dengan golnya seawal minit pertama, dalam pertembungan kedua perlawanan peringkat 16 terakhir. Ini adalah...

Thursday, January 15, 2015

Van Gaal Punca Falcao Tinggalkan MU

Kurang persefahaman antara Radamel Falcao dengan pengurus Manchester United, Louis van Gaal mungkin menjadi punca untuk penyerang itu meninggalkan pasukan itu.Malahan, ejen pemain Colombia itu juga memberi bayangan Falcao  tidak akan berada di Old Trafford musim depan. Bintang berusia 28 tahun yang menerima gaji £265,000 (RM1.4 juta) seminggu setakat ini berjaya menjaringkan tiga gol dalam 13 perlawanan sejak dipinjam selama semusim...

Tuesday, January 13, 2015

Ronaldo Julang Trofi Ballon d'Or Buat Kali Ketiga

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali ketiga mengetepikan penyerang Barcelona Lionel Messi dan penjaga gol Bayern Munich Manuel Neuer pada majilis Anugerah Ballon d’Or 2014 di Zurich awal pagi Selasa. Ronaldo menjadi pilihan mengekalkan trofi ini selepas turut dipilih sebagai Pemain Terbaik pada tahun 2013 dan 2008.Penyerang Portugal ini membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara dengan...

Saturday, January 10, 2015

Milner cabar rakan sepasukan

James Milner melontarkan cabaran buat semua pemain Manchester City supaya membuktikan kesungguhan mereka untuk mempertahankan Liga Perdana Inggeris ketika skuad kendalian Manuel Pellegrini itu dijadualkan menentang Everton malam ini. City berkongsi mata dengan pendahulu, Chelsea - dibezakan hanya dengan abjad - selepas mempamer aksi membanggakan sejak kebelakangan ini.Juara bertahan itu ketinggalan lapan mata berbanding anak buah Jose Mourinho...

Friday, January 9, 2015

Lionel Messi Dedah Chelsea Tawar Kontrak £400

Lionel Messi didakwa mendedahkan kontrak lumayan selama enam tahun sedang menunggunya di Chelsea ketika ini. Sumber yang rapat dengan bintang Barcelona itu mendakwa, Messi memberitahu, Chelsea sedia membayarnya sebanyak £200 juta untuk menebus kontrak yang ada.Selain itu Chelsea juga dilaporkan sedia membayar gaji Messi yang berjumlah £400 juta selama enam tahun jika pemain berkenaan sedia meninggalkan Barcelona.Khabar angin yang mengaitkan...

Tuesday, January 6, 2015

Pengarah Bola Sepak Barcelona Dipecat, Puyol Letak Jawatan

Andoni Zubizarreta telah dipecat sebagai pengarah bola sepak Barcelona dan pembantunya Carles Puyol telah meletak jawatan.Zubizarreta, yang merupakan bekas penjaga gol antara 1986 dan 1994, kembali ke kelab itu pada Julai 2010 untuk mengambil peranan sebagai pengarah sebelum dipecat. Kenyataan kelab berbunyi: " Presiden FC Barcelona Josep Maria Bartomeu telah memutuskan untuk menamatkan kontrak pengarah kelab bola sepak, Andoni Zubizarreta...

Monday, January 5, 2015

Podolski Tiba Di Itali Untuk Sertai Inter Milan

Penyerang Arsenal yang diketepikan, Lukas Podolski bersedia untuk meninggalkan The Gunners selepas tiba di Itali  dalam keadaan gembira untuk membincangkan mengenai pemindahan menerusi pinjaman ke Inter Milan pada Jumaat. Sky Sports mendakwa, kelab Serie A itu telah membuat tawaran serius kepada Arsenal sebelum ini tetapi Arsene Wenger menyifatkan bidaan rendah berkenaan sebagai melucukan. Bagaimanapun Lukas Podolski mencadangkan...

Saturday, January 3, 2015

Arsenal Tumbang, Man City Benam Sunderland

Penyandang juara, Manchester City kembali menemui rentak kemenangan selepas membenam Sunderland di laman sendiri, Etihad ketika Arsenal mempamerklan aksi longlai di St Marys, selepas tumbang 0-2 kepada Southampton. Penjaga gol pasukan Southampton, Fraser Forster (ttengah) cuba menyelamatkan cubaan pemain Arsenal, Alexis Sanchez (kiri) ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Southampton menentang Arsenal di Southampton pada Khamis....

Monday, December 29, 2014

Alexis Sanchez Diperbodohan Rakan Senegara

Pemain Arsenal, Alexis Sanchez didakwa telah diperbodohkan oleh rakan senegara dari Chile ketika mengambil sepakan penalti dalam perlawanan melibatkan Arsenal menentang QPR pada Jumaat. Vargas memberi isyarat kepada Green apabila berjaya membaca gerakan Sanchez. Dakwaan itu menjadi topik utama dalam berita Liga Perdana Inggeris apabila Eduardo Vargas yang mewakili QPR dilapor berjaya membaca gerakan Sanchez ketika menyempurnakan penalti. Vargas...

Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas

Tempoh pinjaman Frank Lampard di Manchester City akan berakhir pada awal Januari depan. Bagaimanapun pengurusan The Citizens berharap dapat mempertahankan pemain tengah ini kerana prestasinya yang cemerlang. Sehingga kini, pengurusan kelab itu masih lagi berunding dengan New York City FC, kelab yang dinaunginya selepas Chelsea. Bagaimanapun, keputusan itu hanya dapat diketuai selepas Hari Krismas. Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini...

Jadual Liga Perdana Inggeris

Berikut merupakan jadual Liga Perdana Inggeris minggu ini yang akan berlangsung pada hari jumaat malam. 9 perlawanan akan berlangsung yang bermula seawal 8.45 malam. Jumaat Chelsea lwn West Ham - 8.45 malam Burnley lwn Liverpool - 11 malam Manchester United - Newcastle United - 11 malam Leicester City lwn Tottenham - 11 malam West brom lwn Manchester City - 11 malam Everton lwn Stoke City - 11 malam Sunderland lwn Hull City - 11 malam Swansea...

Punca Chelsea Tak Dapat Lionel Messi

Undang-undang kewangan berkaitan pembelian pemain menjadi faktor penghalang buat Blues untuk menandatangani pemain handalan dunia, Lionel Messi. Perkara itu dijelaskan Jose Mourinho yang sekali lagi menolak khabar mengenai tindakan Chelsea menandatangani pemain itu untuk mewakili pasukannya. Bulan lepas DirectTV dari Argentina melaporkan bahawa Mourinho telah bersetuju untuk menandatangani Messi yang berharga mencecah 200 juta pound (RM1.08...