Thursday, January 1, 2015

Jenazah Pramugari AirAsia Khairunisa Haidar Dikenalpasti

Difahamkan tiga daripada tujuh mayat telah dikenalpasti identiti mereka dan seorang daripadanya merupakan pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas Ahad lepas, Khairunisa Haidar Fauzi, 22,.


Jenazah Pramugari AirAsia Khairunisa Haidar Dikenalpasti, info terkini, berita nahas pesawat airasia, Pesawat Air Asia QZ8501, Khairunisa Haidar
Khairunnisa Haidar Fauzi, 22, merupakan antara jenazah terawal dikenalpasti dalam tragedi pesawat AirAsia QZ8501.


Dua lagi mayat dikenalpasti sebagai Hayati Lutfiah (penumpang wanita) berasal dari Tegalsari, Surabaya dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Kevin Alexander Soetjipto (penumpang lelaki).

Khairunisa sebelum dilaporkan dalam laporan Mynewshub.cc berkaitan pramugara pesawat itu Oscar Desano.

Ibu, Allahyarham Khairunisa, Rohana sebelum berkumpul bersama saudara-mara di rumah mereka dan berkongsi melihat gambar-gambar pramugari itu.

Pesawat QZ8501 terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura selepas dilaporkan mengalami gangguan cuaca buruk ketika dalam perjalanan.

Pesawat itu membawa 155 orang penumpang dengan tujuh anak kapal dan dikendalikan oleh Kapten Iriyanto.

Kesemua mereka yang berada di dalam pesawat itu dilaporkan terbunuh akibat nahas berkenaan.

Setakat ini, tujuh mayat sudah pun ditemui susulan penemuan serpihan pesawat QZ8501 di Selat Karimata.


Sumber : mynewshub.cc

Mayat Lelaki Dan Wanita Dalam Keadaan Sempurna

Pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan dari pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.

Mayat Lelaki Dan Wanita Dalam Keadaan Sempurna, info, terkini, berita nahas airasia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono berkata bagaimanapun, kedua-dua mayat itu berbau busuk kerana telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lepas.

Katanya, kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, dekat sini kira-kira 40 kilometer dari Surabaya  untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.

“Maklumat lanjut mengenai identiti seperti umur dan sebagainya belum lagi boleh diperolehi kerana forensik baru menerima jenazah petang ini (Rabu).
   
“Kami memerlukan waktu untuk mendapatkan identiti jenazah. Team kami sedang bekerja keras,” katanya dalam sidang akhbar di perkarangan hospital tersebut pada lewat petang ini.

Jelasnya, terdapat juga pelbagai pakar lain dari bidang patologi, DNA, dan orthodonlogy (pergigian) terlibat dalam bedah siasat ini.

Difahamkan kira-kira 20 doktor dan pakar bedah siasat bersiap sedia untuk menjalankan proses bedah siasat yang dijangka dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Pihaknya juga berharap untuk mendapatkan identiti dua mayat ini dengan kadar segera seperti membandingkan sampel gigi dan tulang mayat dengan data waris dan keluarga di dalam simpanan mereka.

Namun semua keputusan dan segala-galanya bergantung kepada kecepatan proses bedah siasat, katanya.

Pada kebiasaannya, sebaik selesai proses bedah siasat dan identifikasi, mayat akan diserah kepada waris dan ahli keluarga sebelum disembahyangkan dan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa waris dan ahli keluarga telah mulai tiba bagi mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini.

Difahamkan Pusat Krisis yang sebelum ini diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, akan dipindahkan ke hospital ini.

Dilapor, enam mayat, tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang kru penerbangan kini masih lagi dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.

Cuaca buruk dengan ombak setinggi tiga meter menjejas operasi mencari.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.

Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis.– BERNAMA

4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan

Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terselamat apabila pesawat itu terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang tadi.


4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan, info, terkini, berita hangat, helikopter terhempas di kelantan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu berkata dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat.

“Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan, info, terkini, berita hangat, helikopter terhempas di kelantan


Difahamkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.


4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan, info, terkini, berita hangat, helikopter terhempas di kelantan

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.


4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan, info, terkini, berita hangat, helikopter terhempas di kelantan

4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan, info, terkini, berita hangat, helikopter terhempas di kelantan

4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan, info, terkini, berita hangat, helikopter terhempas di kelantan

4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan, info, terkini, berita hangat, helikopter terhempas di kelantan

4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan, info, terkini, berita hangat, helikopter terhempas di kelantan

4 Terselamat Dalam Insiden Heli PDRM Terhempas Di Kelantan, info, terkini, berita hangat, helikopter terhempas di kelantan


Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah. — BERNAMA

KD Pahang Temui 3 Mayat

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang, menemui tiga mayat terapung di Laut Jawa ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, hari ini.


KD Pahang Temui 3 Mayat, info, terkini, berita, nahas air asia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,

Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam akaun Twitternya berkata tiga mayat itu ditemui pada 4.30 petang.

“Pada jam 1630, KD Pahang menjumpai tiga mayat terapung di laut di Sektor 1. Kapal sedang menaikkan mayat tersebut,” katanya.

Dengan penemuan itu, sudah 10 mayat mangsa pesawat berkenaan ditemui pasukan pencari dan penyelamat yang diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).

Pesawat Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.

Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Indonesia seramai 149 orang, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang). Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.

Selain tiga kapal TLDM iaitu KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang dilengkapi helikopter jenis Fennec, Malaysia juga menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu C-130, CN235 dan Beechcraft, untuk menyertai operasi mencari pesawat malang berkenaan sejak Isnin lepas.– BERNAMA

Tak Sedar Tertembak Adik Sendiri

Sipitang: Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, cedera ketika memburu babi di hutan Ulu Meligan, di sini, semalam.


Tak Sedar Tertembak Adik Sendiri, info, terkini, berita terkini, sipitang sabah


Dalam kejadian 12 tengah hari itu, pengawal keselamatan terbabit dipercayai membunuh diri selepas menyesali tindakannya yang menyebabkan adik lelakinya terbunuh dan rakan lelakinya cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang Asisten Superintenden Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sipitang.

"Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain.

"Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,” katanya.

Sumber : hmetro.com.my

BASARNAS Sudah Temui Bangkai Pesawat AirAsia QZ8501

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia difahamkan sudah berjaya menerima imej paparan sonar menunjukkan kemungkinan bangkai sebuah pesawat berada di dasar Laut Jawa, memetik laporan Wall Street Journal (WSJ).


BASARNAS Sudah Temui Bangkai Pesawat AirAsia QZ8501, info, terkini, berita, sensasi, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,
Anggota kapal Indonesia KRI Bung Tomo membawa naik serpihan pesawat AirAsia yang ditemui di Selat Karimata, Laut Jawa hari ini.

Imej berkenaan berkemungkinan adalah pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang sedang dicari dan dikesan selepas ia hilang pada Ahad lepas.

Laporan itu memetik Badan SAR Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) memaklumkan imej berkenaan menunjukkan sebuah pesawat dalam keadaan terbalik berada di dasar laut itu dalam kedalaman 24 ke 30 meter.

Imej berkenaan diperolehi semalam oleh sebuah kapal Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) yang turut menyertai operasi SAR sejak hari pertama.


BASARNAS Sudah Temui Bangkai Pesawat AirAsia QZ8501, info, terkini, berita, sensasi, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,
Gambar Hiasan

Menurut WSJ, kedudukan imej berkenaan ialah sekitar 3.2km hingga 3.5km daripada lokasi penemuan serpihan terapung semalam.

Semalam, BASARNAS berjaya menemui beberapa objek yang disahkan serpihan pesawat berkenaan dan turut ditemui enam mayat termasuk seorang mayat kru penerbangan itu.

QZ8501 terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara pada pukul 7.24 pagi Ahad ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya membawa bersama 162 penumpang.

Sumber : mynewshub.cc