
Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) pada Selasa mengesahkan identiti tiga lagi mangsa nahas AirAsia Indonesia QZ8501 telah dikenal pasti.
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kasturi menemui satu mayat
wanita di kawasan pencarian Lautan Kalimantan pada pukul 2 petang waktu
Malaysia, Isnin. Mayat kemudian diserahkan kepada helikopter Badan SAR
Nasional (BASARNAS) Indonesia untuk bedah siasat...