Tuesday, January 13, 2015

PPIM Desak Kerajaan Tangani Isu Caj Melampau

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya satu sistem atau suruhanjaya ditubuhkan kerajaan bagi membendung masalah caj tersembunyi yang melampau yang kini dilihat amat membebankan pengguna.


PPIM Desak Kerajaan Tangani Isu Caj Melampau, info, terkini, berita, caj melampau kepada pengguna,
PKetua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan (dua dari kanan) dalam sidang media persatuan itu berkaitan isu caj melampau di Sembang-Sembang Cafe hari ini. - Foto MYNEWSHUB.CC

Caj tersembunyi dirujuk beliau kepada caj seperti bayaran penyambungan semula Astro, caj penggunaan kad ‘Touch n Go’ dan caj-caj tersembunyi yang dikenakan oleh bank untuk urusan perbankan.

Bayaran yang dikenakan syarikat telekomunikasi berkaitan perkhidmatan antaranya perkhidmatan pelan data internet yang dilihat tidak telus dan  membebankn pengguna turut dikategorikan sebagai penipuan.
MENARIK – Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata caj berkenaan dikenakan dengan kos yang tidak munasabah dan ia disifatkan beliau sebagai satu penipuan kepada pengguna.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan


PPIM Desak Kerajaan Tangani Isu Caj Melampau, info, terkini, berita, caj melampau kepada pengguna,
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan

“Sebenarnya kalau kita lihat di sekeliling kita, satu perkara yang dilihat amat jelas adalah.. kita pengguna ditipu daripada buaian ke liang lahad,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini kes penipuan seperti itu dilihat lebih kerap seumpama pesta naik harga padahal minyak ketika ini harganya sedang turun.

Nadzim membuat contoh kad tempat letak kereta yang akan dicaj RM100 jika hilang padahal kos pembuatan kad berkenaan tidak pun mencecah sebegitu rupa.

“Soalnya, siapa yang membenarkan mereka ini letak caj yang tidak munasabah dan tidak masuk akal?,” katanya.

Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk melihat masalah berkenaan berkaitan caj-caj melampau seperti itu.

“Kita perlu ada satu jenis undang-undang ataupun satu akta untuk mengawal caj-caj ini tetapi ia perlu ada kaedah tertentu.

“Kita mungkin mohon kepada KPDNKK untuk mengkoordinasikan caj-caj ini yang amat terkesan kepada pengguna,” katanya.

Selain kerajaan, beliau turut menyeru kepada golongan pengguna untuk bangkit dan melakukan sesuatu dan perlu sedar serta jangan membiarkan perkara ini berterusan.



Sumber : mynewshub.cc

RON95 RM1.50/liter awal Febuari ini?

Sistem penentuan harga minyak secara bulanan oleh kerajaan terus dikritik PKR kerana harga harga runcit petrol RON95 kini lebih mahal daripada harga pasaran.


RON95 RM1.50/liter awal Febuari ini?, spekulasi harga minyak petrol, info, terkini, berita

Harga RON95 telah jatuh ke paras RM1.62 seliter pada 9 Januari lalu, kata Rafizi Ramli.

“Keadaan ini akan berterusan dan tidak mustahil menjelang akhir Januari 2015 harga RON95 (mengikut formula yang ditetapkan BN sendiri) akan jatuh ke paras RM1.50 seliter,” kata Rafizi.


Rafizi juga berkata sistem penentuan bulanan sekarang menyebabkan rakyat Malaysia masih membayar harga RM1.91 seliter, 30sen hingga 40sen lebih mahal yang digelarnya sebagai “cukai tersembunyi”.

Harapnya Rafizi betul kerana kiraan Rafizi sebelum ini – Tahniah Rafizi, kiraan anda tepat!!

Kerajaan juga kena bertindak betul dengan sistem yang ada kini, dapatlah kita merasa RON95 RM1.50/liter Febuari nanti.

Cuma Rafizi tak mahu tunggu Febuari, Rafizi nak mingguan sebagai ganti!!

Sumber : ekeleh.com

Video Wanita Dibakar Hidup-Hidup Kerana Cemburu

Seorang wanita telah dilaporkan menyimbah petrol dan membakar wanita simpanan suaminya sebelum bertindak membunuh diri.


Video Wanita Dibakar Hidup-Hidup Kerana Cemburu, info, terkini, berita, sensasi, ngeri

Wanita yang dikenali sebagai Shi membakar wanita tersebut kerana memaksa suaminya bercerai. Wanita itu cuba membunuh diri dengan meminum racun serangga selepas membakar mangsa namun diselamatkan orang awam.

Wanita dikatakan terus menyembur serbuk lada ke muka mangsa tanpa mendengar penjelasan lalu menyimbah petrol sebelum membakarnya.

Selepas membunuh mangsa, wanita tersebut nekad untuk bunuh diri.


Sumber : katakcomel.my

Pelakon 'Real Men' Gemuruh Jalani Latihan Tentera

Para pelakon Real Men yang menampilkan anggota tentera wanita telah menghadiri latihan asas ketenteraan sebelum menjalani penggambaran drama itu.


Pelakon 'Real Men' Gemuruh Jalani Latihan Tentera , info, terkin, hiburan, sensasi, real men
Inilah aksi-aksi pelakon "Real Men" - Foto Soompi.com

Foto-foto beberapa pelakon wanita berkenaan telah diedarkan sejak Isnin yang memperlihatkan mereka diberi penerangan oleh pegawai tentera di pusat ketenteraan Nonsan.

Soompi.com melaporkan, kebanyakan mereka kelihatan gemuruh ketika mengambil bahagian pada permulaan latihan itu.

Para pelakon yang terlibat untuk drama berkenaan ialah penyanyi Amber dari kumpuan f(x) dan Yoon Bomi (A Pink).

Turut terlibat ialah aktres  Kim Ji Young, Park Ha Sun, Kang Ye Won dan Lee Da Hee, pelawak Ahn Young Mi dan penyampai berita Lee Ji Ae.

Real Men akan menjalani penggambaran selama empat hari bermula Isnin dan ia dijangka disiarkan pada 25 Januari ini.

Sumber : mstar.com.my

Kotak Hitam AirAsia QZ8501 Ditemui Tanpa CVR

Persoalan punca nahas pesawat AirAsia QZ8501 belum dapat terjawab sepenuhnya walaupun pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah menemui kotak hitam pada Isnin.


Kotak Hitam AirAsia QZ8501 Ditemui Tanpa CVR , info, terkini, berita nahas pesawat airasia, kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501,

Ini kerana apa yang terkandung dalam kotak hitam yang ditemui itu setakat ini adalah perakam data penerbangan (FDR) iaitu data yang mencatat mengenai teknikal penerbangan dari mula termasuk ketinggian dan kelajuan pesawat berkenaan.

Ia hanya sebahagian daripada kandungan kotak kitam dan perkakasan penting iaitu perakam suara kokpit (CVR) tidak ditemui bersama kotak hitam berkenaan.

CVR ialah alat yang merakam semua perbualan juruterbang, anak kapal dan sebarang suara dalam pesawat itu.

Panglima Tentera Nasional Indonesia Jeneral Moeldoko berkata operasi mencari alat CVR dan badan pesawat itu akan terus digiatkan di dasar laut mulai Selasa.

"Pencarian masih belum berakhir", kata beliau kepada wartawan yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

Kotak hitam itu ditemui pada koordinat 03" 37.21 S atau 109" 42.42 E dengan kedalaman antara 30 hingga 32 meter iaitu berhampiran tempat ekor bangkai pesawat itu ditemui di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Alat itu telah dibawa ke Komisi Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) di Jakarta untuk analisa setelah saksi dan pakar dalam bidang berkaitan hadir kelak seperti yang ditetapkan oleh peraturan antarabangsa.

Menurut Kepala KNKT Tatang Kurniadi, proses analisa data itu bermula dengan membuat transkrip data dan pembacaan data itu akan mengambil masa yang agak lama.

Hari ini, memasuki hari ke-16 operasi SAR dijalankan dan dalam tempoh dua hari ini, pihak SAR tidak menemui mayat yang dipercayai masih berada dalam kawasan perairan berkenaan atau terperangkap dalam pesawat yang terbenam dalam dasar laut itu.

Kepala Badan SAR Nasional (Basarnas) Bambang Soelistyo berkata, operasi SAR kini adalah ditahap akhir tetapi usaha mencari mayat nahas pesawat malang itu masih diteruskan bagi memenuhi harapan keluarga masing-masing.

Siaran televisyen MetroTV memetik Bambang sebagai berkata setiap operasi ada tahap-tahapnya tetapi pasukannya akan meneruskan usaha mencari mayat mangsa.

Setakat ini, sebanyak 48 mayat telah ditemui dan daripada itu sebanyak 30 mayat telah dikenal pasti identitinya.

Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Disember).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, Korea Selatan (3) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Kru terdiri daripada enam rakyat Indonesia dan seorang warga Perancis.

Sumber : mstar.com.my

Altantuya: Mahkamah Persekutuan Putuskan Azilah, Sirul dikenakan hukuman mati

Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kedua-dua mereka dikenakan hukuman mati.

Keputusan mengenai kes bunuh berprofil tinggi ini disampaikan panel lima anggota, yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mendengar rayuan itu selama tiga hari mulai 23 Jun tahun lepas, sebelum menangguhkan keputusannya.

Altantuya: Mahkamah Persekutuan Putuskan Azilah, Sirul Bersalah, info, terkini, berita, kes pembunuhan altantuya

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pihak pendakwaaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota polis itu.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dua anggota polis berkenaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah membunuh wanita itu dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah itu memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadapnya.

Pihak pendakwaan tidak mengemukan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda.

Dalam penghakiman setebal 47 muka surat, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk menyokong sabitan kesalahan dua anggota polis itu.

Sumber : mstar.com.my