Tuesday, January 13, 2015

Ronaldo Julang Trofi Ballon d'Or Buat Kali Ketiga

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali ketiga mengetepikan penyerang Barcelona Lionel Messi dan penjaga gol Bayern Munich Manuel Neuer pada majilis Anugerah Ballon d’Or 2014 di Zurich awal pagi Selasa.


Ronaldo Julang Trofi Ballon d'Or Buat Kali Ketiga,  info, terkini, berita sukan, bola sepak, cristiano ronaldo, Trofi Ballon d'Or,

Ronaldo menjadi pilihan mengekalkan trofi ini selepas turut dipilih sebagai Pemain Terbaik pada tahun 2013 dan 2008.

Penyerang Portugal ini membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara dengan menewaskan Bayern Munich pada saingan separuh akhir sebelum menang secara penalti ke Atletico Madrid di pentas akhir.

Sementara itu, jurulatih Jerman Joachim Loew dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik FIFA 2014 selepas bersaing hebat dengan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone dan bos Real Madrid, Carlo Ancelloti.

Simeone membawa Atletico meraih gelaran juara Liga manakala Ancelotti menamatkan kemarau gelaran ke-10 Liga Juara-Juara.

Sumber : mstar.com.my

Kejadian Yang Benar2 Menyayat Hati Di Tanah Merah Semalam

Mayat kanak-kanak lelaki ditemui lemas kira-kira 200 meter dari tempat dia terjatuh 8.40 pagi semalam.

Penolong Penguasa Bomba, Hanaffi Mohd berkata, mayat Muhammad Al Hakim Zahari, 6, ditemui tersangkut pada rimbunan pokok buluh oleh orang awam.


Kejadian Yang Benar2 Menyayat Hati Di Tanah Merah Semalam, info, terkini,berita, tanah merah,

Menurutnya, operasi mencari mangsa bermula petang Sabtu selepas bomba mendapat maklumat kehilangan mangsa di Sungai Jerangau

“Pagi ini Unit K9 tidak sempat melakukan operasi mangsa ditemui orang awam setelah paras air makin surut. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Nenek mangsa, Rafeah Awang, 70, berkata cucunya merupakan seorang kanak-kanak hiperaktif dan sukar dikawal.

Menurutnya, seminggu sebelum lemas mangsa berbaring di atas jalan sebanyak dua kali.

“Hakim juga nyaris dilanggar kereta kerana menyekat kenderaan lalu lalang di atas jalan,” katanya kepada pemberita.

Katanya lagi, di sebabkan arwah kanak-kanak hiperaktif dia tidak dihantar ke sekolah memandangkan guru sukar mengawal pergerakannya.

“Anak makcik ( ibu Muhammad Al Hakim) terpaksa memimpin tangan arwah setiap kali keluar rumah bimbang kejadian tidak diingini menimpanya," katanya.

Sabtu lalu Muhammad Al Hakim dilaporkan hilang selepas ke sungai berkenaan setelah begitu beria-ia untuk mandi sungai walaupun sebelum ini tidak pernah mandi sungai.

Sumber : t-h-e-runway.blogspot.com

JAWI ambil tindakan ke atas penganjur konsert B1A4 di Malaysia

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur konsert persembahan artis K-Pop, B1A4, berikutan perbuatan sumbang sewaktu acara hiburan itu berlangsung.


JAWI ambil tindakan ke atas penganjur konsert B1A4 di Malaysia, info, terkini, berita, sensasi, Isu KPOP,

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini.

"Gadis Melayu yang terbabit dalam insiden itu dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan, perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai sememangnya boleh dijangka apabila penganjur konsert tidak memberi perhatian serius mengenai kesan baik dan buruk acara hiburan itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Perbuatan anggota kumpulan B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, telah menjadi 'viral' (menjadi bahan berita popular) di media sosial.
Advertisement

Video berdurasi lebih tiga minit yang memaparkan adegan cium itu turut dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV yang dirakam pada konsert tersebut. - BERNAMA


Sumber : utusan.com.my

Senarai Tweet Eric Yang Boleh Ditafsir Menghasut/Hina Islam

Sebentar tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstrem setiap Jumaat telah ditahan pihak polis di Brickfields, Kuala Lumpur.


Senarai Tweet Eric Yang Boleh Ditafsir Menghasut/Hina Islam, info, terkini, berita, agama, Eric Paulsen

Sebenarnya, jika dilihat kepada bentuk-bentuk tweet yang dikeluarkan oleh Eric sebelum ini, apek berkenaan sepatutnya sudah lama dahulu ditahan di bawah Akta Hasutan atau dipanggil untuk memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.

Ayat-ayat menyindir Islam dan agensi kerajaan berkaitan Islam semacam lawak jenaka untuk apek berkenaan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor yang bekas Mufti negeri itu, Datuk Nooh Gadut digelar sebagai taliban, suara ulamak dan mufti disamakan sebagai menyalak, soal halal haram dalam Islam pun jadi bahan tweet apek terbabit.

Ketua Polis Negara pun tidak terlepas dari kegilaan apek itu.

Persoalan sekarang, mengapa apek seperti ini dibiarkan bercakap sesuka hati untuk tempoh yang lama?

Itu baru tweet, belum masuk bahagian kata-katanya di ceramah politik.

Tidak tahu di mana pendirian apek ini sebab perjuangan PAS untuk menegakan hudud pun dikutuknya… nampak macam kebencian apek itu terarah kepada Islam dan bukan hanya parti politik tertentu.

Situasi melibatkan Eric Paulsen ini memperlihatkan satu perkara sahaja yakni perangai dan mulut orang camni sampai dah jadi barah baru hendak kita hendak bertindak.

Semalam ketika Mynewshub mula-mula melaporkan kenyataan Eric, penulis ada memberikan satu perumpamaan seperti berikut;

Anjing kalau menyalak dan kita lari…dia akan naik syeh dan kejar kita serta gigit kita…kalau kita lawan balik…anjing tu yang akan lari….apek camni pun sama jugak… kalau pihak berkuasa berdiam diri dan melarikan diri…dia akan berterusan kejar dan menggigit pihak berkuasa serta anggota masyarakat…cuba sergah balik sekali… tengok setakat mana keanjingan apek ni…

Betul tak apa yang Satu Hala cakap?

Bila kecoh pasal isu Jakim tu aje, apek ni bertindak memadam tweetnya… baru sergah sikit…

Nasihat penulis…. jangan tunggu lama-lama … nanti lama-lama apekkkkk makin gian…

Kanser yang dirawat pada tahap satu adalah tahap di mana pesakitnya berpeluang hidup… kalau dah masuk tahap 4… memang susah.

Kalau dilihat pada senarai tweet sebelum ini…rasanya ni dah terlajak ke ‘tahap 5′ baru hendak bertindak.

Sumber : mynewshub.cc

Anggota Bomba Pujuk Dua Beradik Ditangkap Berkhalwat Di Kedah

Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan dua beradik lelaki yang lari naik ke bumbung sebuah hotel murah setinggi hampir 20 meter, Changlung, Kedah  untuk mengelak daripada dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) kerana disyaki berkhalwat, di sini, malam kelmarin.


Anggota Bomba Pujuk Dua Beradik Ditangkap Berkhalwat, info, terkini, berita, sensasi, kedah, maksiat
Anggota bomba membantu menurunkan dua beradik yang melarikan diri ke atas bumbung.

Dua lelaki berusia 20 dan 25 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa yang membuat serbuan di hotel berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin ketika mereka berada dalam sebuah bilik bersama pasangan masing-masing, berusia 16 dan 18 tahun.

Semua mereka dipercayai berasal dari Kelantan datang dengan menunggang motosikal dan menyewa di hotel terbabit sejak dua hari lalu dengan alasan mencari kerja di daerah ini selepas negeri itu dilanda banjir.

Gadis berusia 18 tahun itu dipercayai tunang si abang manakala gadis berusia 16 tahun itu pula dikatakan janda selepas berkahwin pada usia 14 tahun.

Pegawai PADKP Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan aduan, lapan anggota penguat kuasa diketuai Abd Rahim Abu menjalankan pemeriksaan di hotel berkenaan.


Sumber : myMetro Online

Bapa Lempar Bayinya Dari Apartmen

Gara-gara tidak dapat tidur lena apabila mendengar tangisan bayi perempuannya, seorang bapa bertindak kejam melempar anaknya itu keluar dari jendela tingkap apartmennya.


Bapa Lempar Bayinya Dari Apartmen, info, terkini, berita, kejam
Sekadar Gambar HIasan


Bayi itu dikatakan baru berusia 15 hari itu disahkan mati di tempat kejadian akibat hentakan kuat sejurus mencecah tanah.

Insiden pembunuhan bayi ini dikatakan berlaku di sebuah apartmen yang terletak di Belgrade, Sebria.

Bapa tersebut, Nemanja Petroviv, 35 tahun mengakui yang dia tidak dapat tidur hingga pukul 5.30 pagi ekoran anaknya tidak henti-henti menangis.

Petroviv  akhirnya ditahan akibat menjadi punca kematian anaknya sendiri

Menurut laporan mirrir.co.uk, bapa bayi itu dihantar ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, penglibatan ibu bayi malang dalam kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber : mynewshub.cc