Thursday, January 15, 2015

Nak Dapat Duit Cara Mudah, Bawa Satu Keluarga Minta Sedekah!

Zaman kini, macam-macam taktik digunakan golongan tertentu untuk meraih duit secara mudah.

Yang kita selalu dengar, sesetengah pihak menggunakan golongan kanak-kanak dan warga emas untuk menjual produk seperti minyak angin dan makanan ringan di restoran, kedai makan dan stesen pam minyak.


Nak Dapat Duit Cara Mudah, Bawa Satu Keluarga Minta Sedekah!, info, terkini, berita,

Terbaharu, satu laporan dari akaun Facebook Friends Of BN memaparkan teknik terkini peminta sedekah untuk mendapatkan wang.

Kata si pengadu, satu keluarga akan berkeliaran di tempat-tempat tertentu sebelum masuk ke dalam kereta mana-mana individu secara tiba-tiba lalu meminta dihantarkan pulang.

Dalam kereta itu nanti, mereka akan mula meminta wang dan sebagainya. Kata si pengadu, selagi tak diberikan wang, mereka tak nak keluar kereta!

“Hati-hati area bank kat bandar Ganu, ada family ni (ayah, mak, anak, nenek) akan tiba-tiba je masuk dalam kereta kita… and suruh kita hantar balik rumah dia and minta duit… kalau bagi duit dekat anak dia… ayah dia akan paksa kita bagi duit dekat dia juga…

Ramai dah kena… Fatin jumpa tadi dekat CIMB… nasib Fatin suruh kawan kunci kereta cepat-cepat… kalau tak… masuk dah dia… yang lepas lepas orang jumpa… kalau dan dia masuk dalam kereta… dia memang tak nak keluar dah… kecuali kita telefon polis…”


Nak Dapat Duit Cara Mudah, Bawa Satu Keluarga Minta Sedekah!, info, terkini, berita,

Mentang-mentanglah masyarakat Malaysia dikenali sebagai masyarakat pemurah, ada segelintir pihak nak dapatkan duit dengan cara mudah sanggup mengambil kesempatan.

Melalui ruangan komen di akaun tersebut, ramai berkongsi pengalaman pernah melalui peristiwa sama.

Mungkin Tuhan telah menentukan nasib sesetengah individu tidak sebaik insan lain, namun terdapat banyak lagi saluran yang boleh digunakan bagi mendapatkan bantuan. Bukan dengan cara ini yang dilihat seperti memaksa orang untuk memberi duit!

Buat pihak berkuasa, silalah siasat kebenaran kes ini seperti didakwa kerana ia bukan sahaja menganggu orang awam malah boleh membahayakan keselamatan mereka.

Sumber : mynewshub.cc

Kisah Sebenar Murid Istimewa, Ainaa Amanda Shahzali

Ingatkah lagi anda dengan video ‘Kisah Murid Kudung Ini Diejek Amat Menyentuh Hati’ yang kami kongsikan pada Selasa lalu?


Kisah Sebenar Murid Istimewa, Ainaa Amanda Shahzali, info, terkini, berita, sensasi,
Abby Hassan bersama anaknya, Ainaa Amanda Shahzali, 7, yang muncul dalam video viral sebelum ini.


Dalam video tersebut, kanak-kanak bernama Ainaa Amanda Shahzali, 7, itu meluahkan perasaan sedihnya kerana diejek oleh rakan-rakan kerana kecacatan tangannya.

Justeru, menerusi akaun Facebook, ibunya, Abby Hassan telah berkongsi kisah anaknya itu yang dilahirkan selepas 11 tahun menanti untuk dikurniakan zuriat.

Tulisnya:


Kisah Sebenar Murid Istimewa, Ainaa Amanda Shahzali, info, terkini, berita, sensasi,

“Sebenarnya Abby tidak suka bercerita sedih sedih di FB. Abby positifkan diri utk gembira sebaik bangun tidur..tetapi permintaan yg banyak utk mendengar cerita Abby Hassan pasal Amanda makanya abby bercerita lagi.

“Sambungan dari cerita sebaik selepas melahirkan amanda.

13.12.2008 secara pembedahan jam 7.15pagi Amanda selamat dikeluarkan dr perut mama ni. Ada satu perasaan yg keluar dr naluri ibu ini. Sempurnakah anakku? Ketika ditunjukkan jantina perempuan.abby rasa amat bersyukur sangat. Mmg abby nak baby perempuan. Tetapi sebaik abby bertanya dari nurse. Bagai nak luluh hati ini. Nurse ckp..

“anak kak sihat…comel sangat..tapi…tapi…..” perkataan tapi..tapi.. terhenti disitu. Dia tak boleh sambungkan lg. Ya Tuhan..hati ibu mana lah dapat terima ayat TAPI waktu itu.

Dalam keadaan masih lg lemah,Doktor Inder singh (INS Specialist) datang dan bg semangat.

“Ayah amanda mantan suami abby terus pengsan sebaik mendengar berita itu. Abby hanya tahu menangis dan menangis… ya Allah apakah salahku…? Dosa apakah aku? Why me? Why me? Kenapa aku yg Engkau pilih. Waktu.itu mmg tidak fikir lain..kecuali apa yg Allah bg adalah.mgkin pembalasan dari apa dosa dosa lampau. Selama 3 hari di hospital abby menangis. Doktor dan nurse datang berkali kali.memujuk abby sbb Abby tidak.mahu berjmpa Amanda. Mmg abby kejam.waktu tu. Abby tak dapat terima apa yg Allah bagi. Mengapa abby yg Allah pilih? Why why why…???? Persoalan yg tiada jawapan.

“Sebaik bangun tidur..abby pasti fikir..abby hanya bermimpi.melahirkan anak yg tiada tangan.
Hari ke 3..waktu keluar hospital..Abby dibawa kepada Amanda. Amanda dibalit rapi. Nurse hulurkan Amanda yg dah boleh buka matanya. Ya Tuhan…comelnya anakku. Mata yg bundar dan bulat. Mulut yg kecil. Dan dia tersenyum pd abby sebaik abby memegannya. Abby dakap amanda. Waktu itu naluri keibuan baru hadir…

“Perasaan yg selama 3 hari abby tanggung spt dijemput keluar tiba tiba. Inilah yg ku tunggu2 selama berbelas tahun. Inilah zuriatku. Ku kucup amanda. Dihati bernekad. Apapun akan terjadi..aku akan pelihara dia sebaik mungkin. Allah takkan menguji aku lebih dari kemampuanku. Allah menguji org yg Dia pilih sahaja… dan org itu adalah Abby… Allahurabbi… Hanya Engkau Yang Mengetahui….ku terima jalan yang Engkau tetapkan…Aku insan yg dipilihmu…..”

Statusnya itu mendapat respon yang cukup positif daripada para netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Abby agar terus kuat untuk menjaga amanah Allah SWT itu.


Kisah Sebenar Murid Istimewa, Ainaa Amanda Shahzali, info, terkini, berita, sensasi,

Apapun, kami doakan semoga ujian ini akan digantikan dengan ganjaran yang berganda lebih baik di akhirat kelak. InsyaAllah.


Sumber : mynewshub.cc

Lelaki Kantoi Lekat 94 iPhone Pada Badan Untuk Diseludup

Seorang lelaki ditahan dalam cubaan untuk menyeludup 94 telefon pintar jenama iPhone ke China dengan melekatkan semua di badannya, lapor media tempatan, Sina News.


Lelaki Kantoi Lekat 94 iPhone Pada Badan Untuk Diseludup, info, terkini, berita, iphone

Menurut laporan itu, lelaki tersebut dikesan selepas cara berjalannya kelihatan pelik. Setelah pegawai yang bertugas mengesan keganjilan tersebut, mereka memeriksa dua beg yang dibawa namun tidak menemukan apa-apa yang pelik.

Namun selepas lelaki itu melalui sistem pengesan logam, penggera berbunyi. Telefon-telefon itu kemudiannya dirampas dan lelaki tersebut ditahan pihak kastam negara itu.

Sumber : ammboi.com

Ahli perniagaan taja bina rumah

Nasib 17 keluarga di Kampung Pantai Mek Mas, di sini, yang kehilangan rumah selepas dihanyutkan banjir, mendapat pembelaan apabila seorang ahli perniagaan sudi menaja pembinaan rumah mereka.


Ahli perniagaan taja bina rumah, info, terkini, berita, bantu mangsa banjir, Datuk Seri Sunny Ung

Datuk Seri Sunny Ung yang melawat dan memberi bantuan kepada semua mangsa lewat petang kelmarin memberi jaminan akan membina penempatan baru buat semua.

Sunny berkata, beliau sedar semua mangsa terbabit kurang berkemampuan dan ketiadaan rumah menyukarkan mereka untuk meneruskan kehidupan.

“Untuk itu, saya akan bantu apa yang termampu dan berharap kerajaan negeri turut meluluskan tapak tanah yang dicadangkan nanti untuk pembinaan rumah mereka.

“Saya juga cuba bantu mereka untuk urusan persekolahan anak masing-masing,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber : hmetro.com.my

Bangkai Utama Pesawat AirAsia QZ8501 Telah Ditemui

Badan utama atau fiuslaj pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah pun ditemui oleh kapal Singapura MV Swift Rescue di dasar laut ketika operasi pencarian mengesan bahagian itu dilakukan.


Bangkai Utama Pesawat AirAsia QZ8501 Telah Ditemui, info, terkini, berita nahas QZ8501, bangkai pesawat airasia qz8501,
Bangkai utama pesawat QZ8501 yang ditemui kapal Singapura hari ini. – Foto Facebook Menteri Pertahanan Singapura

Penemuan itu disahkan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen melalui laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Laporan berkenaan turut disusuli dengan gambar bangkai pesawat itu dengan tulisan “Now Everyone” yang biasa tertulis di badan sebuah pesawat AirAsia.


Bangkai Utama Pesawat AirAsia QZ8501 Telah Ditemui, info, terkini, berita nahas QZ8501, bangkai pesawat airasia qz8501,

Semalam, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) memaklumkan bahawa badan pesawat berkenaan masih belum lagi ditemui menafikan laporan awal bahawa mereka sudah pun menemui bangkai utama pesawat itu.

Pasukan mencari yang terdiri daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia dan Singapura kini berusaha keras membantu Indonesia mengesan bangkai utama atau fiuslaj pesawat itu kerana dipercayai banyak mayat masih terperangkap di dalamnya.

Daripada gambar yang dikongsikan, bangkai pesawat itu dikesan pada pukul 3 petang tadi.

Sumber : mynewshub.cc

Kes Dihalau Pakai Baju Kurung.. Sebab Nampak Coli?

Semalam (Rabu), heboh di portal berita dan blog tentang satu kes yang menimpa seorang pelajar perempuan bukan Islam di sebuah sekolah di Cheras yang dihalang untuk masuk ke kelas dan disuruh balik kerana memakai baju kurung.


Kes Dihalau Pakai Baju Kurung.. Sebab Nampak Coli?, info, terkini, berita, sensasi, isu hangat,

Sebagai pembaca, pastinya ramai yang beranggapan tindakan pihak sekolah amatlah tidak wajar kerana inisiatif pelajar tersebut sepatutnya disokong kerana memilih untuk mengenakan baju kebangsaan dan tidak mendedahkan aurat kaki.

Namun, kesimpulan tidak sepatutnya dibuat terlalu awal kerana masih tiada pihak yang mengetahui sebab utama tindakan tersebut diambil oleh pihak sekolah terbabit.

Isu tersebut kemudiannya mendapat perhatian dari seorang guru disiplin di sebuah sekolah lain yang mempunyai andaian sendiri kenapa kejadian tersebut berlaku.

Kes Dihalau Pakai Baju Kurung.. Sebab Nampak Coli?, info, terkini, berita, sensasi, isu hangat,

Menurut guru wanita yang menggunakan nama akaun Jayanthy Sri, dia berkata, pihak sekolah tidak akan sewenang-wenangnya menghalau pelajar pulang tanpa sebab yang kukuh.

“Sebelum komen fikir dulu, cikgu bukan bodoh nak halau budak tu. Kebanyakan budak non-Muslim pakai baju kurung tak pakai singlet so nampak lah baju dalam mereka.

Tak pakai tudung kan. Sangat menjolok mata. I cikgu disiplin so I taulah trend pelajar. Baju kurung + tudung memang sopan. Tanpa tudung sangat jarang!”

Nah! Betul juga apa yang dibicarakan oleh guru itu. Mungkin tidak didedahkan secara terperinci, pelajar bukan Islam yang memilih untuk mengenakan baju kurung tidak sedar (atau buat-buat tak sedar) tentang perkara tersebut.

Lepas ini, kementerian dengan kerjasama pihak sekolah patut membuat taklimat khas buat pelajar perempuan bukan Islam tentang etika pemakaian tersebut agar ‘isu pelajar dihalau balik’ tidak lagi berulang.

Terang pada mereka, baju kurung sekolah sepatutnya dipakai bersama singlet agar baju dalam (coli) tidak kelihatan.

Kita sepatutnya menggalakkan keinginan pelajar terutamanya yang bukan Islam untuk tampil sopan mengenakan baju kurung untuk ke sekolah. Betul tak?

Sumber : mynewshub.cc