Melalui ruangan Instagram peribadinya, pelantun lagu Awan Nano, Hafiz Suip memaklumkan bahawa dia dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu kerana berhadapan dengan sakit tulang belakang (slipped disc).
Menurutnya lagi, akibat dari kesakitan tersebut, doktor telah menyarankannya untuk berehat selama seminggu sebelum boleh meneruskan kerjayanya seperti biasa.
Memetik kenyataannya di portal Berita Harian, “Hal ini terjadi ketika saya bermain futsal baru-baru ini. Saya banyak buat aktiviti berat dan lincah juga. Doakan saya cepat sembuh.”
Memetik kenyataannya di portal Berita Harian, “Hal ini terjadi ketika saya bermain futsal baru-baru ini. Saya banyak buat aktiviti berat dan lincah juga. Doakan saya cepat sembuh.”
Melalui ruangan komen di Instagram beliau, kebanyakkan peminatnya memberi ucapan semangat dan kata-kata perangsang buat juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu supaya kembali pulih.
Sementara itu, disogok dengan soalan tentang pencalonan awal dirinya dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 2014, Hafiz berkata, beliau mengharapkan agar peminatnya dapat terus memberi sokongan kepadanya.
“Kepada peminat yang mengundi saya, terima kasih.”

Figura itu bakal melangsungkan pertunangan bersama kekasihnya, Effy pada 27 Februari depan di Hotel Pullman, Kuching. Namun, beliau enggan mendedahkan perancangan perkahwinannya bersama gadis bertuah itu.
“Insya Allah kita sama-sama doakan yang terbaik,” ujarnya.
Sumber : mynewshub.cc
“Insya Allah kita sama-sama doakan yang terbaik,” ujarnya.
Sumber : mynewshub.cc