Friday, January 16, 2015

Piala Raja Sepanyol: Dua Gol Torres Bawa Atletico Ke Suku Akhir

Fernando Torres mencuri perhatian dalam perlawanan dramatik awal pagi Jumaat apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 di Real Madrid, menyingkirkan lawannya dengan agregat 4-2 dalam saingan merebut Piala Raja Sepanyol.


Piala Raja Sepanyol: Dua Gol Torres Bawa Atletico Ke Suku Akhir , info, terkini, berita sukan, bola sepak,

Torres yang kembali ke kelab zaman remajanya selepas tujuh tahun mencuba nasib di England dan Itali, mengejutkan Bernabeu dengan golnya seawal minit pertama, dalam pertembungan kedua perlawanan peringkat 16 terakhir. Ini adalah kali pertama dia menjaringkan gol menentang Real di arena gergasi mereka di ibu negara Sepanyol.

Walaupun Sergio Ramos dan Cristiano Ronaldo membolosi gawang tuan rumah sebanyak dua kali tetapi Atletico, yang memenangi perlawanan pertama minggu lalu di Calderon dengan keputusan 2-0 selesa dengan keputusan itu untuk mara ke peringkat suku akhir menentang Barcelona.

Barcelona menang besar 5-0 ke atas Elche pada perlawanan pertama mereka di Nou Camp.

"Hakikatnya apabila kita menjaringkan gol dengan begitu awal bermakna kita boleh bermain dengan cara yang kita mahukan," kata Torres dalam satu temu bual dengan penyiar televisyen Sepanyol Canal Plus.

"Kami tidak pernah berasa keputusan berada dalam bahaya dan kita tidak berada dalam tekanan," kata bekas pemain Liverpool dan Chelsea ini.

"Saya tersenyum dengan kemenangan ini dan dapat menjaringkan dua gol pertama saya (sejak kembali ke Sepanyol) dan juga kerana melakukannya di sebuah stadium yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini."

Sumber : mstar.com.my