Tuesday, February 10, 2015

Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air

Selepas mendakwa mendengar ‘pertengkaran’ melibatkan pembantu juruterbang dengan juruterbang pesawat, kira-kira 20 orang penumpang pesawat Malindo Air bertindak turun dan enggan menaiki penerbangan tersebut.


Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air, info, terkini,berita, pesawat malindo air

Dalam satu laporan portal tempatan, kejadian yang berlaku minggu lalu itu dikatakan mengejutkan seluruh kabin kerana pertengkaran mereka sangat kuat.

Menurut salah seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Kee, insiden tersebut menyebabkan kebanyakan penumpang merasa terganggu lantas bertindak keluar dari pesawat.

“Mereka bertengkar dengan cukup serius sehingga menyebabkan seorang penumpang warga asing meninggalkan tempat duduk, diikuti 20 penumpang yang lain.

Kami masuk dan menunggu di dalam ruang bangunan lapangan terbang. Sejurus selepas itu, juruterbang pesawat datang bersemuka dengan kami untuk meminta maaf dan meminta kami naik pesawat semula.”

Namun demikian, Kee berkata, tujuh daripada keseluruhan jumlah penumpang memutuskan untuk tidak naik kembali ke pesawat dan menaiki penerbangan lain menuju Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut kemudiannya meneruskan penerbangan selama 52 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menuju Lapangan Terbang Subang selapas tertunda selama 50 minit.


Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air, info, terkini,berita, pesawat malindo air


Namun demikian, ketika mengulas mengenai kejadian tersebut, Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Malindo, Raja Saa’di Raja menafikan insiden tersebut sambil berkata, ia berkemungkinan berlaku akibat salah faham dari penumpang.

“Daripada laporan penerbangan yang diterima dan juga pemahaman serta pemerhatian yang dilakukan, kapten pesawat hanya memberikan arahan kepada pembantunya dengan nada kuat dan tegas, sebagai persiapan untuk berlepas dari lapangan terbang itu.

Bagaimanapun selepas mendengar arahan yang kuat, penumpang pesawat mengambil keputusan untuk keluar dari pesawat dan kami juga tidak dapat memahami punca penumpang membuat keputusan itu.”

Sempat memohon maaf atas insiden tersebut, beliau turut berkata, ia merupakan prosedur lazim yang akan dijalankan kesemua juruterbang dan pembantunya.

Sumber : mynewshub.cc