Showing posts with label SAR. Show all posts
Showing posts with label SAR. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2

Usaha pasukan pencari untuk mengesan bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa bukan sekadar berdepan dengan cabaran cuaca tidak menentu, malah kehadiran banyak ‘objek’ bersejarah terdampar di dasar perairan tersebut.


Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, SAR, QZ8501

Kesukaran itu diceritakan seorang pegawai Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional (Basarnas), S.B. Supriyadi yang mendedahkan, misi menjejaki pesawat malang tersebut turut dikelirukan dengan penemuan tidak sengaja banyak bangkai kapal perang lama.


Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, SAR, QZ8501

“Ia menyebabkan kerja pencarian mungkin ambil masa sedikit kerana pasukan Basarnas pada mula menyangka sudah jumpa bangkai QZ8501 namun selepas diteliti ia bukan pesawat berkenaan tetapi kapal-kapal lama zaman Perang Dunia Kedua,” ujarnya.

Supriyadi berkata, secara kebetulan lokasi pesawat AirAsia Indonesia itu terhempas di Selat Karimata sebenarnya kawasan ‘kubur’ pelbagai kapal milik tentera laut asing yang tenggelam dalam pertempuran hebat ketika era penjajahan British, Belanda dan Jepun.

Ini termasuk antaranya lima buah kapal perang masing-masing dari Amerika Syarikat (AS), Australia, British, Belanda dan Jepun yang dipercayai karam pada 27 Februari 1942 ketika mereka bertarung dan menyaksikan 2,300 kelasi tentera laut terkorban.

Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, SAR, QZ8501

Sejarah juga mencatatkan satu lagi rekod pertempuran hebat pernah meletus di perairan Laut Jawa pada 1 Mac 1942 yang mengakibatkan tiga buah kapal perang milik AS dan British selain sebuah kapal pemusnah dari tentera laut Jepun hancur tenggelam.

Pada November 2013 lalu, sekumpulan penyelidik arkeologi Indonesia turut mencipta kejutan apabila menemui sebuah kapal selam milik tentera laut Jerman, U-168 yang dipercayai karam setelah ditembak sebuah kapal selam Belanda sekitar tahun 1944.

Pakar sejarah tentera laut AS bersama-sama penyelam tentera laut Indonesia pada tahun lalu pernah menjumpai banyak bangkai kapal perang lama tahun 1942 termasuk ratusan mayat lengkap dengan berpakaian kelasi di dasar perairan tersebut. – Agensi