Showing posts with label QZ8501. Show all posts
Showing posts with label QZ8501. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

QZ8501 Tambah Kelajuan 'Lebih Daripada Biasa' Sebelum Terhenti

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada bulan lalu didapati menambah kelajuan "lebih daripada biasa" dan kemudian terhenti. "Pada saat akhir, pesawat menambah kelajuan melebihi daripada kadar biasa," kata Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan yang merujuk kepada data radar."Pesawat itu secara tiba-tiba menambah kelajuan melebihi had biasa di mana ia mampu untuk naik. Kemudiannya ia terhenti," katanya kepada pemberita.Pesawat...

Saturday, January 17, 2015

Operasi 115 Penyelam Bawa Naik Mayat QZ8501 Dari Dasar Laut

Satu pasukan penyelam Badan Pencari dan Penyelamat Nasional (Basarnas) mengandungi 15 anggota dilaporkan turun ke dasar laut bagi meninjau bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 pada pagi Khamis. Menurut jurucakap agensi itu, sebaik sahaja kumpulan pertama menilai bilangan serta kedudukan mayat baki penumpang dan anak kapal, kira-kira 100 penyelam Basarnas akan turun mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap di situ.“Kita akan dapatkan...

Friday, January 9, 2015

QZ8501: Helikopter Indonesia Bawa Beg Pelampung Angkat Ekor Pesawat

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia pada Jumaat membawa dua beg pelampung menggunakan helikopter menjelang operasi mengapungkan bahagian ekor pesawat AirAsia dari dasar laut, dengan harapan kotak hitam yang dapat mendedahkan punca bencana dapat ditemui.Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 hilang dari skrin radar pada 28 Disember kurang dari separuh perjalanan dua jam dari bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya ke Singapura. Tidak...

Thursday, January 8, 2015

QZ8501: Tony Fernandes Mengaku AirAsia Terkhilaf

Selepas dilarang melakukan penerbangan Surabaya-Singapura berkuat kuasa 2 Januari lalu, pihak pengurusan AirAsia Indonesia semalam akhirnya mengaku terkhilaf terbang tanpa kebenaran daripada pemerintah republik itu untuk laluan tersebut. Perkara itu disahkan Menteri Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan ketika mengulas perbualan ‘serius’ antara beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini susulan tragedi...

Sepadan! Perbandingan QZ8501 Dengan Ekor Pesawat Ditemui

Misi pencarian pesawat QZ8501 yang sudah memasuki hari ke-11 hari ini menemui bukti memberangsangkan apabila Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesahkan telah menemui serpihan ekor, dipercayai milik pesawat malang itu. Telahan itu terbukti apabila beberapa bahagian ekor yang ditemui berjaya disuaipadan dengan foto sebenar pesawat yang diambil menerusi dokumentasi Jetphotos.Net. Tiga gambar ekor pesawat yang diambil...

Rakaman Antara Juruterbang QZ8501 Dan Menara Kawalan Bocor

Rakaman percakapan dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) Juanda, Surabaya dibocorkan oleh seorang pengguna internet menerusi aplikasi SoundCloud.  Dalam rakaman audio berdurasi lebih 20 minit itu dengan tajuk ‘ATC PK AXC-QZ8501 201412272225Z’ didapati dimuat naik oleh seorang pengguna dengan ID "digitizing" pada Sabtu lalu, iaitu selepas Kementerian Perhubungan republik itu...

Wednesday, January 7, 2015

QZ8501: Ustaz Diterbangkan Ke Lokasi Nahas Untuk Berdoa

Pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan oleh Kerajaan Indonesia bagi mengesan kedudukan sebenar bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dilaporkan hilang sejak 28 Disember lalu.Antaranya membenarkan penglibatan lapan orang ustaz di kawasan yang dipercayai lokasi bangkai pesawat tersebut berada. Para ustaz berkenaan diterbangkan dengan helikopter Super Pumake ke lokasi berkenaan bagi mendoakan kelancaran misi pencarian itu, pagi tadi.Sejurus...

Tuesday, January 6, 2015

Lokasi Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Sudah Berjaya Dikenalpasti

Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia hari ini dilaporkan telah berjaya menemui lokasi pesawat AirAsia QZ850 terhempas. Sehubungan itu, menurut Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Leftenan Kolonel Penerbangan, Johnson Simatupang, semua pesawat yang melakukan operasi udara dalam misi pencarian tersebut akan terbang di bawah 5,000 kaki."Kita sudah dapatkan perintah operasi dari Basarnas. Semua penerbangan akan berada...

QZ8501 : Pesawat Russia Temui Objek Besar

Pesawat milik Russia, Beriev BE-200 menemui satu objek besar berwarna merah dan oren di lokasi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sektor I, di Laut Jawa, malam tadi.  Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Jhonson Simatupang berkata, objek yang diyakini mungkin sebahagian bangkai pesawat itu ditemui di bahagian dasar laut."Semalam, maklumatnya sudah lewat malam diterima selepas mereka pulang dari misi pencarian. Mereka melaporkan...

Monday, January 5, 2015

Mayat Mangsa Pesawat QZ8501 Rosak Boleh Dibiarkan Tenggelam Dalam Dasar Laut Yang Gelap

Imam Besar Masjid Istiqlal, Ali Mustafa Yakub menyatakan jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang rosak hingga tidak boleh dikenalpasti boleh dibiarkan tenggelam di dalam laut. Jika keadaan jenazah sudah rosak dan tidak dapat dikenal pasti, biarkan saja di dalam laut. ,” ujar Ali Mustafa Yakub kepada Republika pada Ahad. Dia turut menjelaskan, orang yang meninggal dunia di atas kapal dan mengambil masa yang panjang untuk dibawa...

QZ8501: Fenomena Icing Berkemungkinan Besar Punca Nahas

Cuaca yang amat buruk mencetuskan kemalangan nahas pesawat AirAsia pada Ahad lepas, kata pegawai cuaca Indonesia, Jumaat, manakala Rusia menjadi negara terbaharu yang menyertai carian pesawat malang itu. Sebuah helikopter Indonesia ketika menjalankan operasi mencari pesawat AirAsia penerbangan QZ8501, awal minggu ini yang terhempas di Laut Jawa. Para pegawai berkata cuaca buruk yang melampau dikatakan telah mencetuskan kemalangan itu....

Sunday, January 4, 2015

Teori Baru Nahas Peswata AirAsia Indonesia QZ8501

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang Ahad lalu masuk hari keenam, semalam, menemui teori baru kemungkinan pesawat itu terhempas berhampiran Teluk Kumai, 20 Kilometer dari sini. Teori itu dikeluarkan selepas sebahagian besar mangsa, serpihan pesawat dan barangan penumpang kapal terbang itu ditemui di bahagian timur perairan itu.Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS)...

QZ8501: 7 Mayat Ditemui Masih Terikat Di Tempat Duduk

Saat tujuh mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditemukan kapal KRI Bung Tomo, kesemuanya masih berada dalam keadaan terikat di kerusi pesawat. Antara kapal perang Indonesia yang terlibat dengan proses mencari serpihan pesawat dan mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501. Justeru, kesemua mayat dibawa naik ke atas kapal perang tersebut bersama kerusi yang diduduki. Perkara ini diceritakan Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan...

Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2

Usaha pasukan pencari untuk mengesan bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa bukan sekadar berdepan dengan cabaran cuaca tidak menentu, malah kehadiran banyak ‘objek’ bersejarah terdampar di dasar perairan tersebut. Kesukaran itu diceritakan seorang pegawai Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional (Basarnas), S.B. Supriyadi yang mendedahkan, misi menjejaki pesawat malang tersebut turut dikelirukan dengan penemuan tidak sengaja...

QZ8501: Tony Menangis Di Pengebumian Pramugari

Upacara pengebumian pramugari AirAsia yang terkorban dalam nahas pesawat QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi selamat dilaksanakan pada Jumaat, sebelah malam. CEO AirAsia Tony Fernandes memeluk Fauzi saat keranda jenazah Khairunisa tiba. Kharunisa dikebumikan di tanah perkuburan keluarga kawasan Jalan Bukit Lama Palembang. Upacara yang mengambil masa sekitar dua jam itu berlangsung dengan lancar dalam keadaan terang benderang menggunakan...

Saturday, January 3, 2015

QZ8501: Tony Fernandes Akan Hantar Sendiri Jenazah Khairunisa Ke Palembang

CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hari ini terjanji akan turut serta menghantar jenazah pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang tekorban iaitu arwahyarhamah Khairunisa Haidar Fauzie ke kampung halamannya di Palembang untuk disempurnakan. Perkara ini telah dikemaskini oleh Tony di dalam akaun Twitter miliknya pada 31 Disember lalu. Jenazah Khairunisa sekarang masih dalam proses mengenal pasti identiti untuk...

Friday, January 2, 2015

Kotak Hitam Pesawat QZ 8501 Sudah Berjaya Dikesan Di Dasar Laut Jawa

Pengarah SAR, SB Supriyadi sebentar tadi telah mengesahkan telah berjaya mengesan bangkai pesawat QZ8501. Hasil bantuan sistem sonar yang digunakan mereka berjaya mengesan kotak hitam yang berada dalam kedalama 50 meter dari dasar launt dan tidak dapat dipastika sama ada pesawat hancur atau tidak."Peralatan sonar itu mampu mencapai kedalaman 40 hingga 50 meter di dasar laut dan usaha mengesan kotak hitam pesawat juga giat dijalankan." katanya.Menurut...