
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang Ahad lalu masuk hari keenam, semalam, menemui teori baru kemungkinan pesawat itu terhempas berhampiran Teluk Kumai, 20 Kilometer dari sini.
Teori itu dikeluarkan selepas sebahagian besar mangsa, serpihan pesawat dan barangan penumpang kapal terbang itu ditemui di bahagian timur perairan itu.Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS)...