Showing posts with label barcelona. Show all posts
Showing posts with label barcelona. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Liga Sepanyol: Messi Catat Rekod Hatrik

Barcelona kembali menguasai kedudukan teratas Liga Sepanyol selepas membelasah Rayo Callecano 6-1 dengan menyaksikan Lionel Messi melakukan hatrik terbaharu di Camp Nou.


Liga Sepanyol: Messi Catat Rekod Hatrik, info sukan, bola sepak, La Liga, Barcelona, Lionel Messi

Messi menjaringkan gol ketiga Barca melalui sepakan penalti pada minit ke-56, sebaik sahaja dilayangkan kad kuning kedua selepas melakukan terjahan kasar kepada Luis Suarez.

Bintang Barcelona itu kemudian menambah gol keempat dan kelima (m-63,68) sekaligus membawa pasukannya menguasai kedudukan teratas liga.

Manakala Suarez menjaringkan gol pembukaan pada minit kelima dan Pique meledak gol kedua sebaik sahaja babak kedua bermula (m-49).

Mesi kini mengumpul lebih 40 gol untuk Catalan dalam tempoh enam musim dan mencatat rekod 24 hatrik dalam aksi liga mengatasi penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo (23).

Sumber : mstar.com.my

Monday, December 29, 2014

Punca Chelsea Tak Dapat Lionel Messi

Undang-undang kewangan berkaitan pembelian pemain menjadi faktor penghalang buat Blues untuk menandatangani pemain handalan dunia, Lionel Messi.


Punca Chelsea Tak Dapat Lionel Messi, info. terkini, berita sukan, Lionel Messi, barcelona, chelsea

Perkara itu dijelaskan Jose Mourinho yang sekali lagi menolak khabar mengenai tindakan Chelsea menandatangani pemain itu untuk mewakili pasukannya.

Bulan lepas DirectTV dari Argentina melaporkan bahawa Mourinho telah bersetuju untuk menandatangani Messi yang berharga mencecah 200 juta pound (RM1.08 bilion), namun pengendali skuad Blues memaklumkan, berita itu tidak benar.

Tambah Mourinho lagi, pihaknya mematuhi undang-undang kewangan pembelian pemain yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Bolasepak Negara-Negara Eropah (UEFA).

“Ketika ini UEFA menetapkan peraturan yang wajar diikuti bagi menandatangani seseorang pemain iaitu tidak boleh mendapatkan pemain yang terlalu mahal, malahan kelab juga tidak bersetuju untuk berbelanja terlalu besar.

“Saya juga rasa Barcelona tidak akan menjual pemain kesayangan mereka,” kata Mourinho.

Selain itu, bagi pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas pula, dia ingin beraksi bersama bekas rakan sepasukannya Messi di Stamford Bridge.

“Saya harap ia akan berlaku, namun saya percaya Messi pastinya ingin bersara bersama Barcelona kerana terlalu banyak kelab itu berjasa kepadanya.
“Dia adalah legenda yang mengubah sejarah Barcelona, namun sebagai bekas rakan sepasukan dan kawan baik, sudah tentu saya mahu Messi bersama saya di sini,” kata Fabregas.

Sumber : mstar.com.my