Showing posts with label berita nahas pesawat airasia. Show all posts
Showing posts with label berita nahas pesawat airasia. Show all posts

Saturday, January 3, 2015

AirAsia QZ8501: Tiga Lagi Mayat Dikenal Pasti

Tiga mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 dari lokasi pencarian telah dikenal pasti, kata polis pada sidang media di sini, Jumaat.


AirAsia QZ8501: Tiga Lagi Mayat Dikenal Pasti, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,
Jenazah pramugari QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi tiba di Hospital Bhayangkara di Surabaya pada Jumaat.


Menurut polis, mereka ialah pramugari, Khairunnisa Haidar, penumpang Grayson Herbert Linaksita dan Kevin Alexander Soetjipto, yang dikenal pasti berdasarkan pengecaman cap jari dan rekod perubatan.

Pakar dari Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) pada pagi Jumaat mengenal pasti lapan mayat di hospital Bhayangkara di Surabaya.

Terdahulu, identiti penumpang Hayati Lutfiah Hami disahkan, dan jenazahnya telah dikebumikan pada Khamis.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) H.F. Henry Bambang Soelistyo berkata, operasi mencari diteruskan pada Jumaat. - The Straits Times/ANN

AirAsia QZ8501: Ada Mangsa Masih Terikat Di Tempat Duduk

Pasukan operasi mencari kini menemui 30 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia dan seorang pegawai tentera laut Indonesia berkata, lima daripadanya dijumpai masih terikat di tempat duduk.


AirAsia QZ8501: Ada Mangsa Masih Terikat Di Tempat Duduk, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,
Keranda jenazah pramugari AirAsia QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi sebelum diterbangkan menerusi pesawat khas AirAsia untuk diserahkan kepada waris keluarganya di Palembang dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya


Komander kapal perang Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan memberitahu MetroTV bahawa lima mayat itu merupakan antara tujuh mayat yang ditemui di Laut Jawa dan telah dibawa menggunakan kapal milik Indonesia pada Jumaat.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Henry Bambang Soelistyo kemudiannya berkata, sejumlah 30 mayat mangsa nahas QZ8501 telah ditemui.

Seramai 162 penumpang dan anak kapal menaiki pesawat itu yang terhempas pada pagi Ahad lalu, dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura. - The Inquirer/ANN

Menurut laporan awal, The Jakarta Post memberitahu bahawa sebanyak 12 mayat lagi ditemui oleh kapal milik Amerika Syarikat (AS), USS Sampson pada petang Jumaat.

"Helikopter tentera laut AS, UH60 Black Hawk menghantar lapan mayat petang ini dan empat lagi masih di Sampson," kata Pengarah Operasi Basarnas, Marshall SB Supriyadi dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Antara pada Jumaat.

Ketua Polis Kalimantan Tengah, Brigedier Jeneral Bambang Hermanu berkata, enam daripada 12 mayat telah dibawa ke Hospital Sultan Imanuddin di Pangkalan Bun.

Enam mayat itu terdiri daripada tiga lelaki, termasuk seorang kanak-kanak, dan tiga wanita.

Sepuluh mayat telah diterbangkan ke Surabaya selepas menjalani pemeriksaan pengencaman awal di Hospital Imanuddin dan akan dipindahkan ke Hospital Bhayangkara di Surabaya.

Jumlah itu menjadikan sebanyak 18 mayat telah dibawa ke Surabaya.

Operasi untuk menjejaki bangkai pesawat dan kotak hitam sedang dijalankan di Laut Jawa. - The Jakarta Post/ANN

QZ8501: Tony Fernandes Akan Hantar Sendiri Jenazah Khairunisa Ke Palembang

CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hari ini terjanji akan turut serta menghantar jenazah pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang tekorban iaitu arwahyarhamah Khairunisa Haidar Fauzie ke kampung halamannya di Palembang untuk disempurnakan.


QZ8501, info, terkini, berita, berita nahas pesawat airasia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, CEO AirAsia, Tony Fernandes

Perkara ini telah dikemaskini oleh Tony di dalam akaun Twitter miliknya pada 31 Disember lalu.

QZ8501, info, terkini, berita, berita nahas pesawat airasia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, CEO AirAsia, Tony Fernandes

QZ8501, info, terkini, berita, berita nahas pesawat airasia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, CEO AirAsia, Tony Fernandes

Jenazah Khairunisa sekarang masih dalam proses mengenal pasti identiti untuk kali kedua walaupun semasa ditemui terdapat tanda nama pada baju seragam yang dipakainya.

Sumber : Siakapkeli.com.my

Friday, January 2, 2015

Kotak Hitam Pesawat QZ 8501 Sudah Berjaya Dikesan Di Dasar Laut Jawa

Pengarah SAR, SB Supriyadi sebentar tadi telah mengesahkan telah berjaya mengesan bangkai pesawat QZ8501.


Kotak Hitam Pesawat QZ 8501 Sudah Berjaya Dikesan, info, terkini, berita, berita nahas pesawat airasia, QZ8501,

Hasil bantuan sistem sonar yang digunakan mereka berjaya mengesan kotak hitam yang berada dalam kedalama 50 meter dari dasar launt dan tidak dapat dipastika sama ada pesawat hancur atau tidak.

"Peralatan sonar itu mampu mencapai kedalaman 40 hingga 50 meter di dasar laut dan usaha mengesan kotak hitam pesawat juga giat dijalankan." katanya.

Menurut seorang pegawai SAR Indonesia , Hernanto berkata, pasukan penyelam, kapal dan juga pesawat dari pasukan SAR sudah ke lokasi bangkai pesawat itu ditemui.

Sumber : Siakapkeli.com.my

Thursday, January 1, 2015

Syarikat ALLIANZ Tanggung Hampir RM3.4 Bilion Tuntutan Insurans

Syarikat insurans terkemuka dari Jerman ALLIANZ yang juga syarikat insurans kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia mungkin terpaksa menanggung tuntutan sehingga berjumlah hampir RM3.4 bilion ekoran tragedi MH370, MH17 dah QZ8501.


Syarikat ALLIANZ Tanggung Hampir RM3.4 Bilion Tuntutan Insurans, info terkini, berita nahas pesawat airasia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,
Anggota tentera Indonesia tidak dapat menahan kesedihan apabila terlihat mayat yang ditemui terapung di perairan Selat Karimata tempat pesawat AirAsia Indonesia terhempas.


Difahamkan mengikut perjanjian untuk penumpang sahaja, jika berlaku kemalangan waris akan mendapat bayaran US$150,000 (RM500,000).

Jika dijumlahkan semua penumpang dari pesawat MH370 (239), MH17 (298) dan QZ8501 (162) kesemuanya menjadi 699 orang membawa kepada jumlah hampir RM4 bilion berkenaan yang perlu ditanggung oleh ALLIANZ, silap haribulan boleh bungkus agaknya.
MENARIK – Fokus Utama Keluarkan Mayat Penumpang Dan Kru – Jokowi

“Kami boleh mengesahkan bahawa Allianz Global Korporat & Specialty UK (AGCS) adalah peneraju syarikat insurans utama untuk AirAsia, untuk pesawat penerbangan dan insurans liabiliti,” kata seorang jurucakap ALLIANZ dalam satu kenyataan media.

Setakat ini ALLIANZ merupakan penanggung insurans bagi penerbangan MH370 yang hilang di Lautan Hindi Mac lepas dan juga pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada Julai lepas di Ukraine.

Bagi syarikat insurans, nahas udara merupakan antara empat punca utama kerugian syarikat yang tidak berkaitan bencana alam, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, demikian menurut laporan syarikat itu.

Berkenaan jumlah pampasan, ALLIANZ enggan memberi reaksi mereka dan juga enggan mendedahkan nama syarikat insurans lain yang terbabit dalam pembayaran tuntutan kehilangan pesawat AirAsia berkenaan yang terkini berlaku.

Jika dilihat daripada dua tragedi sebelum ini, ALLIANZ bersama syarikat insurans lain perlu menanggung kos kehilangan pesawat Airbus A320-200 itu serta pampasan kepada waris mangsa.

Ahad lepas pesawat AirAsia Indonesia, dengan kod penerbangan QZ8501 hilang dari radar pada pukul 7.24 pagi ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya.

Semalam, serpihan pesawat serta enam mayat ditemui oleh Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) di Selat Karimata arah Tenggara dari Belitung.

Penemuan itu mengesahkan pesawat berkenaan terhempas dan semua penumpang dan anak kapal terbunuh.


Sumber : mynewshub.cc

Jenazah Pramugari AirAsia Khairunisa Haidar Dikenalpasti

Difahamkan tiga daripada tujuh mayat telah dikenalpasti identiti mereka dan seorang daripadanya merupakan pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas Ahad lepas, Khairunisa Haidar Fauzi, 22,.


Jenazah Pramugari AirAsia Khairunisa Haidar Dikenalpasti, info terkini, berita nahas pesawat airasia, Pesawat Air Asia QZ8501, Khairunisa Haidar
Khairunnisa Haidar Fauzi, 22, merupakan antara jenazah terawal dikenalpasti dalam tragedi pesawat AirAsia QZ8501.


Dua lagi mayat dikenalpasti sebagai Hayati Lutfiah (penumpang wanita) berasal dari Tegalsari, Surabaya dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Kevin Alexander Soetjipto (penumpang lelaki).

Khairunisa sebelum dilaporkan dalam laporan Mynewshub.cc berkaitan pramugara pesawat itu Oscar Desano.

Ibu, Allahyarham Khairunisa, Rohana sebelum berkumpul bersama saudara-mara di rumah mereka dan berkongsi melihat gambar-gambar pramugari itu.

Pesawat QZ8501 terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura selepas dilaporkan mengalami gangguan cuaca buruk ketika dalam perjalanan.

Pesawat itu membawa 155 orang penumpang dengan tujuh anak kapal dan dikendalikan oleh Kapten Iriyanto.

Kesemua mereka yang berada di dalam pesawat itu dilaporkan terbunuh akibat nahas berkenaan.

Setakat ini, tujuh mayat sudah pun ditemui susulan penemuan serpihan pesawat QZ8501 di Selat Karimata.


Sumber : mynewshub.cc