Showing posts with label real madrid. Show all posts
Showing posts with label real madrid. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Rodriguez Terpaksa Rehat Dua Bulan, Cedera Di Kaki Kanan

Pemain tengah Real Madrid, James Rodriguez terpaksa berehat dua bulan selepas mengalami kecederaan ketika aksi kemenangan 2-1 ke atas Sevilla Rabu lalu.


Rodriguez Terpaksa Rehat Dua Bulan, Cedera Di Kaki Kanan, info sukan, james rodrigues, real madrid, bola sepak,

Bintang Colombia itu mengalami kecederaan di kakinya setelah diterjah pada minit ke-28 di Santiago Bernabeu sebaik sahaja menjaringkan gol pertama Madrid pada minit ke-12.

James Rodriguez,23, dihantar ke hospital dan disahkan mengalami patah tulang metatarsus di kaki kanannya sekaligus memerlukan pembedahan dilakukan.


Rodriguez Terpaksa Rehat Dua Bulan, Cedera Di Kaki Kanan, info sukan, james rodrigues, real madrid, bola sepak,

"Selepas pemeriksaan dilakukan di Hospital Sanitas La Moraleja, dia disahkan mengalami patah tulang di bahagian kaki kanannya.

"Dia bakal menjalani pembedahan dalam masa terdekat," jelas kenyataan kelab.

Sumber : mstar.com.my

Thursday, January 29, 2015

Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang

Ini adalah berita yang sepatutnya mengusarkan Manchester United. Real Madrid bercadang untuk 'mencuri' penjaga gol mereka, David de Gea dalam tempoh 18 bulan lagi secara percuma seandainya United gagal memperbaharui kontrak pemain itu dalam tempoh tersebut.


Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang, info sukan, bola sepak, manchester united, Real Madrid, David De Gea

Jika de Gea tidak menandatangani sebarang pelanjutan kontrak, enam bulan sebelum kontrak sekarang tamat, dia bebas untuk bertemu dan berunding dengan mana-mana kelab dan berpindah secara percuma kerana telah menjadi ejen bebas.

Oleh yang demikian, United perlu menyelesaikan isu pelanjutan kontrak de Gea enam bulan sebelum kontraknya tamat menjelang musim panas akan datang.

De Gea menyertai United dari Atletico Madrid pada Jun 2011 dengan bayaran perpindahan sebanyak £18.3 juta.

Real Madrid telah mengenalpasti penjaga gol berusia 24 tahun itu sebagai penganti jangka panjang kepada pemain veteran, Iker Casillas.

Sebaik sahaja temasya Piala Dunia berakhir Julai lalu, pengurus Real, Carlo Ancelotti telah membawa masuk penjaga gol antarabangsa Costa Rica, Keylor Navas sebagai penjaga gol kedua kelab tersebut.

Navas bermain cemerlang sehingga membawa negaranya ke peringkat suku akhir Piala Dunia.

Casillas, 33, masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi bersama Real.

Walaupun de Gea adalah pilihan utama di United dan gembira untuk bermain di England tetapi United harus berwaspada kerana pemain Sepanyol itu mungkin akan terdorong untuk kembali ke Madrid - pertama kerana tawaran adalah dari Real Madrid dan kedua kerana kekasihnya adalah penyanyi popular yang bermastautin di Madrid.

Namun pada masa yang sama, United mungkin terdorong untuk menjual pemain itu seandainya mereka gagal dalam rundingan gaji baru dengannya. Jika mereka tidak menjualnya dalam tempoh ini, mereka akan kehilangan hak memperolehi keuntungan daripada perpindahannya nanti kerana statusnya sebagai ejen bebas.

Sementara itu, tempoh perpindahan bagi pertengahan musim ini akan tamat dalam empat hari lagi.

Sumber : mstar.com.my

Friday, January 23, 2015

Real Madrid Beli Pemain Muda Norway

Kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dilaporkan bersetuju mengikat pemain muda Norway, Martin Odegaard dari Stromsgodset.


Real Madrid Beli Pemain Muda Norway, info sukan, bola sepak, real madrid,

Bagaimana pun Real tidak memberi penjelasan lanjut mengenai pemain tengah berusia 16 tahun itu, namun media di Sepanyol percaya mereka bersetuju membayar 2.3 juta pound (RM13 juta) untuk Odegaard.

Odegaard yang kini masih menunggu keputusan kesihatan bakal diperkenalkan di ibu kota Sepanyol pada Khamis.

Odegaard membuat penampilan pertama bersama kelab Norway itu pada usia 15 tahun dan bakatnya selaku perancang utama berjaya memikat beberapa kelab terkemuka dunia termasuk Barcelona dan Bayern Munich.

Dia menjadi pemain antarabangsa paling muda ketika menyarung jersi Norway menentang Emiriyah Arab Bersatu pada usia 15 tahun 253 hari pada Ogos lalu.

Sumber : mstar.com.my