Showing posts with label manchester united. Show all posts
Showing posts with label manchester united. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Wayne Rooney Jaguh Buat Man United Tewaskan Sunderland

Wayne Rooney menjadi jaguh buat Manchester United apabila memberi kemenangan kepada pasukan itu menerusi dua jaringannya ketika bertemu dengan Sunderland dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi Ahad.


Wayne Rooney Jaguh Buat Man United Tewaskan Sunderland , info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, epl, manchester united

Kemenangan 2-0 itu membuatkan Manchster United dapat menduduki tempat ketiga sekali gus menjadikan Arsenal ketinggalan di belakang.

Babak pertama perlawanan berlangsung tanpa sebarang jaringan biarpun daripada tuan rumah tetapi Rooney berupaya menjaringkan gol pertama hasil tendangan penalti pada minit ke-66 selepas Radamel Falcao dijatuhkan John O'Shea.

Pada minit ke-88, Rooney terus mempamerkan aksi cemerlangnya apabila memberikan tandukan membolosi gawang Sunderland.

Manchester United kini berada di kedudukan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris, di belakang Chelsea dan Manchester City.

Sumber : mstar.com.my

Tuesday, February 3, 2015

Man United 'Buang' Pemain Tewas Kepada MK Dons 4-0

Mk Dons 4-0 Manchester United - keputusan memalukan itu menjadi sejarah hitam bagi kelab gergasi berkenaan, khususnya Louis Van Gaal.


Man United 'Buang' Pemain Tewas Kepada MK Dons 4-0, info sukan, bola sepak, Manchester united,


Berikutan kekalahan itu, United yang merupakan sebuah kelab terkemuka dan dipimpin jurulatih terkenal telah diejek peminat bola sepak dunia.

Ramai juga menganggap United tidak melakukan sebarang tindakan drastik akibat kekalahan berkenaan, sebaliknya hanya berusaha untuk kembali mencatat kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.


Bagaimanapun sehingga jendela perpindahan pemain pada Januari melabuhkan tirai, sebahagian besar pemain yang terlibat dalam kekalahan 4-0 kepada MK Dons telah meninggalkan kelab itu.

Terbaharu, Wilfried Zaha dan Janko, masing-masing meninggalkan United untuk ke Crystal Palace dan Bolton.


Man United 'Buang' Pemain Tewas Kepada MK Dons 4-0, info sukan, bola sepak, Manchester united,
Senarai pemain yang digugurkan.

 
Selepas lima bulan kekalahan memalukan itu berlaku, pemain yang terselamat daripada 'dibuang' Van Gaal ialah David de Gea, Jonny Evans, Reece James and Nick Powell.

Manakala selebihnya, iaitu Michael Keane ke Burnley, Marnick Vermijl (Sheffield), Javier Hernandez dan  Shinji Kagawa masing-masing memilih Real Madrid and Borussia Dortmund.

Danny Welbeck pula kini mewakili Arsenal dan Anderson dilapor sedang bersiap sedia untuk berhijrah ke Inter Milan.

Sumber : mstar.com.my

Thursday, January 29, 2015

Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang

Ini adalah berita yang sepatutnya mengusarkan Manchester United. Real Madrid bercadang untuk 'mencuri' penjaga gol mereka, David de Gea dalam tempoh 18 bulan lagi secara percuma seandainya United gagal memperbaharui kontrak pemain itu dalam tempoh tersebut.


Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang, info sukan, bola sepak, manchester united, Real Madrid, David De Gea

Jika de Gea tidak menandatangani sebarang pelanjutan kontrak, enam bulan sebelum kontrak sekarang tamat, dia bebas untuk bertemu dan berunding dengan mana-mana kelab dan berpindah secara percuma kerana telah menjadi ejen bebas.

Oleh yang demikian, United perlu menyelesaikan isu pelanjutan kontrak de Gea enam bulan sebelum kontraknya tamat menjelang musim panas akan datang.

De Gea menyertai United dari Atletico Madrid pada Jun 2011 dengan bayaran perpindahan sebanyak £18.3 juta.

Real Madrid telah mengenalpasti penjaga gol berusia 24 tahun itu sebagai penganti jangka panjang kepada pemain veteran, Iker Casillas.

Sebaik sahaja temasya Piala Dunia berakhir Julai lalu, pengurus Real, Carlo Ancelotti telah membawa masuk penjaga gol antarabangsa Costa Rica, Keylor Navas sebagai penjaga gol kedua kelab tersebut.

Navas bermain cemerlang sehingga membawa negaranya ke peringkat suku akhir Piala Dunia.

Casillas, 33, masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi bersama Real.

Walaupun de Gea adalah pilihan utama di United dan gembira untuk bermain di England tetapi United harus berwaspada kerana pemain Sepanyol itu mungkin akan terdorong untuk kembali ke Madrid - pertama kerana tawaran adalah dari Real Madrid dan kedua kerana kekasihnya adalah penyanyi popular yang bermastautin di Madrid.

Namun pada masa yang sama, United mungkin terdorong untuk menjual pemain itu seandainya mereka gagal dalam rundingan gaji baru dengannya. Jika mereka tidak menjualnya dalam tempoh ini, mereka akan kehilangan hak memperolehi keuntungan daripada perpindahannya nanti kerana statusnya sebagai ejen bebas.

Sementara itu, tempoh perpindahan bagi pertengahan musim ini akan tamat dalam empat hari lagi.

Sumber : mstar.com.my

Thursday, January 15, 2015

Van Gaal Punca Falcao Tinggalkan MU

Kurang persefahaman antara Radamel Falcao dengan pengurus Manchester United, Louis van Gaal mungkin menjadi punca untuk penyerang itu meninggalkan pasukan itu.

Malahan, ejen pemain Colombia itu juga memberi bayangan Falcao  tidak akan berada di Old Trafford musim depan.


Van Gaal Punca Falcao Tinggalkan MU, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Manchester United, Radamel Falcao

Bintang berusia 28 tahun yang menerima gaji £265,000 (RM1.4 juta) seminggu setakat ini berjaya menjaringkan tiga gol dalam 13 perlawanan sejak dipinjam selama semusim dari Monaco, September lalu.

United hanya mempunyai tempoh hingga Mei untuk mengaktifkan semula klausa pembelian pemain yang dianggarkan bernilai £40 juta (RM218 juta) itu.

“Tidak pasti sama ada dia akan memilih United atau tidak tetapi yang pasti dia akan mewakili kelab terbaik dunia musim depan,” kata ejen Jorge Mendes.

Bagaimanapun sebelum ini, Falcao sudah memutuskan bahawa dia tidak akan kembali ke Monaco yang disertainya sejak Mei 2013 selepas menyinar di Atletico Madrid dan Porto.

Masalah kecederaan betis yang dialami Falcao menjejaskan prestasinya di Old Trafford dan dia hanya disenaraikan sebagai kesebelasan utama dalam lapan perlawanan.

Dia digugurkan daripada senarai 18 pemain ketika tewas 1-0 di tangan Southampton, Ahad lalu.

Begitupun, Van Gaal mengaku pemain itu sudah bebas daripada kecederaan, tetapi penggugurannya disebabkan taktik yang mahu diamalkan pengendali terbabit.

“Mereka memiliki pemain yang hebat dan dilabel sebagai antara terbaik dunia. Dia sudah tentu sedia untuk bermain selama 90 minit pada setiap perlawanan," katanya lagi.

Sumber : mstar.com.my

Friday, January 9, 2015

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan

Manchester United mengambil tindakan pantas dengan menawarkan kontrak baharu kepada penjaga gol utamanya, David de Gea sebaik sahaja menandatangani bekas penjaga gawang Barcelona, Victor Valdes.


Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,

United mengikat Valdes dengan kontrak selama 18 bulan serta penyambungan setahun dan pengendali kelab itu, Louis van Gaal turut mengesahkan bahawa penjaga gol berusia 32 tahun tidak akan menggugat kedudukan De Gea.

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,

Kemasukan Valdes dibimbangi membawa risiko kepada penghijrahan De Gea dan berikutan itu United akan memanjangkan kontrak pemain kelahiran Sepanyol berkenaan.

Valdes bersalaman dengan Van Gaal selepas menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama United.

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,
Valdes diperkenalkan kepada media selepas disahkan menjadi milik United.


De Gea yang mempunyai baki kontrak selama 18 bulan di United ketika ini merupakan sebagai penjaga gol terbaik dunia selepas mempamerkan aksi memberangsangkan.

Valdes ketika ditemubual MUTV berkata," Saya fikir sekarang, dia (De Gea) merupakan penjaga gol terbaik dunia.

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,

"Prestasinya pada setiap hari dan setiap perlawanan berada pada tahap tertinggi. Dia berada pada tahun terbaik. Oleh itu saya rasa dia adalah penjaga gol terbaik dunia.

"Saya di sini (Old Trafford) untuk membantu semua orang. Untuk membantu jurulatih dan pemain lain. Saya sebahagian daripada pasukan ini dan bukan masalah," jelasnya.

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,
Valdes akan memakai jersi penjaga gol berwarna hijau.

Sumber : mstar.com.my

Manchester United Terima Valdes, Berisiko Kehilangan De Gea

Manchester United akhirnya bersetuju untuk menjadikan Victor Valdes sebagai penjaga gol pasukan tersebut dan keputusan itu sekaligus akan menimbulkan persoalan mengenai masa depan David De Gea sebagai pemilik jersi nombor satu.

Manchester United Terima Valdes, Berisiko Kehilangan De Gea, info sukan, bola sepak, sensasi, manchester united, Victor valdes, david de gea,

Valdes yang merupakan bekas penjaga gol Barcelona semakin hampir untuk mengikat kontrak bersama juara 20 kali Liga Perdana Inggeris selepas berlatih bersama skuad berkenaan sejak Oktober lalu.

Manchester United Terima Valdes, Berisiko Kehilangan De Gea, info sukan, bola sepak, sensasi, manchester united, Victor valdes, david de gea,

United dilaporkan membawa masuk Valdes bagi memainkan peranan disebalik tugas penjaga gol utama.

Selain Valdes, United dilapor turut berminat untuk mendapatkan penjaga gol Newcastle, Tim Krul yang beraksi untuk pasukan Belanda di bawah kendalian Louis van Gaal ketika saingan Piala Dunia.

Penjaga gol utama United ketika ini, De Gea, 24, berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan sejak awal musim lalu.

Manchester United Terima Valdes, Berisiko Kehilangan De Gea, info sukan, bola sepak, sensasi, manchester united, Victor valdes, david de gea,

Pemain kelahiran Sepanyol itu,  turut diintai oleh Real Madrid yang sedang mencari pengganti bagi posisi yang disandang oleh iker Casillas.

Sumber : mstar.com.my