Saturday, January 3, 2015

AirAsia QZ8501: Tiga Lagi Mayat Dikenal Pasti

Tiga mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 dari lokasi pencarian telah dikenal pasti, kata polis pada sidang media di sini, Jumaat. Jenazah pramugari QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi tiba di Hospital Bhayangkara di Surabaya pada Jumaat. Menurut polis, mereka ialah pramugari, Khairunnisa Haidar, penumpang Grayson Herbert Linaksita dan Kevin Alexander Soetjipto, yang dikenal pasti berdasarkan pengecaman cap jari dan rekod perubatan.Pakar...

AirAsia QZ8501: Ada Mangsa Masih Terikat Di Tempat Duduk

Pasukan operasi mencari kini menemui 30 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia dan seorang pegawai tentera laut Indonesia berkata, lima daripadanya dijumpai masih terikat di tempat duduk. Keranda jenazah pramugari AirAsia QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi sebelum diterbangkan menerusi pesawat khas AirAsia untuk diserahkan kepada waris keluarganya di Palembang dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya Komander...

Sabah Kembali Dilanda Banjir

Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor semakin pulih petang Jumaat, namun Sabah kembali dilanda bencana itu apabila beberapa bandar utama di negeri berkenaan mula ditenggelami air. Anggota Bomba dan Penyelamat memindahkan mangsa banjir setelah Kampung Rugading mula dinaiki air di Tawau. Setakat 4 petang, SABAH merekodkan seramai 422 mangsa daripada 134 keluarga di daerah Kota Belud dan Tawau yang terpaksa dipindahkan...

Tindakan Organisasi Buang sumbangan bantuan banjir

Penduduk sebuah taman perumahan di Pantai Dalam di sini, kesal dengan tindakan satu organisasi yang bertindak membuang pakaian disumbangkan orang ramai kepada mangsa banjir.Penduduk mendakwa hampir semua pakaian yang boleh memuatkan sebuah lori itu dibuang di kawasan pembuangan sampah taman perumahan berkenaan.Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 38, berkata, mereka sangat kecewa dengan tindakan organisasi itu yang tidak menghargai...

Selepas berada di London, New York Dubai, kini Jet Rasmi Kerajaan di Bangkok. Apakah kargo yang dibawa?

Selepas berada di London, New York dan Dubai semalam, pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA  hari ini tiba di Bangkok, Thailand pada 11.11 pagi tadi, menurut sebuah laman yang merakamkan perjalanan udara antarabangsa. Menurut laman Flight Radar 24, pesawat Airbus A319 itu meninggalkan Dubai pada 1.53 pagi ini, selepas tiba dari London pada 12.16 pagi.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan pesawat itu untuk pergi bercuti bersama...

QZ8501: Tony Fernandes Akan Hantar Sendiri Jenazah Khairunisa Ke Palembang

CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hari ini terjanji akan turut serta menghantar jenazah pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang tekorban iaitu arwahyarhamah Khairunisa Haidar Fauzie ke kampung halamannya di Palembang untuk disempurnakan. Perkara ini telah dikemaskini oleh Tony di dalam akaun Twitter miliknya pada 31 Disember lalu. Jenazah Khairunisa sekarang masih dalam proses mengenal pasti identiti untuk...