Sunday, January 4, 2015

QZ8501: Rumah Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’

Nampaknya ada cerita menarik mengenai mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Hayati Lutfiah yang sudah pun selamat dikebumikan di Sawotratap, Sidoarjo di Jawa Timur.


QZ8501: Rumah Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, Khairunisa Haidar,

Khabarnya, kediaman milik Hayati sekeluarga berbau harum semerbak persis bunga-bungaan biarpun sudah beberapa hari kosong, lapor Detik.com.

Apa yang pelik, tiada bunga ditanam di rumah yang turut didiami oleh suami Hayati, Djoko Suseno dan anak mereka, Naura Kanita Rosada serta ibu mertuanya, Soemarnik Saerah yang dipercayai turut terkorban dalam nahas pesawat itu.

Haruman itu bukan sahaja disedari oleh penduduk kampung, tetapi juga wartawan yang mengunjungi rumah tersebut.

Ramai yang percaya wangian itu ada kaitan dengan kebaikan keluarga ini, apatah lagi mereka juga memasang niat untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

QZ8501: Rumah Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, Khairunisa Haidar,

“Padahal rumah ini baunya biasa-biasa saja sewaktu saya berjumpa dengan Djoko beberapa hari sebelum dia berangkat ke Singapura,” ujar Ketua Rukun Tetangga tempatan, Iswanto.

Menurutnya lagi, keluarga itu sememangnya terkenal kerana cukup ramah dengan jiran tetangga, malah Djoko sendiri kerap bersolat jemaah di masjid.

“Wallahu a’lam, kita doakan Almarhum sekeluarga,” akhiri Iswanto.

Sumber : mynewshub.cc

QZ8501: 7 Mayat Ditemui Masih Terikat Di Tempat Duduk

Saat tujuh mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditemukan kapal KRI Bung Tomo, kesemuanya masih berada dalam keadaan terikat di kerusi pesawat.

QZ8501: 7 Mayat Ditemui Masih Terikat Di Tempat Duduk, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, QZ8501
Antara kapal perang Indonesia yang terlibat dengan proses mencari serpihan pesawat dan mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501.


Justeru, kesemua mayat dibawa naik ke atas kapal perang tersebut bersama kerusi yang diduduki.

Perkara ini diceritakan Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan menerusi panggilan telefon kepada portal berita Metro TV, pada Jumaat.

Yayan menjelaskan, ketujuh-tujuh mangsa nahas tersebut didapati berada di tempat duduk dengan memakai tali pinggang keselamatan dan tiga daripada mereka disyaki merupakan satu keluarga.

“Terdapat dua lelaki dan seorang perempuan, satu keluarga kerana duduk berderet satu tempat duduk,” ungkap beliau.

Yayan menambah, terdapat dua mayat lain yang ditemui duduk bersebelahan sementara dua lagi mayat ditemui dalam posisi terpisah.

Difahamkan, KRI Bung Tomo sudah pun melakukan koordinasi dengan KRI Banda Aceh dan Badan SAR Nasional untuk membawa ketujuh-tujuh mayat yang ditemui itu ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pada Sabtu.

Sumber: Metrotvnews

Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2

Usaha pasukan pencari untuk mengesan bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa bukan sekadar berdepan dengan cabaran cuaca tidak menentu, malah kehadiran banyak ‘objek’ bersejarah terdampar di dasar perairan tersebut.


Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, SAR, QZ8501

Kesukaran itu diceritakan seorang pegawai Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional (Basarnas), S.B. Supriyadi yang mendedahkan, misi menjejaki pesawat malang tersebut turut dikelirukan dengan penemuan tidak sengaja banyak bangkai kapal perang lama.


Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, SAR, QZ8501

“Ia menyebabkan kerja pencarian mungkin ambil masa sedikit kerana pasukan Basarnas pada mula menyangka sudah jumpa bangkai QZ8501 namun selepas diteliti ia bukan pesawat berkenaan tetapi kapal-kapal lama zaman Perang Dunia Kedua,” ujarnya.

Supriyadi berkata, secara kebetulan lokasi pesawat AirAsia Indonesia itu terhempas di Selat Karimata sebenarnya kawasan ‘kubur’ pelbagai kapal milik tentera laut asing yang tenggelam dalam pertempuran hebat ketika era penjajahan British, Belanda dan Jepun.

Ini termasuk antaranya lima buah kapal perang masing-masing dari Amerika Syarikat (AS), Australia, British, Belanda dan Jepun yang dipercayai karam pada 27 Februari 1942 ketika mereka bertarung dan menyaksikan 2,300 kelasi tentera laut terkorban.

Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’ Kapal Perang Dunia Ke-2, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, SAR, QZ8501

Sejarah juga mencatatkan satu lagi rekod pertempuran hebat pernah meletus di perairan Laut Jawa pada 1 Mac 1942 yang mengakibatkan tiga buah kapal perang milik AS dan British selain sebuah kapal pemusnah dari tentera laut Jepun hancur tenggelam.

Pada November 2013 lalu, sekumpulan penyelidik arkeologi Indonesia turut mencipta kejutan apabila menemui sebuah kapal selam milik tentera laut Jerman, U-168 yang dipercayai karam setelah ditembak sebuah kapal selam Belanda sekitar tahun 1944.

Pakar sejarah tentera laut AS bersama-sama penyelam tentera laut Indonesia pada tahun lalu pernah menjumpai banyak bangkai kapal perang lama tahun 1942 termasuk ratusan mayat lengkap dengan berpakaian kelasi di dasar perairan tersebut. – Agensi

Mereka Hendak Main-Mainkan Hukum Allah Ke Apa?

Sedih sungguh mengenang perilaku dan sikap yang ditonjolkan segelintir pemuda hingga sanggup menconteng arang terhadap bangsa dan yang paling utama tuntutan agama Islam sendiri.

Entah otak letak di mana, apatah lagi kewarasan akal fikiran.

Perilaku orang sedang bersolat sememangnya perkara biasa. Tambahan pula ia adalah kewajipan bagi penganut yang beragama Islam.

Namun, gambar sebahagian lelaki yang sedang solat berjemaah ini benar-benar menguji kesabaran kepada masyarakat Islam terutamanya.

Mana tidaknya, mereka seakan-akan mempermainkan tuntutan seterusnya hukum-hakam agama Islam sendiri.

Lihatlah.. tingkah laku mereka ketika bersolat ini!
Mereka Hendak Main-Mainkan Hukum Allah Ke Apa?, info, terkini, berita, sensasi,

Ada yang tidak menutup aurat, bercakap menerusi telefon bimbit dan yang paling sadis ada pula yang selamba menghisap rokok ketika bersolat.

Rasanya tiada mazhab ajaran agama Islam yang membenarkan perilaku solat seumpama ini.

‘Sudah terang lagi bersuluh’, jelas kelihatan yang pemuda-pemuda ini sememangnya mempunyai niat untuk mempermain-mainkan hukum Allah.

Jika benarlah dakwaan yang tersebar ini, sepatutnya pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam harus tegas dalam mengambil tindakan terhadap mereka.

Hal seumpama ini, bukan sahaja boleh mencemarkan kesucian agama Islam malah ianya memalukan ajaran agama Islam sendiri menerusi kaca mata ajaran agama lain.

Sumber : mynewshub.cc

QZ8501: Dua Bahagian Besar Pesawat Ditemui

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui dua bahagian besar pesawat AirAsia Indonesia 8Z8501 yang terhempas di Laut Jawa Ahad lalu.


QZ8501: Dua Bahagian Besar Pesawat Ditemui, info, terkini, berita nahas Airasia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,

“Dengan penemuan tumpahan minyak dan dua bahagian besar pesawat, saya boleh memberi jaminan bahawa ini adalah bahagian pesawat AirAsia yang kami cari selama ini,” kata ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS), Bambang Soelistyo.

Bambang berkata, kedua-dua objek besar itu berada kira-kira 30 meter (90 kaki) di bawah permukaan air.

Katanya, agensi itu kini sedang cuba untuk mendapatkan imej objek berkenaan dengan menggunakan kenderaan kawalan jauh bawah air. -AFP/Reuters


Penat Sangat Sampai Tertidur Dalam Banjir? Kesian

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Nasib yang menimpa mangsa banjir di beberapa negeri di Pantai Timur, Perak, Johor dan Sabah amatlah menyayat hati.

Mereka kehilangan tempat tinggal, harta benda dan paling memilukan ada yang kehilangan insan tersayang.

Lebih simpati, ada mangsa terpaksa tidur di kediaman mereka dalam keadaan paras banjir yang cukup tinggi.

Gambar mangsa banjir ini menarik perhatian kami apabila ia dikongsi hingga menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial.


Penat Sangat Sampai Tertidur Dalam Banjir?, info, lawak, berita, mangsa banjir

Gelagat pak cik ini yang nyenyak tidur dalam keadaan banjir, mengundang simpati ramai yang melihatnya.

Meskipun ada yang berpendapat ia boleh mendatangkan bahaya dan sebagainya namun jika difikir dari sudut positif, mungkin pak cik ini terlalu penat hingga menyebabkannya tertidur dalam keadaan tersebut.

Rata-rata penguna Facebook, meluahkan simpati sekaligus mendoakan agar situasi segera pulih seperti biasa.

Buat kesemua mangsa banjir, moga terus tabah dalam mengharungi detik-detik getir ini.

Sumber : mynewshub.cc