Wednesday, January 14, 2015

Kisah Penyelam Sama Jumpa 2 Kotak Hitam QZ8501 Dalam 24 Jam

Meskipun Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) bekerja keras menghantar 58 anggota penyelam, namun hanya seorang sahaja yang berjaya menemui kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.


Jumpa 2 Kotak Hitam QZ8501 Dalam 24 Jam, info, terkin, berita QZ8501, bangkai pesawat airasia qz8501, kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501,

Paling menarik diketahui, penyelam itu, Serda Rajab Suharno berjaya menemui kedua-dua kotak hitam yang berbeza di lokasi sama dalam dua hari berbeza tetapi pada waktu hampir-hampir sama cuma dia terlebih seminit selepas 24 jam.

Dua kotak hitam tersebut iaitu flight data recorder (FDR = perakam data penerbangan) dan voice cockpit recorder (VCR = perakam suara percakapan juruterbang dalam kokpit) terletak di ekor pesawat dalam kedudukan sebelah-menyebelah.

Menurut akhbar tempatan, kejayaan pertama dicatat pada pagi Isnin, 12 Januari, kira-kira pukul 7.12 pagi (8.12 pagi waktu Malaysia); apabila Rajab turun menyelam bersama-sama Koperal Edi, Kapten Saiful dan Pelda Bambang Purwanto.

Beliau berjaya menemui FDR di dasar laut pada kedalamam lebih 30 meter dan keesokan hari iaitu 13 Januari pula, Rajab mencipta satu lagi kejayaan apabila menemui VCR ketika menyelam dengan Lettu Aang, Sertu Widodo, dan Kapten Saiful.

Jumpa 2 Kotak Hitam QZ8501 Dalam 24 Jam, info, terkin, berita QZ8501, bangkai pesawat airasia qz8501, kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501,

Serda Rajab Suharno (tengah) disambut rakan-rakan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut di atas kapal KRI Banda Aceh selepas berjaya menemui dua kotak hitam QZ8501 di Selat Karimata.

Uniknya kejayaan penemuan kotak hitam kedua itu dicatat pada pukul 7.13 pagi (8.13 pagi waktu Malaysia) iaitu hanya berbeza lebih satu minit dan ditemui berdekatan dengan tempat sama hari sebelumnya dijumpai kotak hitam yang pertama.

Rajab malah diberi gelaran ‘Pinger-man’ kerana ketika menyelam, dia cuma berbekalkan dengan pengesan logam dikenali sebagai pinger detector seumpama bentuk alat pengering rambut dan berfungsi menjejak isyarat bunyi ‘ping’ daripada kotak hitam.

“Alat ini sangat membantu saya, kalau tidak ada, pasti akan sangat sukar,” ujar beliau ketika ditemui di atas kapal TNI AL bernama KRI Banda Aceh sejurus selesai operasi pencarian di Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah pada Selasa.

Jumpa 2 Kotak Hitam QZ8501 Dalam 24 Jam, info, terkin, berita QZ8501, bangkai pesawat airasia qz8501, kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501,

Namun, Rajab tidak mahu dianggap sebagai orang paling berjasa ekoran kejayaan tersebut bahkan bapa kepada dua anak itu berkata, dia hanya menyelesaikan kerja pasukan yang turun sebelumnya dan secara kebetulan berhasil menemukan dua kotak hitam.

“Sebelumnya sudah ada beberapa penyelam turun, tetapi gagal, kebetulan saya pula turun dan Alhamdulillah berjaya pula jumpa,” jelas beliau yang lahir pada 13 Ogos 1973 dan berasal dari Kebumen dekat Yogyakarta di wilayah Jawa Tengah. – AGENSI

Pelajar Tingkatan Empat Maut, Seorang Parah Dilanggar Lari

Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian langgar lari di Kilometer 19, Jalan Mempaga-Chinta Manis dekat Bentong, Selasa.


Pelajar Tingkatan Empat Maut, Seorang Parah Dilanggar Lari, info, terkini, berita, kemalangan jalan raya, ngeri

Penunggang motosikal, Haikal Asraf Hairol Hashim, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 3 petang itu manakala pemboncengnya Mohd Farid Suhaizat Kamarudin, kedua-dua berusia 16 tahun, patah paha kanannya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kampung Sertik itu berasal dari Felda Mempaga 3, Karak.

Katanya mangsa dalam perjalanan dari arah Karak menghala ke Mempaga dan cuba memotong sebuah kenderaan apabila motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

Beliau berkata sehingga kini pemandu treler terbabit belum membuat laporan polis dan beliau meminta saksi kejadian supaya tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

Mohamad Nor berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala pembonceng yang parah itu juga dirawat di hospital sama.

Sumber : mstar.com.my

Pengarah MyEG Perlu Perjelas Isu Caj `Online’ RM38

Pengarah MyEG Service Bhd (MyEG), Datuk Shamsul Anuar Nasarah perlu membuat penjelasan mengapa majikan perlu membayar sebanyak RM38 kepada syarikat itu untuk menguruskan pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) bagi setiap pekerja asing.


Pengarah MyEG Perlu Perjelas Isu Caj `Online’ RM38, info, terkini, berita, MyEG

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, sebelum ini majikan boleh memohon lanjutan PLKS melalui kaunter Jabatan Imigresen secara percuma tetapi kini perlu membayar RM38 bagi seorang pekerja asing kepada MyEG kerana permhonan kini perlu dibuat secara dalam talian.

“Banyak majikan membuat aduan berkenaan bayaran pembaharuan PLKS bagi pekerja asing yang terlalu tinggi dan membebankan. Sistem e-kerajaan yang bertujuan memudahkan urusan majikan melakukan permohonan tidak sepatutnya diserahkan kepada syarikat persendirian untuk mengaut keuntungan.

“Jika bayaran RM38 dikenakan ke atas 2.4 juta pekerja asing di Malaysia, maka MyEG dijangka mendapat hasil sehingga melebihi RM90 juta,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, beliau bertanya kepada Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sama ada kos untuk membangunkan sistem permohonan menerusi talian itu memakan perbelanjaan sehingga RM90 juta.

Jabatan Imigresen sebelum ini menetapkan urusan pembaharuan pas lawatan kerja sementara pekerja asing secara manual di kaunter dihentikan di Semenanjung bermula 2 Januari lalu dan perlu mendaftar secara dalam talian melalui perkhidmatan MyEG.

Sumber : mynewshub.cc

Ronaldo Akui Rindukan Old Trafford Dan Ferguson

Selepas merangkul gelaran Ballon d'Or buat kali kedua berturut-turut, Cristiano Ronaldo mengakui masih merindui Manchester United dan Sir Alex Ferguson.


Ronaldo Akui Rindukan Old Trafford Dan Ferguson, info sukan, bola sepak, MU, Cristiano ronaldo

Ronaldo dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FIFA 2014 buat kali ketiga selepas 2013 dan 2008 dengan mengetepikan pencabar terdekat Lionel Messi (Barcelona) dan Manuel Neuer (Bayern Munich) pada majlis anugerah tersebut di Zurich awal pagi Selasa.

Penyerang Portugal ini tiba di Old Trafford ketika usia 18 tahun pada 2003 seterusnya Ferguson mengasah bakatnya sehingga bergelar pemain terbaik dunia.

Biarpun di puncak kejayaan, Ronaldo tidak pernah lupa nama Ferguson malah tetap merindui aksinya Old Trafford yang menjadi tapak permulaan bergelar bintang.

"Saya terfikir mengenai Manchester United, permulaan karier saya. Saya yakin penyokong-penyokong di sana sentiasa ada bersama.

"Saya belum menghubungi Sir Alex lagi, tetapi kami sentiasa berhubung sebelum ini.

"Beliau sentiasa memberi semangat kepada saya untuk terus melangkah ke depan. Katanya "Cristiano, kamu yang terbaik, jangan bimbang dengan yang lain".

"Beliau seorang yang menakjubkan dan saya merinduinya," jelas Ronaldo.

Ketika bersama United, Ronaldo meledak 118 gol dengan 292 penampilan dalam tempoh enam musim serta membantu kelab Inggeris itu merangkul gelaran juara liga, Piala FA, dua trofi Piala Liga dan Liga Juara-Juara.

Pada tahun 2009, Ronaldo berpindah ke Real Madrid dengan harga mencecah rekod dunia bernilai 80 juta pound (RM430 juta), seterusnya membantu kelab ini memenangi juara La Liga, dua trofi Copa del Reys serta trofi Liga Juara-Juara.

Namun jika pemain berusia 29 tahun mengimpikan untuk kembali ke Old Trafford, sebaiknya lupakan sahaja kerana kontraknya bersama Madrid sehingga 2018.

"Saya baharu sahaja menandatangi kontrak beberapa tahun dan teruja untuk meraih lebih banyak trofi dengan kelab ini," jelasnya.

Sumber : mstar.com.my

PM Thai Arah Tentera Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha mengarahkan pasukan tentera di selatan negara berkenaan supaya membantu mangsa banjir di Kelantan, Malaysia.

Panglima Tentera Bahagian ke-4, Leftenan Jeneral Prakarn Chollayuth berkata Prayuth juga mengarahkan agar semua badan kerajaan di selatan Thailand memberi bantuan kepada mangsa bencana itu secepat mungkin.


PM Thai Arah Tentera Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan, info, terkini, berita, PM Thailand, Bantuan Banjir di kelantan

Prakarn berkata Unit Keselamatan Dalam Negeri Bahagian ke-4 akan mula menerima barangan keperluan dan peralatan membina rumah serta membaiki kenderaan yang rosak bermula Selasa.

"Untuk permulaan, kami merancang membawa sumbangan ke tiga kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah pada 17 dan 18 Januari," katanya pada sidang media di Kem Sirinthorn, Yarang, Selasa.

Beliau berkata pusat penyelaras bagi menerima sumbangan berkenaan ialah di Pejabat Gabenor wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla.

Bagi penduduk yang ingin menghulurkan bantuan boleh berurusan di Pejabat Gabenor di empat wilayah tersebut, katanya.

Pada bulan lepas, bencana banjir turut melanda selatan Thailand membabitkan wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat.


Sumber : mstar.com.my

MH370: Malaysia Tanggung Sebahagian Kos Operasi Kapal Fugro Supporter

Malaysia akan menanggung sebahagian daripada kos operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang menggunakan kapal 'Fugro Supporter' milik Australia.


Malaysia Tanggung Sebahagian Kos Operasi Kapal Fugro Supporter , info, terkini, berita, Pesawat MH370
Tiong Lai (dua kanan) menyampaikan repika cek kepada wakil dari rumah kebajikan Desa Amal Jireh pada satu majlis penyampaian cek di Kolej University Tunku Abdul Rahman (TARUC) pada Selasa. Foto: BERNAMA

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Australia dijangka membelanjakan sejumlah AUD120 juta (RM349.6 juta) untuk operasi kapal itu yang dilengkapi dengan peralatan sonar untuk pencarian di dasar laut.

"Sebelum ini tiga kapal digerakkan dalam operasi mencari pesawat berkenaan iaitu 'Go Phoenix', 'Fugro Discovery' dan 'Fugro Equator'.

"Dalam operasi (tiga kapal sebelum ini), Petronas memperuntukkan RM67 juta bagi pihak Malaysia bagi membiayai penyediaan sonar imbasan dan kapal sokongan marin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan cek kepada 16 organisasi kebajikan anjuran 'Civic Consciousness and Volunteerism Project' Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) pada Selasa.

Liow berkata kerajaan akan terus menyalurkan perkembangan terkini operasi pencarian dan khidmat kaunseling kepada anggota keluarga penumpang dan pesawat MH370 di Malaysia dan di Family Communication and Support Centre (FCSC),Beijing, China.

"Walaupun tumpuan dunia kini kepada operasi mencari dan menyelamat pesawat Air Asia Indonesia QZ8501, kami tetap komited dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu," katanya.  

Operasi mencari Penerbangan MH370 kini memasuki bulan kesembilan sejak iahilang pada 2.40 pagi 8 Mac tahun lepas.

Pesawat membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Sementara itu, Liow berkata penemuan perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit AirAsia Indonesia Pesawat QZ8501 akan membolehkan pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti punca kejadian dan seterusnya dapat menamatkan spekulasi umum mengenai insiden malang itu.

"Kita perlu sedar bahawa tragedi ini merupakan peringatan tentang betapa pentingnya peningkatan sistem keselamatan penerbangan antarabangsa serta taraf keselamatan penerbangan awam.

"Malaysia terus komited menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan sama adadari segi aset mahupun kepakaran kepada pihak berkuasa Indonesia dan telah mengerahkan tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi usaha pencarian QZ8501," katanya.

Perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui didasar laut dan dibawa naik ke kapal Tentera Nasional-Angkatan Laut (TNI-AL), Indonesia KRI Banda Aceh, pagi Selasa.

Kotak hitam itu ditemui pada koordinat 03" 37.21 S atau 109" 42.42 E dengankedalaman antara 30 hingga 32 meter iaitu berhampiran tempat ekor bangkaipesawat itu ditemui di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun, KalimantanTengah.

Sumber : mstar.com.my