Wednesday, January 21, 2015

Punca Jawi Tak Jadi Keluarkan Waran Tangkap Gadis K-Pop

Tiga remaja perempuan bertudung yang terbabit dalam kontroversi aksi sumbang di konsert kumpulan K-Pop, B1AF baru-baru ini mungkin terlepas daripada dikenakan tindakan apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memutuskan untuk tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Punca Jawi Tak Jadi Keluarkan Waran Tangkap Gadis K-Pop , info, terkini, berita, sensasi, isu KPOP, JAwi

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan sebagai berkata, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya ketiga-tiga wanita berkenaan tidak tampil memberikan kerjasama selepas diberi tempoh seminggu.

Bagaimanapun, sumber Jawi memberitahu mStar Online, jabatan itu memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut apabila sehingga ke hari ini ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.

"Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian.

“Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka,” katanya.

Menurut sumber Jawi lagi, ketiga-ketiga remaja berkenaan mungkin mendapat nasihat daripada pihak lain berikutan insiden yang mencetuskan kontroversi itu.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminat wanita Islam ketika berada di atas pentas konsert di Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Jawi sebelum ini telah membuka kertas siasatan siasatan berhubung isu tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : mstar.com.my

QZ8501 Tambah Kelajuan 'Lebih Daripada Biasa' Sebelum Terhenti

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada bulan lalu didapati menambah kelajuan "lebih daripada biasa" dan kemudian terhenti.


info, terkini, berita nahas pesawat airasia, bangkai pesawat airasia qz8501, QZ8501

"Pada saat akhir, pesawat menambah kelajuan melebihi daripada kadar biasa," kata Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan yang merujuk kepada data radar.

"Pesawat itu secara tiba-tiba menambah kelajuan melebihi had biasa di mana ia mampu untuk naik. Kemudiannya ia terhenti," katanya kepada pemberita.

Pesawat QZ8501 terhempas pada 28 Disember lalu ketika cuaca buruk dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura.

Nahas itu mengakibatkan kesemua 162 penumpang dan anak kapal terkorban. - AFP

Sterling Penyelamat Liverpool, Ikat Chelsea 1-1

Jaringan Raheem Sterling pada minit ke-59 membantu Liverpool mengikat kedudukan 1-1 dengan Chelsea pada aksi pertama pusingan separuh akhir Piala Liga di Stadium Anfield, awal pagi Rabu.


Sterling Penyelamat Liverpool, Ikat Chelsea 1-1 , info sukan, bola sepak, Piala Liga,

Namun, Chelsea terlebih dahulu berada di depan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Eden Hazard pada minit ke-18.

Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas Hazard dijatuhkan Emre Can di dalam kotak penalti.

Pemain tengah Steven Gerrard hampir membantu Liverpool untuk menggandakan jaringan tetapi percubaannya terkena palang.

Gerrard kembali mengisi skuad utama Liverpool selepas tidak diturunkan ketika mencatatkan kemenangan ke atas Aston Villa.

Liverpool terus melakukan asakan demi asakan tetapi Thibaut Courtois berjaya menyelamatkan gawang Chelsea daripada terus dibolosi.

Courtis mempamerkan aksi bergaya apabila berjaya menampan 20 percubaan Liverpool untuk menembusi gawang Chelsea.

Chelsea mampu menarik nafas lega apabila mereka mempunyai sedikit kelebihan pada aksi kedua separuh akhir di gelanggang sendiri Selasa depan.

Pasukan kendalian Pengurus Jose Mourinho itu perlu mencatatkan kemenangan di Stamford Bridge sekiranya mahu meneruskan kemaraan ke aksi final bertemu  Tottenham atau Sheffield United di Wembley.

Sumber : mstar.com.my

Luahan Rindu Aril Pilus Kepada Arwah Abangnya Menyentuh Hati

Tersentuh kami mendengar luahan hati penyanyi dan DJ radio, Aril Pilus atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus terhadap arwah abangnya, Izwan Pilus.

Luahan Rindu Aril Pilus Kepada Arwah Abangnya Menyentuh Hati, info, terkini, hiburan, izwan pilus, aril pilus


Allahyarham Izwan Pilus yang juga merupakan penyanyi terkenal Malaysia suatu ketika dahulu telah genap kembali ke rahmatullah tiga tahun lalu.


Luahan Rindu Aril Pilus Kepada Arwah Abangnya Menyentuh Hati, info, terkini, hiburan, izwan pilus, aril pilus
Allahyarham Izwan Pilus.

Berita allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 disebabkan jangkitan kuman dalam darah ditangisi seluruh peminat hiburan.

Apatah lagi Izwan yang cukup popular menerusi lagu Kembali Senyum masih lagi diingati kerana kelunakan suaranya.

Aril yang memuat naik status luahan itu mencuri tumpuan peminat yang rata-rata turut simpati dan terharu atas kehilangan abangnya itu.


Luahan Rindu Aril Pilus Kepada Arwah Abangnya Menyentuh Hati, info, terkini, hiburan, izwan pilus, aril pilus

“Suara kau, nyanyian kau, perangai kau, menyakat kau dan semua yang berkaitan kau, sesaat pun tak pernah… tak akan pernah lupa.

“Takkan lupa pesan kau. I Love You, Abang Wan. Saya rindu nak peluk kau… nak cium kau.

“Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman abang. Saya janji takkan sia-siakan mak dan ayah. I Love You sekali lagi Abang Wan. Tunggu saya ye abang… ,” kata Aril seperti di laman Instagramnya.

Kita doakan moga Izwan Pilus ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.


Sumber : mynewshub.cc

Pizza Hut vs Domino’s: Perang Harga Pizza Terendah

Berita baik buat penggemar pizza semua! Kedua-dua outlet pizza popular di Malaysia, Pizza Hut dan Domino’s Pizza kini memang bagi harga promosi kaw-kaw punya buat anda menjamu selera.


Pizza Hut vs Domino’s: Perang Harga Pizza Terendah, info, terkini, berita, sensasi

Promosi yang dijalankan Pizza Hut bermula awal bulan ini yang menawarkan 16 variasi pizza yang diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

Personal pizza dijual RM5, RM10 bagi saiz regular dan RM15 bagi pizza bersaiz besar, tapi promosi ini hanya sah untuk pesanan ‘take away’ sahaja.

Pizza Hut vs Domino’s: Perang Harga Pizza Terendah, info, terkini, berita, sensasi

Sementara itu, Domino’s Pizza terlebih dahulu tampil dengan promosi serupa, yang mana promosi hebat boleh digunakan sama ada ‘dine in’ di situ mahupun untuk pesanan ‘take away’.



Apa lagi, cepat-cepatlah serbu rangkaian pizza berdekatan anda untuk menikmati harga runtuh yang ditawarkan mereka!

Sumber : mynewshub.cc

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini

Keadaan banjir di Sarawak dilaporkan semakin buruk setakat petang tadi dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat di empat buah daerah yang terlibat.


Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara(MKN) jumlah mangsa yang dipindahkan sudah meningkat kepada 3,892 daripada hanya  3,458 orang semalam seperti yang diaporkan NST sebelum ini dengan satu pusat pemindahan baru terpaksa dibuka iaitu Pusat pemindahan di SMK Simunjan menjadikan jumlah pusat pemindahan kepada 26 buah.

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) telah dikeluarkan pada jam 2.12 petang tadi dengan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah & Bintulu dijangka berterusan sehingga Selasa, 20 Januari 2015.

Sungai Baru Kitang di Kuching pada diaporkan telah melebihi paras bahaya dengan tren menaik sehingga sekarang iaitu sudah paras 5.14 meter manakala dua sungai lagi sudah melebihi paras amaran iaitu Suangi Buan Bidi 17.76m (aras bahaya 17.80m) dengan trend menaik dan Sungai Siniawan, 6.72m (aras bahaya 7.20m) juga dalam trend menaik.

Video di bawah adalah situasi yang jarang-jarang berlaku di Kuching Waterfront di mana Air sungai Sarawak melimpah sampai ke tebing sekitar pukul 6 petang tadi.


Sementara itu, telah berlaku runtuhan salam di Puncak Borneo menyebabkan beberapa kampung iaitu kampung Karu, Kapung Bayur, Kampung Sibuangm kampung Simuti, Kampung Sibakar, dan kampung Begu terputus hubungan.


Jumlah sekolah yang ditutup akibat banjir di Sarawak sehingga kini kekal 33 sekolah namun keadaan cuaca petang ini nampak bertambah baik dan menjanjikan suasana yang diramal lebih positif selepas ini.


Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Sumber : Siakapkeli.com.my