Wednesday, February 11, 2015

Pre Wedding Photoshoot Sharifah Sakinah Di ‘Lorong’

Kami pasti selain Hanez Suraya dan Yana Samsudin, Sharifah Sakinah juga antara selebriti yang sedang sibuk merangka segala persiapan menjelang hari bahagianya bersama jejaka pilihan Aliff Adha pada Mac nanti.


Pre Wedding Photoshoot Sharifah Sakinah Di ‘Lorong’, info, terkini, hiburan, sensasi, Sharifah Sakinah

Jika sebelum ini Sakinah berkesempatan membawa rakan-rakan artis ke Bali untuk Bridal Shower, terbaru Sakinah berkongsi foto pre wedding dirinya dan Aliff hasil sentuhan PinoygraphyOfficial. Memang cool!


Lain dari yang lain, ternyata konsep yang dipilih Sakinah untuk foto pre wedding ini nampak simple tetapi menarik. Mana tidaknya, jika dilihat tempat Sakinah merakam foto pre weddingnya hanya berlatarkan sebuah ‘lorong’.

Kata orang, kalau dah kreatif, ambillah dekat mana-mana pun hasilnya tetap awesome. Namun menerusi foto-foto tersebut, bakal suami Sakinah nampak macam makin kurus. Ini mesti kena paksa join Fitness Sakinah kan?


Pre Wedding Photoshoot Sharifah Sakinah Di ‘Lorong’, info, terkini, hiburan, sensasi, Sharifah Sakinah

Pre Wedding Photoshoot Sharifah Sakinah Di ‘Lorong’, info, terkini, hiburan, sensasi, Sharifah Sakinah

Pre Wedding Photoshoot Sharifah Sakinah Di ‘Lorong’, info, terkini, hiburan, sensasi, Sharifah Sakinah

Sumber : ohbulan.com

Tuesday, February 10, 2015

Foto Baby Bump Lisa Surihani Sudah Terserlah

Setelah berteka-teki beberapa ketika mengenai status kehamilan pelakon terkenal, Lisa Surihani, akhirnya terjawab apabila pasangan selebriti itu mengesahkan berita gembira tersebut.


Foto Baby Bump Lisa Surihani Sudah Terserlah, info, terkini, hiburan, sensasi, Lisa Surihani,

Berita ini pastinya disambut baik oleh peminat Yusri dan Lisa Surihani yang nampaknya tidak sabar-sabar mahu melihat cahaya mata sulung pasangan selebriti terkenal ini.
A photo posted by Lisa Surihani (@lisasurihani23) on

Tidak seperti selebriti lain, bakal ibu ini nampaknya tidak begitu mendedahkan detik dan gambarnya ketika mengandung.

Jika difikir-fikirkan, mungkin usia kandungan Lisa yang masih di peringat awal terlalu cepat untuk dikongsikan. Ye dak?

Bagaimanapun, foto baby bumb Lisa yang dimuat naik oleh Sharifah Amani petang semalam di laman Instagramnya ini menarik perhatian peminat hiburan.




Wahh!! Apa lagi excited para peminat jadinya melihat kandungan sulung selebriti kesayangan mereka ini.

Meskipun masih diperingkat awal, nampaknya ramai menyedari perubahan badan Lisa.


A photo posted by Lisa Surihani (@lisasurihani23) on


Diharap moga Lisa dapat menjaga kesihatan dirinya buat cahaya mata yang selama ini dinanti-nantikan pasangan ini.

Sumber : mynewshub.cc

Pemain Ini Sign Autograf Di ‘Dada’ Siapa Tu?

Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai pemain import Kelantan atau The Red Warriors (TRW) sedang menurunkan autograf kepada seorang wanita peminat pasukan itu.


Pemain Ini Sign Autograf Di ‘Dada’, info, terkini, berita, sensasi,

Gambar berkenaan tersebar luas di laman Twitter dan mengundang pelbagai spekulasi dan ada antara mereka yang mengatakan itu adalah pemain import Kelantan.

Pada siapa pula agaknya diturunkan tandatangannya itu?

Ada juga cakap-cakap bahawa wanita itu adalah isterinya. Cuma penulis agak pelik kenapa perlu menandatangani autograf dalam keadaan begitu di depan orang ramai.

Apapun gambar ini sudah pun menjadi viral di internet dan bermacam-macam spekulasi telah timbul.

Jika betul pun, mungkin ada jawapan yang boleh diberikan atau penjelasan kepada para peminat Kelantan dan juga pengguna laman sosial di internet.

Kalau ada yang mengetahui berkenaan gambar di atas tu, boleh juga menulis berkenaannya di ruangan komen.

Sumber : mynewshub.cc

Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air

Selepas mendakwa mendengar ‘pertengkaran’ melibatkan pembantu juruterbang dengan juruterbang pesawat, kira-kira 20 orang penumpang pesawat Malindo Air bertindak turun dan enggan menaiki penerbangan tersebut.


Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air, info, terkini,berita, pesawat malindo air

Dalam satu laporan portal tempatan, kejadian yang berlaku minggu lalu itu dikatakan mengejutkan seluruh kabin kerana pertengkaran mereka sangat kuat.

Menurut salah seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Kee, insiden tersebut menyebabkan kebanyakan penumpang merasa terganggu lantas bertindak keluar dari pesawat.

“Mereka bertengkar dengan cukup serius sehingga menyebabkan seorang penumpang warga asing meninggalkan tempat duduk, diikuti 20 penumpang yang lain.

Kami masuk dan menunggu di dalam ruang bangunan lapangan terbang. Sejurus selepas itu, juruterbang pesawat datang bersemuka dengan kami untuk meminta maaf dan meminta kami naik pesawat semula.”

Namun demikian, Kee berkata, tujuh daripada keseluruhan jumlah penumpang memutuskan untuk tidak naik kembali ke pesawat dan menaiki penerbangan lain menuju Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut kemudiannya meneruskan penerbangan selama 52 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menuju Lapangan Terbang Subang selapas tertunda selama 50 minit.


Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air, info, terkini,berita, pesawat malindo air


Namun demikian, ketika mengulas mengenai kejadian tersebut, Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Malindo, Raja Saa’di Raja menafikan insiden tersebut sambil berkata, ia berkemungkinan berlaku akibat salah faham dari penumpang.

“Daripada laporan penerbangan yang diterima dan juga pemahaman serta pemerhatian yang dilakukan, kapten pesawat hanya memberikan arahan kepada pembantunya dengan nada kuat dan tegas, sebagai persiapan untuk berlepas dari lapangan terbang itu.

Bagaimanapun selepas mendengar arahan yang kuat, penumpang pesawat mengambil keputusan untuk keluar dari pesawat dan kami juga tidak dapat memahami punca penumpang membuat keputusan itu.”

Sempat memohon maaf atas insiden tersebut, beliau turut berkata, ia merupakan prosedur lazim yang akan dijalankan kesemua juruterbang dan pembantunya.

Sumber : mynewshub.cc

Taktik Bungkus Dadah Ala Nasi Kandar

Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar tumpas dalam serbuan di pangsapuri di Sungai Pinang, di sini, Khamis lalu.


Taktik Bungkus Dadah Ala Nasi Kandar, info, terkini,berita sensasi,
Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar tumpas dalam serbuan di pangsapuri di Sungai Pinang


Dalam serbuan dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman pada 1.30 petang itu, sejumlah 152.3 kilogram heroin dirampas.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM 5 juta.

“Dalam serbuan itu, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan untuk siastan lanjut.

“Semua suspek berusia 35 hingga 57 tahun dan kita turut merampas lima kereta serta motosikal milik suspek,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Menurutnya, sindiket terbabit dikesan menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar sebelum ia diedarkan dipercayai untuk mengaburi mata polis.

Sumber : myMetro Online

Video Menggoda Uqasha Senrose Duet Lagu Hindustan

Yang tengok video ini pasti tergoda dengan jelingan manja pelakon jelita Uqasha Sensore. Semua dah tahu kini Uqasha Senrose semakin jelita bertudung lebih-lebih lagi warna kulitnya yang menyerlah putih gebu gituh!. Ramai yang idamkan kulit seperti Uqasha Senrose kan?. Normal lah kalau wanita sukakan kecantikan, penulis yakin menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk menjaga kecantikan diri. Opsss! lebih-lebih fesyen tudung disni ‘10 Gambar Uqasha Senrose Cantik Bertudung‘. Fesyen yang digayakan juga cukup menarik perhatian, hijabista!


Video Menggoda Uqasha Senrose Duet Lagu Hindustan, info, terkini, hiburan, sensasi, Uqasha Senrose

‘Uqasha Senrose Penat Bercinta‘ pernah disuarakan oleh dirinya sendiri. Kepada jejaka diluar sana boleh la cuba masuk line kan. Eh! Kalau dahulu penulis berkongsi ‘5 Foto Jelita Uqasha Senrose Sebagai Inspektor Farhani‘ kini tertarik pula dengan video pendek Uqasha Senrose duet lagu hindustan. Paling menarik dengan jelingan manja Uqasha Senrose. Arghhhh cantik dan comelnya. Ahakss!

Layan video menarik ini. Hello hindustan, hello bollywood. Opss!
A video posted by @uqashasenrose2 on

Sumber : gosipmalaysia.com