Thursday, January 29, 2015

Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang

Ini adalah berita yang sepatutnya mengusarkan Manchester United. Real Madrid bercadang untuk 'mencuri' penjaga gol mereka, David de Gea dalam tempoh 18 bulan lagi secara percuma seandainya United gagal memperbaharui kontrak pemain itu dalam tempoh tersebut.


Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang, info sukan, bola sepak, manchester united, Real Madrid, David De Gea

Jika de Gea tidak menandatangani sebarang pelanjutan kontrak, enam bulan sebelum kontrak sekarang tamat, dia bebas untuk bertemu dan berunding dengan mana-mana kelab dan berpindah secara percuma kerana telah menjadi ejen bebas.

Oleh yang demikian, United perlu menyelesaikan isu pelanjutan kontrak de Gea enam bulan sebelum kontraknya tamat menjelang musim panas akan datang.

De Gea menyertai United dari Atletico Madrid pada Jun 2011 dengan bayaran perpindahan sebanyak £18.3 juta.

Real Madrid telah mengenalpasti penjaga gol berusia 24 tahun itu sebagai penganti jangka panjang kepada pemain veteran, Iker Casillas.

Sebaik sahaja temasya Piala Dunia berakhir Julai lalu, pengurus Real, Carlo Ancelotti telah membawa masuk penjaga gol antarabangsa Costa Rica, Keylor Navas sebagai penjaga gol kedua kelab tersebut.

Navas bermain cemerlang sehingga membawa negaranya ke peringkat suku akhir Piala Dunia.

Casillas, 33, masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi bersama Real.

Walaupun de Gea adalah pilihan utama di United dan gembira untuk bermain di England tetapi United harus berwaspada kerana pemain Sepanyol itu mungkin akan terdorong untuk kembali ke Madrid - pertama kerana tawaran adalah dari Real Madrid dan kedua kerana kekasihnya adalah penyanyi popular yang bermastautin di Madrid.

Namun pada masa yang sama, United mungkin terdorong untuk menjual pemain itu seandainya mereka gagal dalam rundingan gaji baru dengannya. Jika mereka tidak menjualnya dalam tempoh ini, mereka akan kehilangan hak memperolehi keuntungan daripada perpindahannya nanti kerana statusnya sebagai ejen bebas.

Sementara itu, tempoh perpindahan bagi pertengahan musim ini akan tamat dalam empat hari lagi.

Sumber : mstar.com.my

Chelsea Putuskan Untuk Jual Andre Schurrle

Chelsea telah memutuskan untuk menjual penyerang Jerman mereka Andre Schurrle bagi membolehkan mereka memperolehi dana segera untuk mengantikannya dengan pemain Colombia, Juan Cuadrado.


Chelsea Putuskan Untuk Jual Andre Schurrle, info sukan, berita, bola sepak, chelsea, Andre Schurrle

Jika rancangan untuk menghantar Schurrle kembali ke Jerman sukses, Cuadrado, 26, mungkin sempat untuk didaftarkan menjelang perlawanan menentang juara bertahan Manchester City, Sabtu ini.

Menurut laporan terkini portal berita Mail Online, Wolfsburg kini berminat untuk membeli pemenang Piala Dunia berusia 24 tahun itu dan Chelsea bersedia melepaskannya pada harga £30 juta tunai.

Chelsea juga dilaporkan sedia mendengar tawaran untuk Schurrle dari sebuah lagi kelab Jerman iaitu Borussia Dortmund.

Jose Mourinho diketahui tidak meminati corak permainan Schurrle, tetapi mengiktiraf nilai sebenar pemain itu apatah lagi Schurrle dikatakan ingin kembali ke tanah airnya semula.

Dengan pintun perpindahan pertengahan musim ini akan ditutup tengah malam Isnin depan, Chelsea dan sesiapa sahaja yang inginkan khidmat Schurrle perlu bertindak pantas.

Chelsea pula hanya akan melakukan tawaran rasmi ke atas Cuadrado, sekiranya mereka berjaya menjual Schurrle.

Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan Cuadrado mestilah memenuhi syarat wajib bayar £26.8 juta kepada kelabnya sekarang iaitu Fiorentina untuk memperolehi hak komersilnya.

Sumber : mstar.com.my

Senarai Pesawat Dilapor Hilang Di Seluruh Dunia

Kehilangan misteri pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tanpa sebarang kesan atau isyarat kecemasan pada 8 Mac tahun lepas telah mengejutkan dunia.


Senarai Pesawat Dilapor Hilang Di Seluruh Dunia, info, terkini, berita, sensasi,

Dengan peralatan canggih penerbangan pada abad ke-21 dan sistem pemantauan satelit, kehilangan MH370 membingungkan saintis dan pakar bagaimana pesawat moden sepanjang 63.7 meter itu boleh lenyap.

Satu-satunya data yang pihak berkuasa gunakan dalam pencarian pesawat itu ialah tujuh komunikasi automatik 'handshakes' antara pesawat dan stesen bumi yang membawa mereka ke kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, iaitu kedudukan penerbangan terakhir pesawat itu dipercayai berakhir.

Boeing 777-200 itu yang hilang ketika dalam penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal, bukanlah kapal terbang pertama yang hilang dalam sejarah pengangkutan udara kerana terdapat beberapa pesawat dilaporkan hilang di seluruh dunia.

Berikut beberapa kes kehilangan pesawat:

(sumber: Time Magazine, Forbes Magazine dan Wikipedia)

* 1937 - juruterbang wanita Amerika Syarikat yang pertama, Amelia Mary Earhart hilang dalam misi penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik menggunakan pesawat enjin berkembar Electra. Tiada kesan pesawatnya ditemui sehingga sekarang.

* 2 Ogos, 1947 - Pesawat British South American Airways (BSAA) Star Dust yang membawa lima anak kapal dan enam penumpang merempuh Gunung Tupungato, terletak di banjaran Andes, Argentina semasa dalam penerbangan dari Buenos Aires ke Santiago, Chile.

- Usaha mencari tidak menemui sebarang kesan pesawat itu dan penumpang.

- Lebih 50 tahun kemudian, sepasang pendaki warga Argentina menemui bangkai enjin di Andes pada 1998 yang dikaitkan dengan pesawat itu dan kemudian ekspedisi tentera menemui rangka manusia.

* 30 Januari 1948 - Pesawat BSAA Star Tiger hilang di Lautan Atlantik di Segi Tiga Bermuda ketika dalam penerbangan ke Havana, Latin Amerika dari London.

- Ia hilang bersama enam anak kapal dan 26 penumpang.

* 17 Januari 1949 - Pesawat BSAA Star Ariel Avro Tudor IV yang dalam penerbangan dari Bermuda ke Kingston, Jamaica, membawa 20 penumpang dan anak kapal hilang tanpa dapat dikesan di Segi Tiga Bermuda.

- Kehilangan Star Tiger dan Star Ariel telah menimbulkan spekulasi tentang legenda Segi Tiga Bermuda.

* 30 Januari 1979 - Sebuah pesawat kargo Varig Brazilian Airlines, Boeing 707-323c terputus hubungan selepas setengah jam berlepas, kira-kira 200 kilometer ke timur Jepun dan membawa enam anak kapal dan kargo yang berharga.

- Pesawat dan anak kapal gagal ditemui.

Sumber : mstar.com.my

Zamani & Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.


Zamani & Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, isu zamani, kes dadah zamani slam

Bagi pertuduhan pertama, Zamani, 43, dan Nur Juliana Abdul Rani, 32, didakwa bersama-sama memiliki 1.2 gram heroin di No. 31, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat, Hulu Langat kira-kira pukul 12.30 pagi, 21 Jan lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu juga didakwa telah mengambil dadah jenis morfin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira 2 pagi pada tarikh sama.

Nur Juliana pula didakwa mengambil dadah jenis Amphetamine kira-kira pukul 2.05 pagi di tempat dan pada tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM6,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar jaminan itu.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid menawarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan tetapi peguam Che Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili Zamani dan Nur Juliana berkata jumlah itu sangat tinggi.

Che Ahmad Zaharil berkata kedua-dua tertuduh telah mendaftar di Rumah Pengasih, iaitu pusat pemulihan dadah pada 24 Jan lepas.

"Saya percaya mereka akan hadir ke mahkamah. Mereka sekarang dalam proses rawatan oleh itu pendapatan mereka agak berkurangan. Pohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000," katanya.

Isu penahanan Zamani sebelum ini menjadi kontroversi selepas tersebar video dia disuruh menyanyi lagu Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari ketika di balai polis.

Video berkenaan mendapat bantahan ramai sehingga menyebabkan pihak pengurusan polis mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang merakan dan menyebarkan video tersebut.



Sumber : mstar.com.my

Bot Bawa Pati Ke Malaysia Karam, 24 Penumpang Hilang

Bot nelayan yang terlebih muatan pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk memasuki Malaysia karam di perairan Bangladesh mengakibatkan 24 penumpangnya masih hilang, menurut polis negara berkenaan.


Bot Bawa Pati Ke Malaysia Karam, 24 Penumpang Hilang, info, terkini, berita, nahas bot karam,

Pasukan kecemasan bagimanapun sempat menyelamatkan 32 Bangladesh di Teluk Bengala selepas bos berkenaan dihanyutkan kira-kira 2.5 kilometer (km) ke pesisir pantai, kata polis.

"Sekurang-kurangnya 24 orang masih lagi hilang. Pasukan pengawal pantai dan polis masih menjalankan operasi menyelamat.

"Setakat ini, kami dimaklumkan bot itu membawa sehingga 60 penumpang yang menuju ke Malaysia untuk masuk secara haram," kata Ketua Polis, Masud Alam.

Stesen televisyen swasta negara itu, Somoy melaporkan kira-kira 100 penumpang menaiki bot yang karam berhampiran Pulau Kutubdia itu.

Dalam kejadian itu, bot berkenaan dipercayai dibadai ombak kuat sebaik berlepas dari pekan berhampiran pantai di selatan pelabuhan Chittagong," kata Alam lagi.
Ribuan warga Bangladesh miskin dan pelarian etnik Rohingya dari Myanmar cuma masuk ke Malaysia setiap tahun melalui jalan laut, malahan ada maut ketika mengharungi perjalanan 3,200 kilometer itu.

Sumber : mstar.com.my

MH370 Diisytihar Kemalangan, 239 Penumpang, Kru Terkorban

Tragedi membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 diisytiharkan sebagai kemalangan, manakala semua 239 penumpang serta kru dianggap telah terkorban.


MH370 Diisytihar Kemalangan, 239 Penumpang, Kru Terkorban, info, terkini, berita MH370,

Pengumuman rasmi kerajaan Malaysia itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran rakaman yang disiarkan di RTM1 pada petang, Khamis.

"Selepas 327 hari operasi mencari dan menyelamat, kemudiannya ke fasa mencari dan penemuan semula pesawat itu, didapati tiada yang dikesan terselamat.

"Sehubungan itu, dengan berat hati dan bagi pihak kerajaan Malaysia diisytiharkan MH370 satu kemalangan berdasarkan standard Annex 12 dan 13 yang ditetapkan pada konvensyen antarabangsa penerbangan awam, Konvensyen Chicago," katanya.

Azaharuddin berkata, pengisytiharan itu juga bagi membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang diperlukan terutama dalam proses pampasan.

"Ketika ini, pihak MAS sudah bersedia untuk menjalankan proses pampasan untuk semua waris mangsa," katanya.

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau memberi jaminan usaha mengesan pesawat berkenaan akan diteruskan sehingga semua ditemui atau tiada lagi harapan.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan memahami pengisytiharan itu tentu menjadi sesuatu yang sukar kepada waris penumpang dan anak kapal.

"Bagaimanapun, Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan," katanya.

Pada masa ini katanya, siasatan agak terhad berikutan tiada bukti secara fizikal terutama perakam data penerbangan.

"Oleh itu, tiada bukti yang boleh mengaitkan dengan sebarang spekulasi terhadap punca kemalangan.

"Laporan interim yang akan memperincikan proses siasatan dijangka dikeluarkan pada atau sekitar selepas setahun kehilangan pesawat," katanya yang merujuk pada 7 Mac depan.

Selain itu, portal khas, www.mh370.gov.my diwujudkan untuk membolehkan waris mendapatkan perkembangan terkini serta sahih berhubung operasi mencari, siasatan, proses pampasan dan sebarang bantuan untuk semua terlibat.

Sumber : mstar.com.my