Tuesday, February 10, 2015

Pemain Ini Sign Autograf Di ‘Dada’ Siapa Tu?

Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai pemain import Kelantan atau The Red Warriors (TRW) sedang menurunkan autograf kepada seorang wanita peminat pasukan itu.


Pemain Ini Sign Autograf Di ‘Dada’, info, terkini, berita, sensasi,

Gambar berkenaan tersebar luas di laman Twitter dan mengundang pelbagai spekulasi dan ada antara mereka yang mengatakan itu adalah pemain import Kelantan.

Pada siapa pula agaknya diturunkan tandatangannya itu?

Ada juga cakap-cakap bahawa wanita itu adalah isterinya. Cuma penulis agak pelik kenapa perlu menandatangani autograf dalam keadaan begitu di depan orang ramai.

Apapun gambar ini sudah pun menjadi viral di internet dan bermacam-macam spekulasi telah timbul.

Jika betul pun, mungkin ada jawapan yang boleh diberikan atau penjelasan kepada para peminat Kelantan dan juga pengguna laman sosial di internet.

Kalau ada yang mengetahui berkenaan gambar di atas tu, boleh juga menulis berkenaannya di ruangan komen.

Sumber : mynewshub.cc

Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air

Selepas mendakwa mendengar ‘pertengkaran’ melibatkan pembantu juruterbang dengan juruterbang pesawat, kira-kira 20 orang penumpang pesawat Malindo Air bertindak turun dan enggan menaiki penerbangan tersebut.


Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air, info, terkini,berita, pesawat malindo air

Dalam satu laporan portal tempatan, kejadian yang berlaku minggu lalu itu dikatakan mengejutkan seluruh kabin kerana pertengkaran mereka sangat kuat.

Menurut salah seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Kee, insiden tersebut menyebabkan kebanyakan penumpang merasa terganggu lantas bertindak keluar dari pesawat.

“Mereka bertengkar dengan cukup serius sehingga menyebabkan seorang penumpang warga asing meninggalkan tempat duduk, diikuti 20 penumpang yang lain.

Kami masuk dan menunggu di dalam ruang bangunan lapangan terbang. Sejurus selepas itu, juruterbang pesawat datang bersemuka dengan kami untuk meminta maaf dan meminta kami naik pesawat semula.”

Namun demikian, Kee berkata, tujuh daripada keseluruhan jumlah penumpang memutuskan untuk tidak naik kembali ke pesawat dan menaiki penerbangan lain menuju Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut kemudiannya meneruskan penerbangan selama 52 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menuju Lapangan Terbang Subang selapas tertunda selama 50 minit.


Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air, info, terkini,berita, pesawat malindo air


Namun demikian, ketika mengulas mengenai kejadian tersebut, Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Malindo, Raja Saa’di Raja menafikan insiden tersebut sambil berkata, ia berkemungkinan berlaku akibat salah faham dari penumpang.

“Daripada laporan penerbangan yang diterima dan juga pemahaman serta pemerhatian yang dilakukan, kapten pesawat hanya memberikan arahan kepada pembantunya dengan nada kuat dan tegas, sebagai persiapan untuk berlepas dari lapangan terbang itu.

Bagaimanapun selepas mendengar arahan yang kuat, penumpang pesawat mengambil keputusan untuk keluar dari pesawat dan kami juga tidak dapat memahami punca penumpang membuat keputusan itu.”

Sempat memohon maaf atas insiden tersebut, beliau turut berkata, ia merupakan prosedur lazim yang akan dijalankan kesemua juruterbang dan pembantunya.

Sumber : mynewshub.cc

Taktik Bungkus Dadah Ala Nasi Kandar

Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar tumpas dalam serbuan di pangsapuri di Sungai Pinang, di sini, Khamis lalu.


Taktik Bungkus Dadah Ala Nasi Kandar, info, terkini,berita sensasi,
Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar tumpas dalam serbuan di pangsapuri di Sungai Pinang


Dalam serbuan dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman pada 1.30 petang itu, sejumlah 152.3 kilogram heroin dirampas.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM 5 juta.

“Dalam serbuan itu, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan untuk siastan lanjut.

“Semua suspek berusia 35 hingga 57 tahun dan kita turut merampas lima kereta serta motosikal milik suspek,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Menurutnya, sindiket terbabit dikesan menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar sebelum ia diedarkan dipercayai untuk mengaburi mata polis.

Sumber : myMetro Online

Video Menggoda Uqasha Senrose Duet Lagu Hindustan

Yang tengok video ini pasti tergoda dengan jelingan manja pelakon jelita Uqasha Sensore. Semua dah tahu kini Uqasha Senrose semakin jelita bertudung lebih-lebih lagi warna kulitnya yang menyerlah putih gebu gituh!. Ramai yang idamkan kulit seperti Uqasha Senrose kan?. Normal lah kalau wanita sukakan kecantikan, penulis yakin menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk menjaga kecantikan diri. Opsss! lebih-lebih fesyen tudung disni ‘10 Gambar Uqasha Senrose Cantik Bertudung‘. Fesyen yang digayakan juga cukup menarik perhatian, hijabista!


Video Menggoda Uqasha Senrose Duet Lagu Hindustan, info, terkini, hiburan, sensasi, Uqasha Senrose

‘Uqasha Senrose Penat Bercinta‘ pernah disuarakan oleh dirinya sendiri. Kepada jejaka diluar sana boleh la cuba masuk line kan. Eh! Kalau dahulu penulis berkongsi ‘5 Foto Jelita Uqasha Senrose Sebagai Inspektor Farhani‘ kini tertarik pula dengan video pendek Uqasha Senrose duet lagu hindustan. Paling menarik dengan jelingan manja Uqasha Senrose. Arghhhh cantik dan comelnya. Ahakss!

Layan video menarik ini. Hello hindustan, hello bollywood. Opss!
A video posted by @uqashasenrose2 on

Sumber : gosipmalaysia.com

Kejutan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Erra Fazira

Baru-baru ini sahabatnya, Umie Aida yang telah selamat menyambut ulang tahun kelahirannya dengan cukup meriah sekali. Kali ini, Erra Fazira di kejutkan dengan surprise party oleh insan-insan yang tersayang sempena ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada tarikh 9 Februari 2015.


Kejutan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Erra Fazira, info, terkini, hiburan, sensasi, Erra Fazira

Seronok kan bila insan yang tersayang ingat dan sama-sama meraikannya, rasa dihargai sangat. Betul tak? Majlis itu dihadiri oleh teman-teman akrabnya seperti Umie Aida, Zahida Rafik, Betty Banafe, Ziela Jalil dan ramai lagi.

Mesti Erra Fazira terharu kan dengan kejutan yang dilakukan oleh mereka.




    Alhamdulillahhhh..
    feels wonderful to have awesome friends like them. Thank you sahabat ku.. kejutan yang menjadi.. tekezut tite tau!
    Doa ku agar silaturrahim antara kita berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa harmoni dan saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. Honestly, from the bottom of my heart… I LOVE YOU GUYZ SO VERY MUCH..Thank u makcik2 ku..

    @umieaida818 @zahidarafik @lynaz20 @intanzabidin @bettybanafe @norahr75 @zielajalil @kemsalleh @firdaus_faizal84 @forevernuri #birthdayfazira


Jom tengok koleksi gambar sempena Majlis Hari Jadi Erra Fazira, Primadona kita nih! Hehehe. Semoga dilimpahkan rezeki, dikurniakan kesihatan serta kebahagiaan hidup ye Kak Erra!


Kejutan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Erra Fazira, info, terkini, hiburan, sensasi, Erra Fazira

Kejutan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Erra Fazira, info, terkini, hiburan, sensasi, Erra Fazira

Kejutan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Erra Fazira, info, terkini, hiburan, sensasi, Erra Fazira

Kejutan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Erra Fazira, info, terkini, hiburan, sensasi, Erra Fazira

Kejutan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Erra Fazira, info, terkini, hiburan, sensasi, Erra Fazira

Sumber : gosipmalaysia.com

Shaheizy Sam Nafi Pernah Bercinta Dengan Nur Fazura

Jika sebelum ini, Fazura mendakwa pernah bercinta dengan Shaheizy Sam di dalam rancangan Facing Up to Fazura, kali ini giliran Sam pula untuk menafikan perkara tersebut melalui rancangan Melodi pada hujung minggu lalu di TV3.


Shaheizy Sam Nafi Pernah Bercinta Dengan Nur Fazura, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, shaheizy sam, fazura

Sam dikatakan berdiam diri dan tidak mempedulikan perkara itu namun dia menafikannya dengan alasan penat bekerja malah turut menafikan bahawa Fazura bertepuk sebelah tangan disebabkan sikap Sam sendiri yang memberi bayangan seolah-olah itu sebenarnya yang berlaku.

“Tak adalah, orang cantik seperti itu takkanlah bertepuk sebelah tangan. Cuma bila tiba masanya untuk saya bercerita nanti barulah saya akan bercerita”

“Ia lebih kepada hubungan kawan di mana kami bekerja secara profesional bersama-sama. Bagi orang yang tidak kenal mungkin berasa tidak selesa dengan dia tetapi saya selesa dengan dia dan masih berkawan dengan dia,” katanya.

Masih lagi mahu berteka-teki, kita tunggu saja apa kata pelakon ini yang pernah mengakui dia sering keluar bersama Fazura, apabila dia sudah bersedia nanti.

Sumber : rotikaya.com