Wednesday, January 7, 2015

Manchester City Sedia Bayar Swansea £30 Juta

Manchester City dilaporkan telah bersetuju untuk memberikan Swansea sebanyak £30 juta sebagai yuran mendapatkan penyerang kelab itu, Wilfried Bony.

Manchester City Sedia Bayar Swansea £30 Juta, info sukan, epl, liga perdana inggeris, welfred bony, manchester city, bola sepak

Sehubungan itu, Bony yang juga penyerang Ivory Coast dijangka akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama City untuk meraih pendapatan sebanyak £100,000 seminggu.

Swansea terpaksa melepaskan Bony kepada City selepas pemain yang sedang menjalani latihan bersama skuad negaranya menyatakan keinginan untuk bersama pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-juara Eropah.

City memerlukan khidmat Bony sebagai usaha menajamkan jentera serangan pasukan itu selepas berjaya berkongsi kedudukan teratas liga dengan Chelsea.

Kelab yang berpangkalan di Manchester itu kini kehilangan dua penyerang utama iaitu Sergio Aguero dan Edin Dzeko kerana mengalami kecederaan.

Sumber : mstar.com.my