Showing posts with label liga perdana inggeris. Show all posts
Showing posts with label liga perdana inggeris. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Wayne Rooney Jaguh Buat Man United Tewaskan Sunderland

Wayne Rooney menjadi jaguh buat Manchester United apabila memberi kemenangan kepada pasukan itu menerusi dua jaringannya ketika bertemu dengan Sunderland dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi Ahad.


Wayne Rooney Jaguh Buat Man United Tewaskan Sunderland , info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, epl, manchester united

Kemenangan 2-0 itu membuatkan Manchster United dapat menduduki tempat ketiga sekali gus menjadikan Arsenal ketinggalan di belakang.

Babak pertama perlawanan berlangsung tanpa sebarang jaringan biarpun daripada tuan rumah tetapi Rooney berupaya menjaringkan gol pertama hasil tendangan penalti pada minit ke-66 selepas Radamel Falcao dijatuhkan John O'Shea.

Pada minit ke-88, Rooney terus mempamerkan aksi cemerlangnya apabila memberikan tandukan membolosi gawang Sunderland.

Manchester United kini berada di kedudukan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris, di belakang Chelsea dan Manchester City.

Sumber : mstar.com.my

Tuesday, January 13, 2015

Manchester City Beli Bony Pada Harga £25 Juta

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City telah berjaya mendapatkan tandatangan penyerang Swansea City, Wilfried Bony pada harga £25 juta.

Manchester City Beli Bony Pada Harga £25 Juta, info sukan, bola sepak, epl,bpl, Liga Perdana Inggeris, wilfred bony

Jumlah itu boleh meningkat kepada £28 juta sekiranya beberapa syarat lain dipenuhi.

Bony, yang akan menandatangani kontrak selama 4½ tahun bersama City akan menerima bayaran gaji lumayan iaitu sekitar £100,000 seminggu tidak termasuk bonus kemenangan dan lain-lain bayaran tambahan.

Pembelian Bony bermakna pengurus City, Manuel Pellegrini perlu menguggurkan seorang pemain luar kerana kelab itu kini sudah mengatasi jumlah pemain bukan British yang dibenarkan di bawah peraturan Liga Juara-Juara Eropah.

Setiap skuad yang bersaing dalam Liga Juara-Juara hanya dibenar menyenaraikan 16 pemain bukan British.

Bony, 26, yang merupakan pemain antarabangsa Ivory Coast diperlukan sebagai penyerang keempat oleh City, memandangkan kelab itu ragu-ragu dengan tahap kecergasan Sergio Agüero, Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang seringkali terganggu oleh kecederaan yang panjang.

“Ya, kecederaan yang melanda barisan penyerang kami adalah sebahagian daripada sebab mengapa kami memerlukan seorang lagi penyerang," ujar Pellegrini sambil menambah fenomena ini hanya terjadi di England kerana corak permainan liga yang fizikal dan pantas.

City khuatir jika mereka tidak memperkukuhkan barisan serangan, mereka akan berhadapan dengan kesukaran untuk mara ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah yang bakal menyaksikan mereka menentang Barcelona 24 Februari ini.

Pellegrini juga menegaskan yang mereka mampu muncul sebagai juara liga musim lepas kerana mempunyai empat orang penyerang yang boleh diharapkan.

Bagaimanapun keputusan untuk melepaskan penyerang Sepanyol, Álvaro Negredo untuk menyertai Valencia secara pinjaman telah mendorong City mendapatkan pengantinya dengan segera.

Sumber : mstar.com.my

Wednesday, January 7, 2015

Manchester City Sedia Bayar Swansea £30 Juta

Manchester City dilaporkan telah bersetuju untuk memberikan Swansea sebanyak £30 juta sebagai yuran mendapatkan penyerang kelab itu, Wilfried Bony.

Manchester City Sedia Bayar Swansea £30 Juta, info sukan, epl, liga perdana inggeris, welfred bony, manchester city, bola sepak

Sehubungan itu, Bony yang juga penyerang Ivory Coast dijangka akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama City untuk meraih pendapatan sebanyak £100,000 seminggu.

Swansea terpaksa melepaskan Bony kepada City selepas pemain yang sedang menjalani latihan bersama skuad negaranya menyatakan keinginan untuk bersama pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-juara Eropah.

City memerlukan khidmat Bony sebagai usaha menajamkan jentera serangan pasukan itu selepas berjaya berkongsi kedudukan teratas liga dengan Chelsea.

Kelab yang berpangkalan di Manchester itu kini kehilangan dua penyerang utama iaitu Sergio Aguero dan Edin Dzeko kerana mengalami kecederaan.

Sumber : mstar.com.my

Campbell, Sanogo Bakal Tinggalkan Arsenal Bulan Ini

Dua penyerang Arsenal iaitu Joel Campbell dan Yaya Sanogo akan mengikut jejak langkah Lukas Podolski untuk meninggalkan kelab berkenaan pada bulan ini.
Podolski meninggalkan The Gunners untuk menyertai Inter Milan menerusi pinjaman pada awal bulan ini.


Campbell, Sanogo Bakal Tinggalkan Arsenal Bulan Ini, info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, epl, arsenal, joel campbell. yaya sanogo
Dua penyerang, Campbell (kiri) dan Sanogo bakal meninggalkan Arsenal


Bagaimanapun, kelmarin, Villareal cuba mendapatkan Campbell yang turut dikehendaki oleh David Moyes untuk Real Sociedad.

Penyerang Costa Rica itu dijangka akan menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal sebelum dibenarkan menyertai kelab lain menerusi pinjaman.

Ejen pemain berkenaan dilapor berada di England ketika ini untuk melakukan rundingan mengenai masa depan pemain terbabit.

Dalam pada itu, Sanogo pula akan dilepaskan oleh The Gunners kepada pasukan lain melalui pinjaman.

Kelab Perancis, Bordeaux menaruh minat untuk mendapatkan khidmat pemain terbabit.

Presiden kelab itu, Jean-Louis Triaud mendakwa, pemain berusia 21 tahun itu juga telah bersetuju untuk menyertai kelabnya.

Sumber : mstar.com.my

Saturday, January 3, 2015

Arsenal Tumbang, Man City Benam Sunderland

Penyandang juara, Manchester City kembali menemui rentak kemenangan selepas membenam Sunderland di laman sendiri, Etihad ketika Arsenal mempamerklan aksi longlai di St Marys, selepas tumbang 0-2 kepada Southampton.


Arsenal Tumbang, Man City Benam Sunderland, info, terkini, berita sukan, bola sepak, epl, liga perdana inggeris, arsenal, manchester city
Penjaga gol pasukan Southampton, Fraser Forster (ttengah) cuba menyelamatkan cubaan pemain Arsenal, Alexis Sanchez (kiri) ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Southampton menentang Arsenal di Southampton pada Khamis. Southamton menang 2 - 0 ke atas Arsenal. - Foto EPA.



Pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Khamis , Man City yang selesa mendahului 2-0 hasil jaringan Yaya Toure (m57) Stevan Jovetic (m66) dikejutkan dengan kebangkitan Sunderland.

Dua minit selepas jaringan Jovetic, pasukan pelawat meledak gol pertama menerusi Jack Rodwell sebelum mereka menyamakan kedudukan menerusi Adam Johnson pada minit ke-71 menerusi sepakan penalti.
Namun, Frank Lampard muncul penyelamat City dengan meledak jaringan kemenangan pada minit ke-73.

Di St Marys, Arsenal yang masih segar dengan kemenangan ke atas West Ham, minggu lepas seakan tidak bermaya menentang Southampton dan ia dihukum menerusi jaringan pembukaan tuan rumah menerusi Sadio Mane pada minit ke34.

Ketinggalan 1-0 berakhir babak pertama, Arsenal terus gagal memburu jaringan dan dibolosi buat kali kedua menerusi jaringan Dusan Tadic pada minit ke-56.

Dalam pada itu, hasrat Liverpool untuk terus mencatat kemenangan tidak kesampaian apabila diikat kelab tercorot liga, Leicester City 2-2.

Dalam pertemuan di laman sendiri, Anfield, Liverpool seakan tidak bermasalah untuk mencatat kemenangan apabila selesa mendahului 2-0 berakhir babak pertama menerusi gol penalti kapten, Steven Gerrard pada minit ke-17 dan 40.

Begitupun, kemenangan yang diharapkan gagal dijelmakan apabila David Nugent meledak gol pertama Leicester pada minit ke-58 sebelum jaringan Jefferey Schlupp, dua minit kemudian memusnahkan harapan The Reds untuk mengutip tiga mata penuh.

Di Villa Park, Aston Villa terpaksa berpuas hati selepas diikat Crystal Palace tanpa jaringan.

Dalam pada itu, Everton mencatat kekalahan ketiga berturut-turut apabila tumbang 0-2 kepada Hull City yang menyumbat gol menerusi Ahmed Elmohamady pada minit ke-33 dan Nikica Jelavic (m43).

Di St James Park, Newcastle juga gagal memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri apabila diikat Burnley, 3-3.

Queens Park Rangers dalam pada itu mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri apabila diikat Swansea City 1-1 di Loftus Road.

Di depan menerusi jaringan Leroy Fer pada minit ke-20), jaringan penyamaan Wilfried Bony pada masa kecederaan babak kedua menafikan QPR meraih tiga mata penuh.

Sumber : mstar.com.my

Monday, December 29, 2014

Alexis Sanchez Diperbodohan Rakan Senegara

Pemain Arsenal, Alexis Sanchez didakwa telah diperbodohkan oleh rakan senegara dari Chile ketika mengambil sepakan penalti dalam perlawanan melibatkan Arsenal menentang QPR pada Jumaat.


Alexis Sanchez Diperbodohan Rakan Senegara, info, terkini, berita sukan, epl, liga perdana inggeris, Alexis Sanchez
Vargas memberi isyarat kepada Green apabila berjaya membaca gerakan Sanchez.
Dakwaan itu menjadi topik utama dalam berita Liga Perdana Inggeris apabila Eduardo Vargas yang mewakili QPR dilapor berjaya membaca gerakan Sanchez ketika menyempurnakan penalti.

Vargas dirakam memberi arahan kepada penjaga gol QPR, Rob Green supaya menyelamatkan bola disebelah kanan.

Ramalan Vargas itu kemudian membuahkan hasil apabila Sanchez turut menolak bola ke kanan sebelum ia diselamatkan Green.

Walaupun gagal menyempurnakan penalti, namun Arsenal berjaya menewaskan QPR 2-1.

Sanchez dan Vargas merupakan pemain utama skuad kebangsaan Chile dalam saingan Piala Dunia di Brazil pada Julai lalu.

Sumber : mstar.com.my

Jadual Liga Perdana Inggeris

Berikut merupakan jadual Liga Perdana Inggeris minggu ini yang akan berlangsung pada hari jumaat malam. 9 perlawanan akan berlangsung yang bermula seawal 8.45 malam.

 jadual Liga Perdana Inggeris, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Liga Perdana Inggeris, EPL

Jumaat

Chelsea lwn West Ham - 8.45 malam

Burnley lwn Liverpool - 11 malam

Manchester United - Newcastle United - 11 malam

Leicester City lwn Tottenham - 11 malam

West brom lwn Manchester City - 11 malam

Everton lwn Stoke City - 11 malam

Sunderland lwn Hull City - 11 malam

Swansea City lwn Aston Villa - 11 malam

Srystal Palace lwn Southampton - 11 malam

Sabtu

Arsenal lwn QPR - 1.30 pagi

Sumber : mstar.com.my