Penyerang Arsenal yang diketepikan, Lukas Podolski bersedia untuk meninggalkan The Gunners selepas tiba di Itali dalam keadaan gembira untuk membincangkan mengenai pemindahan menerusi pinjaman ke Inter Milan pada Jumaat.
Sky Sports mendakwa, kelab Serie A itu telah membuat tawaran serius kepada Arsenal sebelum ini tetapi Arsene Wenger menyifatkan bidaan rendah berkenaan sebagai melucukan.
Bagaimanapun Lukas Podolski mencadangkan agar Inter membuat permohonan pinjaman kepada Arsenal kerana dia tidak mahu lagi berada di Stadium Emirates.
Bagaimanapun Lukas Podolski mencadangkan agar Inter membuat permohonan pinjaman kepada Arsenal kerana dia tidak mahu lagi berada di Stadium Emirates.
Podolski yang membantu Jerman menjuarai Piala Dunia tahun lalu dilaporkan mempunyai masalah perhubungan dengan Wenger.
Laporan media Itali pula mendedahkan, Podolski gembira untuk meninggalkan Arsenal berdasarkan masalahnya dan prestasi semasa kelab berkenaan.
Sumber : mstar.com.my
Laporan media Itali pula mendedahkan, Podolski gembira untuk meninggalkan Arsenal berdasarkan masalahnya dan prestasi semasa kelab berkenaan.
Sumber : mstar.com.my