Showing posts with label arsenal. Show all posts
Showing posts with label arsenal. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Liverpool Fokus Saingi Man United, Arsenal

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengatakan bahawa fokus pasukannya adalah untuk mengejar menyaingi kedudukan Manchester United dan Arsenal.


Liverpool Fokus Saingi Man United, Arsenal, info, terkini, berita, sukan bola sepka, EPL, Liverpool, Brendan rodgers

Liverpool pada masa ini ketinggalan berada pada kedudukan keenam, manakala Arsenal ketiga dan Man United keempat.

Liverpool akan bertemu Manchester City akhir bulan ini di Anfield. Pasukan itu pula akan berhadapan dengan Man United pada Mac depan.

Keyakinan Liverpool melonjak selepas menewaskan Southampton dengan 2-0 pada Ahad lalu.

"Kami akan menghadapi Man City dan Man United, dan kemudian bertemu dengan Arsenal. Bagi saya (berdasarkan kemenangan selepas menundudkkan Southampton) merupakan langkah besar selepas mempunyai pencapaian yang buruk pada awal musim. Kemenangan itu menunjukkan semua pemain mula menunjukkan konsisten mereka dalam permainan," kata Rodgers.


Sumber : mstar.com.my

Monday, January 26, 2015

Arsenal Mara Ke Pusingan Kelima Piala FA

Arsenal mara ke pusingan kelima Piala FA selepas menewaskan Brighton and Hove Albion 3-2 di Stadium Amex, awal pagi Isnin.
Arsenal Mara Ke Pusingan Kelima Piala FA, info, terkini, berita sukan, bpla sepak, Arsenal

Pasukan kendalian pengurus Arsenal Wenger itu mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan Theo Walcott selepas memanfaatkan hantaran Calum Chambers.

Mesut Ozil kemudiannya menggandakan jaringan apabila menyudahkan hantaran Santi Cazorla pada minit ke-24.

Arsenal Mara Ke Pusingan Kelima Piala FA, info, terkini, berita sukan, bpla sepak, Arsenal

Pada babak kedua, Chris O'Grady membantu pasukan tuan rumah untuk kembali dalam persaingan selepas memanfaatkan kesilapan Laurent Koscielny dengan menanduk masuk gol ke gawang Arsenal.

Namun, Tomas Rosicky melengkapkan gol ketiga Arsenal pada minit ke-59.

Pada minit ke-75, Brighton bangkit menjaringkan gol kedua menerusi jaringan Sam Baldock.


Sumber : mstar.com.my

Wednesday, January 7, 2015

Campbell, Sanogo Bakal Tinggalkan Arsenal Bulan Ini

Dua penyerang Arsenal iaitu Joel Campbell dan Yaya Sanogo akan mengikut jejak langkah Lukas Podolski untuk meninggalkan kelab berkenaan pada bulan ini.
Podolski meninggalkan The Gunners untuk menyertai Inter Milan menerusi pinjaman pada awal bulan ini.


Campbell, Sanogo Bakal Tinggalkan Arsenal Bulan Ini, info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, epl, arsenal, joel campbell. yaya sanogo
Dua penyerang, Campbell (kiri) dan Sanogo bakal meninggalkan Arsenal


Bagaimanapun, kelmarin, Villareal cuba mendapatkan Campbell yang turut dikehendaki oleh David Moyes untuk Real Sociedad.

Penyerang Costa Rica itu dijangka akan menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal sebelum dibenarkan menyertai kelab lain menerusi pinjaman.

Ejen pemain berkenaan dilapor berada di England ketika ini untuk melakukan rundingan mengenai masa depan pemain terbabit.

Dalam pada itu, Sanogo pula akan dilepaskan oleh The Gunners kepada pasukan lain melalui pinjaman.

Kelab Perancis, Bordeaux menaruh minat untuk mendapatkan khidmat pemain terbabit.

Presiden kelab itu, Jean-Louis Triaud mendakwa, pemain berusia 21 tahun itu juga telah bersetuju untuk menyertai kelabnya.

Sumber : mstar.com.my

Monday, January 5, 2015

Podolski Tiba Di Itali Untuk Sertai Inter Milan

Penyerang Arsenal yang diketepikan, Lukas Podolski bersedia untuk meninggalkan The Gunners selepas tiba di Itali  dalam keadaan gembira untuk membincangkan mengenai pemindahan menerusi pinjaman ke Inter Milan pada Jumaat.


Podolski Tiba Di Itali Untuk Sertai Inter Milan, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Lukas Podolski, arsenal, AC Milan

Sky Sports mendakwa, kelab Serie A itu telah membuat tawaran serius kepada Arsenal sebelum ini tetapi Arsene Wenger menyifatkan bidaan rendah berkenaan sebagai melucukan.

Bagaimanapun Lukas Podolski mencadangkan agar Inter membuat permohonan pinjaman kepada Arsenal kerana dia tidak mahu lagi berada di Stadium Emirates.

Podolski Tiba Di Itali Untuk Sertai Inter Milan, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Lukas Podolski, arsenal, AC Milan

Podolski yang membantu Jerman menjuarai Piala Dunia tahun lalu dilaporkan mempunyai masalah perhubungan dengan Wenger.

Laporan media Itali pula mendedahkan, Podolski gembira untuk meninggalkan Arsenal berdasarkan masalahnya dan prestasi semasa kelab berkenaan.

Sumber : mstar.com.my

Saturday, January 3, 2015

Arsenal Tumbang, Man City Benam Sunderland

Penyandang juara, Manchester City kembali menemui rentak kemenangan selepas membenam Sunderland di laman sendiri, Etihad ketika Arsenal mempamerklan aksi longlai di St Marys, selepas tumbang 0-2 kepada Southampton.


Arsenal Tumbang, Man City Benam Sunderland, info, terkini, berita sukan, bola sepak, epl, liga perdana inggeris, arsenal, manchester city
Penjaga gol pasukan Southampton, Fraser Forster (ttengah) cuba menyelamatkan cubaan pemain Arsenal, Alexis Sanchez (kiri) ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Southampton menentang Arsenal di Southampton pada Khamis. Southamton menang 2 - 0 ke atas Arsenal. - Foto EPA.



Pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Khamis , Man City yang selesa mendahului 2-0 hasil jaringan Yaya Toure (m57) Stevan Jovetic (m66) dikejutkan dengan kebangkitan Sunderland.

Dua minit selepas jaringan Jovetic, pasukan pelawat meledak gol pertama menerusi Jack Rodwell sebelum mereka menyamakan kedudukan menerusi Adam Johnson pada minit ke-71 menerusi sepakan penalti.
Namun, Frank Lampard muncul penyelamat City dengan meledak jaringan kemenangan pada minit ke-73.

Di St Marys, Arsenal yang masih segar dengan kemenangan ke atas West Ham, minggu lepas seakan tidak bermaya menentang Southampton dan ia dihukum menerusi jaringan pembukaan tuan rumah menerusi Sadio Mane pada minit ke34.

Ketinggalan 1-0 berakhir babak pertama, Arsenal terus gagal memburu jaringan dan dibolosi buat kali kedua menerusi jaringan Dusan Tadic pada minit ke-56.

Dalam pada itu, hasrat Liverpool untuk terus mencatat kemenangan tidak kesampaian apabila diikat kelab tercorot liga, Leicester City 2-2.

Dalam pertemuan di laman sendiri, Anfield, Liverpool seakan tidak bermasalah untuk mencatat kemenangan apabila selesa mendahului 2-0 berakhir babak pertama menerusi gol penalti kapten, Steven Gerrard pada minit ke-17 dan 40.

Begitupun, kemenangan yang diharapkan gagal dijelmakan apabila David Nugent meledak gol pertama Leicester pada minit ke-58 sebelum jaringan Jefferey Schlupp, dua minit kemudian memusnahkan harapan The Reds untuk mengutip tiga mata penuh.

Di Villa Park, Aston Villa terpaksa berpuas hati selepas diikat Crystal Palace tanpa jaringan.

Dalam pada itu, Everton mencatat kekalahan ketiga berturut-turut apabila tumbang 0-2 kepada Hull City yang menyumbat gol menerusi Ahmed Elmohamady pada minit ke-33 dan Nikica Jelavic (m43).

Di St James Park, Newcastle juga gagal memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri apabila diikat Burnley, 3-3.

Queens Park Rangers dalam pada itu mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri apabila diikat Swansea City 1-1 di Loftus Road.

Di depan menerusi jaringan Leroy Fer pada minit ke-20), jaringan penyamaan Wilfried Bony pada masa kecederaan babak kedua menafikan QPR meraih tiga mata penuh.

Sumber : mstar.com.my