Saturday, January 10, 2015

Milner cabar rakan sepasukan

James Milner melontarkan cabaran buat semua pemain Manchester City supaya membuktikan kesungguhan mereka untuk mempertahankan Liga Perdana Inggeris ketika skuad kendalian Manuel Pellegrini itu dijadualkan menentang Everton malam ini.

Milner cabar rakan sepasukan, info, berita sukan, bola sepak, James Milner, Man city, epl

City berkongsi mata dengan pendahulu, Chelsea - dibezakan hanya dengan abjad - selepas mempamer aksi membanggakan sejak kebelakangan ini.

Juara bertahan itu ketinggalan lapan mata berbanding anak buah Jose Mourinho ketika November sekali gus meningkatkan lagi persoalan mengenai masa depan Pellegrini.

Bagaimanapun, semua keraguan itu sudah diketepikan dan mereka kini mengumpul 13 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Satu-satunya keputusan kurang memberangsangkan ialah apabila seri 2-2 dengan Burnley dan Milner melihat tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh mengekalkan rentak kemenangan di Goodison Park malam ini.

“Saya harap kami akan berjaya mencipta jurang perbezaan yang memihak kepada kami berbanding Chelsea,” kata Milner.

“Ada yang berpendapat perlawanan malam ini adalah lebih sukar berbanding Krismas lalu tetapi ia adalah anggapan biasa di dalam Liga Perdana. Pasti ada pasukan yang kehilangan rentak. Setiap perlawanan Liga Perdana adalah sukar.

“Bukan anda tidak pernah melihat pasukan di tangga terbawah memasang impian untuk menewaskan pasukan teratas dan ia pernah berlaku banyak kali. Lihat saja aksi Burnley ketika mereka bermain di tempat kami dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

“Ada kalanya, lebih mudah menentang pasukan di pertengahan liga berbanding pasukan di kelompok bawahan. Bagaimanapun, tiada siapa boleh mengatakan bahawa aksi Liga Perdana adalah mudah.

“Apa yang boleh kami lakukan ialah menumpukan perhatian kepada permainan kami dan jika kami berjaya memperoleh keputusan positif, kami perlu bergantung kepada keputusan perlawanan membabitkan Chelsea pula.”

Sumber : hmetro.com.my