Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City telah berjaya mendapatkan tandatangan penyerang Swansea City, Wilfried Bony pada harga £25 juta.
Jumlah itu boleh meningkat kepada £28 juta sekiranya beberapa syarat lain dipenuhi.
Bony, yang akan menandatangani kontrak selama 4½ tahun bersama City akan menerima bayaran gaji lumayan iaitu sekitar £100,000 seminggu tidak termasuk bonus kemenangan dan lain-lain bayaran tambahan.
Pembelian Bony bermakna pengurus City, Manuel Pellegrini perlu menguggurkan seorang pemain luar kerana kelab itu kini sudah mengatasi jumlah pemain bukan British yang dibenarkan di bawah peraturan Liga Juara-Juara Eropah.
Setiap skuad yang bersaing dalam Liga Juara-Juara hanya dibenar menyenaraikan 16 pemain bukan British.
Bony, 26, yang merupakan pemain antarabangsa Ivory Coast diperlukan sebagai penyerang keempat oleh City, memandangkan kelab itu ragu-ragu dengan tahap kecergasan Sergio Agüero, Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang seringkali terganggu oleh kecederaan yang panjang.
“Ya, kecederaan yang melanda barisan penyerang kami adalah sebahagian daripada sebab mengapa kami memerlukan seorang lagi penyerang," ujar Pellegrini sambil menambah fenomena ini hanya terjadi di England kerana corak permainan liga yang fizikal dan pantas.
City khuatir jika mereka tidak memperkukuhkan barisan serangan, mereka akan berhadapan dengan kesukaran untuk mara ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah yang bakal menyaksikan mereka menentang Barcelona 24 Februari ini.
Pellegrini juga menegaskan yang mereka mampu muncul sebagai juara liga musim lepas kerana mempunyai empat orang penyerang yang boleh diharapkan.
Bagaimanapun keputusan untuk melepaskan penyerang Sepanyol, Álvaro Negredo untuk menyertai Valencia secara pinjaman telah mendorong City mendapatkan pengantinya dengan segera.
Sumber : mstar.com.my