Sunday, January 11, 2015

Mayat Wanita Ditoreh Pipi Ditemui Di Jeti Kuala Langat

Mayat seorang wanita tempatan dipercayai dibunuh dengan kesan cedera di bahagian kiri muka ditemukan berhampiran Jeti Kilang Megasteel di sini hari ini.


Mayat Wanita Ditoreh Pipi Ditemui Di Jeti Kuala Langat, info, terkini, berita, kuala langat,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata pihak bomba menerima panggilan 10.27 pagi tadi daripada pihak polis memaklumkan tentang mayat wanita itu yang ditemukan oleh pekerja kilang terbabit.

Mayat tanpa identiti berumur dalam lingkungan 40-an itu dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira 11.30 pagi ini, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Polis Daerah Kuala Langat Supt Azman Abd Razak ketika dihubungi berkata berdasarkan siasatan awal, kesan kecederaan di bahagian kiri muka mangsa dipercayai kesan torehan.

Beliau berkata mayat mangsa yang dipercayai telah meninggal dunia tidak lebih 24 jam itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta motif kejadian. – BERNAMA

QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat Berjaya Diapungkan

Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diapungkan ke permukaan air oleh pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI), menjelang tengahari tadi.


QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat Berjaya Diapungkan, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, ekor pesawat Airasia QZ8501
Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diapungkan ke permukaan air oleh pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI), menjelang tengahari tadi. - Foto Detiknews


Beg pelampung yang digunakan dalam operasi itu berjaya mengapungkan bahagian ekor pesawat itu sekitar jam 11.50 Waktu Indonesia Barat (WIB).

Bahagian ekor pesawat yang berwarna merah tua, di mana terletaknya kota hitam dan alat perakam penerbangan pesawat, dilihat tenggelam timbul di permukaan air yang berombak.


QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat Berjaya Diapungkan, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, ekor pesawat Airasia QZ8501

Operasi mengangkat naik ekor pesawat ini dari dasar laut Selat Karimata dimulakan sejak kelmarin tetapi keadaan arus air di dasar laut yang deras menyebabkan usaha itu terbantut sehingga hari ini.

Proses mengangkat ekor pesawat itu dimulakan pasukan penyelam dengan mengikat beberapa beg pelampung.

Terdahulu, penyelam juga cuba untuk mencari kotak hitam pada bahagian itu tetapi gagal berikutan arus air yang deras serta jarak pemandangan terhad di dasar laut.

Pengesanan sonar menerusi Kapal Navigasi Jadayat sebelum ini menjangkakan kemungkinan kotak hitam itu sudah terpisah daripada bahagian ekor pesawat.





Sumber : Kompas.com

Saturday, January 10, 2015

Isu Gambar Najib Di Kampit Beras, NGO Buat Laporan

Bahana menyebarkan berita palsu, satu NGO bawah Pemuda UMNO, Briged Kesatria Muda Malaysia membuat laporan polis terhadap portal Malaysiakini dan penulis blog Syed Akbar Ali berikutan penyiaran gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada kampit beras.

Menurut NGO tersebut, gambar itu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi memaparkan gambar Najib dan seorang lagi menteri kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri ditampal di atas sumbangan beras buat mangsa banjir.

Isu Gambar Najib Di Kampit Beras, NGO Buat Laporan, info, terkini, berita, NGO, Najib Razak

Pada mulanya gambar itu dimuat naik oleh Syed Akbar dalam laman blognya, syedoutsidethebox.blogspot.com dan kemudiannya isu tersebut dimainkan Malaysiakini.

Memetik laporan tersebut, “Gambar dan kenyataan tersebut kemudiannya telah disensasikan oleh Malaysiakini dengan beberapa artikel yang tidak benar dan bohong hingga menyebabkannya tersebar dan (menimbulkan) tanggapan yang salah terhadap masyarakat.


Isu Gambar Najib Di Kampit Beras, NGO Buat Laporan, info, terkini, berita, NGO, Najib Razak

Laporan ini dibuat kerana saya menyangkal dakwaan yang dibuat Syed Akbar Ali dan Malaysiakini dalam portal mereka kerana mereka telah menyebar fitnah yang telah menjatuhkan maruah dan tanggapan masyarakat yang salah terhadap saya.

Laporan polis ini juga dibuat untuk tindakan mahkamah dalam menuntut keadilan bagi membersihkan nama saya, Briged Kesatria Muda Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Ismail Sabri.”

Itulah padahnya kalau seseorang individu menyebarkan berita palsu tanpa cuba mendapatkan sumber dan kebenaran cerita itu kerana kesannya bukan kecil tapi melibatkan maruah serta imej seseorang.

Tambah pula, masyarakat kini memang gemar dengan isu sensasi dan mudah mempercayai berita yang kontroversi, lantas menggunakan media sosial untuk berkongsi cerita tersebut dengan butang ‘share’ dan ‘retweet’. 

Sumber : mynewshub.cc

SAMM kutuk Rosmah guna pesawat kerajaan

Rosmah langsung tidak mempedulikan sentimen kesedihan yang dirasai ratusan ribu rakyat akibat banjir.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk sikap tidak bertanggungjawab isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menggunakan pesawat khas kerajaan ke beberapa destinasi ketika Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tanah air.


SAMM kutuk Rosmah guna pesawat kerajaan, info, terkini, berita, sensasi, Rosmah Mansor, jet kerajaan,


Menurut Penyelaras Kebangsaannya, Zulkifli Ibrahim, Rosmah langsung tidak mempedulikan sentimen kesedihan yang dirasai ratusan ribu rakyat akibat banjir, sebaliknya tetap meneruskan aktiviti membeli-belah di beberapa bandar raya dunia.

“Rosmah menghabiskan hampir setengah juta ringgit untuk minyak pesawat Airbus 319 bernombor pendaftaran 9M-NAA, sedangkan nilai perbelanjaan itu boleh menampung bantuan untuk misi kemanusiaan di kawasan terjejas banjir,” dakwanya dalam kenyataan media.

 Artikel Terdahulu : Gambar Rosmah Mansor Tengah Shopping Di Thailand

Soalnya, mengapakah Rosmah terus menggunakan pesawat tersebut dan membiarkan Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk ke Hong Kong dan kemudiannya diambil oleh jet khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk kembali ke tanah air?

Sehubungan itu SAMM mendesak isteri Perdana Menteri memberikan penjelasan penuh dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjuran beliau.

SAMM turut menggesa agar Rosmah berhenti menggunakan kemudahan tersebut dalam keadaan rakyat menghadapi sengsara serta penderitaan.

Sebelum ini, Pemuda PKR membidas Najib ekoran pendedahan portal Bangkok Post yang mendakwa Perdana Menteri bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Thailand atas urusan peribadi dan bukannya lawatan rasmi.

Sumber : freemalaysiatoday.com

Dua Suspek Charlie Hebdo Dalam Senarai Larangan Ke AS

Dua beradik yang dinamakan pihak berkuasa Perancis sebagai suspek utama serangan di pejabat akhbar Charlie Hebdo, kelmarin adalah dalam senarai larangan terbang ke Amerika Syarikat (AS).

Dua Suspek Charlie Hebdo Dalam Senarai Larangan Ke AS, luar negara, berita, charlie hebdo,
Polis Perancis semalam mengedar gambar dua beradik yang disyaki suspek dalam serangan ke atas pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo di sini sambil melancarkan kempen supaya orang ramai menyalurkan maklumat. Polis Paris berkata, waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap Cherif Kouachi, 32 (kiri) dan abangnya, Said, 34 yang dikatakan "mungkin bersenjata dan berbahaya". - Foto AFP


Ia didedahkan oleh seorang pegawai kanan antipengganas AS mengenai status Cherif Kouachi, 32, dan abangnya Said Kouachi, 34.

Kedua-dua suspek juga disyaki pernah menyertai peperangan di negara Asia Barat dengan kumpulan militan.

Saksi berkata penyerang terbabit mendakwa mereka ada kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda di Yaman.

Dalam kejadian kelmarin, 12 orang terbunuh apabila kumpulan lelaki bersenjata menyerang pejabat akhbar mingguan satira berkenaan.


Sumber : mynewshub.cc

QZ8501: Usaha Bawa Naik Ekor Pesawat Buntu

Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang memasuki hari ke-12 ditamatkan petang tadi dengan usaha menaikkan bahagian ekor pesawat masih buntu.


QZ8501: Usaha Bawa Naik Ekor Pesawat Buntu, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, mangsa nahas airasia, bangkai pesawat airasia qz8501
Helikopter tentera Indonesia mendarat di atas kapal KRI Banda Aceh yang berada berhampiran kawasan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui semalam. - Foto Reuters
 
Berdepan cuaca buruk serta arus dasar yang deras sehingga mencecah kelajuan 3 hingga 5 knot, menyukarkan tiga pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk memasang beg pelampung.

Bagaimanapun, satu beg pelampung itu sudah berjaya dipasang di bahagian yang menempatkan kotak hitam pesawat QZ8501 bagi memudahkan operasi mengangkat beban seberat lima tan itu.

“Sudah dipasang satu beg pelampung, esok tinggal diteruskan (pelampung yang lain),” kata Ketua Pusat Penerangan TNI, Fuad Basya di kapal KRI Banda Aceh di Selat Karimata, di sini.

Fuad menjelaskan, satu beg pelampung itu dipasang oleh penyelam pasukan pertama yang terjun ke dasar laut, namun usaha pasukan kedua untuk menyempurnakan tugas sama, gagal berikutan arus kuat.

Beliau berkata, kelajuan normal yang membolehkan penyelam dapat melaksanakan tugasnya dengan baik adalah pada kelajuan arus sekitar 1 hingga 2 knot.

“Tidak boleh dipaksa, harus tunggu sampai esok pagi. Mudah-mudahan boleh selesai esok,” kata Fuad.

Sementara itu, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini berjaya menemui dua lagi mayat mangsa nahas pesawat QZ8501 di kawasan pencarian sektor III.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, menerusi laman twitternya, memaklumkan satu jasad wanita ditemui KD Perak kira-kira jam 10 pagi. Pada sebelah petang pula, KD Kasturi menemui satu lagi mayat lelaki.

“Satu lagi jenazah lelaki ditemui dan baru diangkat naik oleh KD Kasturi hari ini jam 4.15 petang di Sektor III,” katanya.

Dua mayat yang ditemui itu kemudian dihantar ke Pangkalan Bun. Hari ini, dua lagi mayat yang ditemui semalam sudah diterbangkan ke Surabaya menggunakan pesawat CN-235 milik TNI.

Tamat hari pencarian ke-12, 42 mayat sudah ditemui, hanya satu yang masih berada di Rumah Sakit Imanuddin, Pengkalan Bun. Sebanyak 25 mayat juga sudah berjaya dikenal pasti.

Sumber : mynewshub.cc