Tuesday, January 13, 2015

Anggota tentera sekeluarga mati lemas di Sungai Moyog

Percutian hujung minggu seorang anggota tentera bersama tujuh ahli keluarga bertukar tragedi apabila dia, isteri dan dua anak mereka ditemui mati lemas di Sungai Moyog, Kampung Madsiang, Penampang, dekat sini, hari ini.


Anggota tentera sekeluarga mati lemas di Sungai Moyog, info, terkini, berita, sabah,
Anggota pasukan penyelam Angkatan Tentera dan JBPM mengangkat mayat salah seorang mangsa. Manakala, gambar kecil menunjukkan seorang lagi mangsa dikenali sebagai Elisabeth yang ditemui lemas di Sungai Moyog, Penampang. – foto ihsan JBPM
 
 
Mangsa yang bertugas sebagai anggota tentera, Pegawai Waran II, Samra Tongkooh, ditemui lemas bersama-sama isterinya, Elisabeth Magut, dan dua anaknya masing-masing berumur empat tahun dan 12 bulan.

Difahamkan, keluarga malang itu pergi ke lokasi sungai berkenaan untuk berkelah sejak pukul 2.30 petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan anggoya JBPM dengan dibantu oleh beberapa agensi penguatkuasaan lain termasuk anggota pasukan penyelam angkatan tentera.

“Mayat anggota tentera itu ditemui bersama-sama anaknya berumur 12 bulan pada pukul 9.00 pagi tadi (Ahad),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat isteri dan seorang lagi anak mangsa berumur empat tahun terlebih dahulu ditemui di lokasi kejadian manakala tiga lagi anak mangsa bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, jurucakap Balai Polis Daerah Penampang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Semakan Status BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Keputusan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2015 boleh disemak menerusi beberapa kaedah seperti penerimaan surat lulus BR1M, talian hotline BRIM, email BRIM, baucar, semakan status permohonan br1m secara online dan menyemak keputusan BR1M di agensi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan rumah anda.

Semakan Status BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia, info, terkini, berita, BR1M 2015

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, sukacitanya dimaklumkan bahawa semakan status BR1M 2015 boleh disemak mulai 1 Januari 2015.

Penerimaan Surat Lulus BR1M 2015

Bagi pemohon yang layak, surat lulus BR1M 2015 akan diposkan ke alamat yang telah didaftarkan mulai Januari 2015 secara berperingkat.


Talian Hotline dan Email BR1M 2015

Semakan keputusan BR1M turut boleh disemak menerusi talian Hotline dan emel BR1M 2015.

Email BR1M: br1m@treasury.gov.my

Talian Hotline BR1M 4.0: 1-800-88-2716 bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Status Permohonan BR1M 2015 Online

Semakan status permohonan menerusi: https://ebr1m.hasil.gov.my/semakan

Direct Bank In Ke akaun Anda

Bagi yang layak, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar terus menerusi akaun bank anda secara berperingkat.

Semakan di Pejabat LHDN

Semakan keputusan permohonan BR1M 2015 turut boleh disemak menerusi kaunter khidmat pelanggan BR1M di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan kediaman anda.

Sumber : katakcomel.my

QZ8501: Perakam Data Penerbangan Dalam Keadaan Baik, Dibawa Ke Jakarta



QZ8501: Perakam Data Penerbangan Dalam Keadaan Baik, Dibawa Ke Jakarta, info, terkini, berita
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Moeldoko (dua, kanan), bersama perakam data penerbangan QZ8501 pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Tentera Iskandar di Pangkalan Bun, Isnin. -foto EPA

Perakam data penerbangan pesawat AirAsia Indonesia, penerbangan QZ8501 yang tenggelam di dasar laut didapati berada dalam keadaan baik, menurut pihak berkuasa Indonesia, Isnin.

Kotak hitam itu akan dihantar ke Jakarta untuk dianalisis.

"Perakam data penerbangan telah ditemui," kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Negara (Basarnas) Bambang Soelistyo pada sidang akhbar, Isnin.

Tambahnya, kotak hitam itu ditemui di bawah sayap pesawat malang Airbus 320-200 yang terhempas pada 28 Disember di Laut Jawa.

Sumber : mynewshub.cc

Polis Tahan Eric Paulsen

Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Eric Paulsen ditahan oleh polis di Brickfields, Isnin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu.

"@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields," tulis beliau di Twitter, kira-kira pukul 9.40 malam Isnin.

Polis Tahan Eric Paulsen, isu hasutan, info, terkini, berita,

Dipercayai, penahan beliau itu berkaitan kenyataannya di Twitter yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

Terdahulu, peguam hak asasi manusia itu membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya berhubung 'tweet' beliau yang menimbulkan kemarahan banyak pihak.

'Tweet' yang ditulis adalah: di Twitter: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”

Selepas menerima tindak balas dari netizen, Paulsen menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dengan menuduh Jakim menggalakkan ekstremisme. Tweet tersebut telah dipadam.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mahu tindakan diambil terhadap beliau berhubung kenyataannya itu.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata komen itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan.


Sumber : mstar.com.my

Manchester City Beli Bony Pada Harga £25 Juta

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City telah berjaya mendapatkan tandatangan penyerang Swansea City, Wilfried Bony pada harga £25 juta.

Manchester City Beli Bony Pada Harga £25 Juta, info sukan, bola sepak, epl,bpl, Liga Perdana Inggeris, wilfred bony

Jumlah itu boleh meningkat kepada £28 juta sekiranya beberapa syarat lain dipenuhi.

Bony, yang akan menandatangani kontrak selama 4½ tahun bersama City akan menerima bayaran gaji lumayan iaitu sekitar £100,000 seminggu tidak termasuk bonus kemenangan dan lain-lain bayaran tambahan.

Pembelian Bony bermakna pengurus City, Manuel Pellegrini perlu menguggurkan seorang pemain luar kerana kelab itu kini sudah mengatasi jumlah pemain bukan British yang dibenarkan di bawah peraturan Liga Juara-Juara Eropah.

Setiap skuad yang bersaing dalam Liga Juara-Juara hanya dibenar menyenaraikan 16 pemain bukan British.

Bony, 26, yang merupakan pemain antarabangsa Ivory Coast diperlukan sebagai penyerang keempat oleh City, memandangkan kelab itu ragu-ragu dengan tahap kecergasan Sergio Agüero, Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang seringkali terganggu oleh kecederaan yang panjang.

“Ya, kecederaan yang melanda barisan penyerang kami adalah sebahagian daripada sebab mengapa kami memerlukan seorang lagi penyerang," ujar Pellegrini sambil menambah fenomena ini hanya terjadi di England kerana corak permainan liga yang fizikal dan pantas.

City khuatir jika mereka tidak memperkukuhkan barisan serangan, mereka akan berhadapan dengan kesukaran untuk mara ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah yang bakal menyaksikan mereka menentang Barcelona 24 Februari ini.

Pellegrini juga menegaskan yang mereka mampu muncul sebagai juara liga musim lepas kerana mempunyai empat orang penyerang yang boleh diharapkan.

Bagaimanapun keputusan untuk melepaskan penyerang Sepanyol, Álvaro Negredo untuk menyertai Valencia secara pinjaman telah mendorong City mendapatkan pengantinya dengan segera.

Sumber : mstar.com.my

Monday, January 12, 2015

ESScom Lancar Operasi Besar-Besaran Buru Penjenayah Rentas Sempadan

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melancarkan operasi besar-besaran di pulau dan daratan yang menjadi tumpuan dan persembunyian penjenayah rentas sempadan. 


ESScom Lancar Operasi Besar-Besaran, Buru Penjenayah Rentas Sempadan, info, terkini, berita,

Komander ESSCom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, langkah drastik itu merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk membanteras jenayah rentas sempadan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara ini, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau berkata, tumpuan operasi yang turut disertai pelbagai agensi penguatkuasa negeri dan persekutuan itu ialah pulau-pulau dan kawasan daratan di daerah Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

"ESSCom dengan kerjasama pasukan keselamatan, agensi kerajaan, ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membendung kegiatan jenayah, khususnya penyeludupan, penculikan dan pencerobohan bersenjata di ESSZone," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima dua boya tambatan daripada Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia Sabah, Rosnan Fathlal kepada ESSCom di sini, Isnin.

Abdul Rashid berkata, antara langkah yang diambil termasuk meningkatkan aset keselamatan di ESSZone; menambah atur gerak aset maritim dan daratan; meneruskan perintah berkurung dan mengadakan program bersama pemimpin masyarakat, pengusaha resort, komuniti perniagaan dan masyarakat setempat secara berterusan.

ESSZone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Sementara itu, mengenai dua boya tambatan yang diterima, Abdul Rashid berkata dua kapal induk akan bertambat di boya berkenaan yang diletakkan di perairan Semporna, bagi melakukan pengawasan visual dan radar dengan lebih berkesan.

Pada masa yang sama, katanya, beberapa bot akan menggunakan kapal induk itu untuk berhimpit, sekali gus menjadikan kapal induk sebagai medan untuk melancarkan rondaan dan tunggu sedia untuk respons pantas sekiranya mengesan kapal yang mencurigakan.

Beliau berkata, ESSCom juga bercadang untuk menambah perolehan boya itu yang bakal diletakkan di lokasi-lokasi tertentu yang sesuai pada masa hadapan.

Sumber : mstar.com.my