Sunday, February 8, 2015

Caliph Buskers Tepis Dakwaan Tolak Undangan Persembahan Di Majlis Kahwin

Caliph Buskers kini menjadi bintang yang semakin menyerlah selepas ‘Caliph Buskers Kini Jadi Fenomena, Patut Menang AJL29‘ gara-gara membuat persembahan mantap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) sebelum ini. Persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu pastinya memberikan nafas baharu kepada kumpulan Caliph Buskers dalam menempuh industri hiburan tanah air.


Caliph Buskers Tepis Dakwaan Tolak Undangan Persembahan Di Majlis Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Caliph Buskers

Terkini ‘Caliph Buskers Tolak Populariti, Mahu Terus Jadi Pemuzik Jalanan‘ merupakan pendirian mereka walaupun semakin dikenali. Dengan gelaran artis baharu, Caliph Buskers kini semakin sibuk memenuhi jadual seharian dengan aktiviti nyanyian dan persembahan.

Namun terdapat desas-desus yang kurang enak di dengar apabila ada mengatakan Caliph Buskers tidak lagi menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan. Yelarkan, sebelum menjadi selebriti yang dikenali kumpulan mereka hanya bermula dengan busking di jalanan dan majlis perkahwinan sahaja. Kini dah popular pasti memilih kan? Opss! Rasanya kumpulan bukan begitu. Ehem penulis yakin ini semua salah faham sahaja.


Caliph Buskers Tepis Dakwaan Tolak Undangan Persembahan Di Majlis Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Caliph Buskers

Justeru, tampil ahli kumpulan Caliph Buskers, Azmi menjelaskan, mereka masih menerima jemputan untuk persembahan di majlis seperti itu. Hairan juga yer kenapa pula gosip ini tiba-tiba muncul, ada pihak yang dengki kot. Opss!

    “Jangan risau. Kami masih lagi menerima jemputan untuk orang kawin. Kami tak kan lupakan sahabat-sahabat Caliph yang telah mengundi kami sehingga dinobatkan sebagai pemenang persembahan terbaik tempoh hari.

    “Saya yakin, kebanyakan pengundi bukanlah dari keluarga yang senang. Pengundi juga bukanlah sebuah syarikat. Semua undian datang dari individu. Tapi kerana semangat untuk menyokong, kalian tetap mengundi.

    Lebih-lebih lagi yang mendoakan kejayaan kami,”


Pada kebiasaannya pihak Caliph Buskers akan mengenakan kadar bayaran yang jauh lebih rendah kepada mana-mana individu atau pihak yang mengundang mereka untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan kerana jemputan orang kawin bajetnya datang dari poket individu. Lain kalau jemputan makan malam dari syarikat-syarikat besar. Mereka ada bajet untuk bayar walaupun bayarannya besar.

    “Kami sekumpulan buskers. Kami tahu susah senang mencari rezeki. Insya ALLAH, selagi para sahabat ada disamping kami, kami akan cuba berikan yang terbaik selagi kami mampu. Tujuan bermuzik adalah untuk didengari dan menghiburkan orang bukan untuk mencari kekayaan.

    Jangan ada yang takut untuk mengundang kami kerana kami tetap seperti yang dulu. Kami tetap Caliph Buskers yang akan menjadi Buskers sampai bila-bila,”

Syukur mereka masih lagi merendah diri walaupun kini semakin dikenali. Berlainan dengan sesetengah artis bila dah popular mula lah nak letakkan bayaran tinggi. Eh!, apa pun penulis doakan semoga kumpulan Caliph Buskers semakin maju dan makin dikenali ramai. Memang mantap persembahan mereka sehingga berjaya membuatkan airmata penulis tumpah

Sumber : gosipmalaysia.com

Malaysia Tumpaskan Thailand Untuk Juarai Siri Super Istaf

Malaysia berjaya menumpaskan musuh tradisinya Thailand 2-0 (21-7 dan 21-19) dalam pertarungan hampir sejam bagi merangkul kejuaraan kategori lelaki Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf Malaysia 2015 di sini, Ahad.


Malaysia Tumpaskan Thailand Untuk Juarai Siri Super Istaf , info, terkini, sukan, sepak takraw,

Permainan kedua-dua pasukan nampak seimbang pada awal permainan, namun Malaysia mula mendapat rentak apabila killer negara Hanafiah Dollah melakukan libasan demi libasan deras pada mata terikat 2-2, yang gagal dihadang kemas killer Thailand, Thawisak Thongsai.

Pertarungan dua killer dalam set pertama itu lebih memihak kepada Hanafiah yang mudah mengekang libasan Thawisak sehingga Malaysia jauh meninggalkan pasukan itu pada suatu ketika antaranya dengan 9-4 dan 15-6.

Malaysia kemudian tidak lagi menoleh ke belakang dengan asakan kemas Hanafiah dibantu umpanan cantik ketua pasukan Farhan Adam sebagai feeder dan servis deras tekong Mohd Syahir Mohd Rosdi, seterusnya mudah menenangi set pertama dengan 21-7.

Pada set kedua, Thailand yang kelihatan tertekan memasukkan tekong handalan mereka Siriwat Sakha yang terkenal dengan servis kuda kaki kirinya, untuk menggantikan Kritsanapong Nontakote, namun masih belum dapat mengimbangi permainan apabila hanya berjaya mengekori satu atau dua mata berbeza dengan Malaysia.

Ketika Thailand mengekori Malaysia dengan 5-7, jurulatih Sompron Sunyabut menukar strategi pasukan gajah putih itu dengan memasukan killer Suriyon Koonpimon untuk menggantikan feeder dan kapten Panupong Petlue.

Percaturan bermain dengan dua killer nampak berkesan untuk Thailand apabila berjaya mengimbangi perlawanan selain Suriyon dan Thawisak nampak serasi bagi mengasak Hanafiah yang keletihan.

Jurulatih Malaysia Abd Talib Ahmad kemudian menggantikan Hanafiah dengan seorang lagi killer Khairol Zaman Hamir ketika mendahului 13-10 dan pertarungan antara dua seteru utama itu menjadi semakin sengit.

Kedua-dua pasukan saling mengejar mata dan ada kalanya terikat dengan 17-17 dan 19-19.

Sorakan padu lebih 3,000 penonton nyata memberikan bekalan semangat buat pemain Malaysia untuk terus berjuang dan libasan Suriyon yang terkeluar memberikan kemenangan mutlak buat pasukan negara dengan 21-19.

Kemenangan pertama Malaysia dalam siri kejohanan itu, yang bermula pada 2011, dapat menebus kekalahannya kepada Thailand pada perlawanan akhir kategori sama di Nay Pyi Taw, Myanmar tahun lepas yang menyaksikan saingan sengit 2-1 (20-22, 21-18 dan 21-23).

Korea Selatan pula memenagi tempat ketiga kategori lelaki dengan menewaskan Singapura 2-0 (21-16 dan 21-16).

Thailand berjaya mengubat duka kalah kepada Malaysia dalam kategori lelaki apabila menewaskan Vietnam 2-0 (21-8 dan 21-12) bagi menjuarai kategori wanita kejohanan itu.

Killer Thailand Somruedee Pruepruk nyata menjadi duri dalam daging Vietnam apabila berjaya menyempurnakan 24 daripada 25 libasan yang dilakukannya sepanjang permainan.

Myanmar pula menewaskan Korea Selatan dengan mata 2-0 (21-17 dan 21-15) bagi menduduki tempat ketiga kategori wanita.

Sumber : mstar.com.my

Punca Zalif Sidek Tinggalkan MIG

Jika sebelum ini Yana Samsudin dengan rela hati meninggalkan MIG dan menguruskan kariernya sendiri, kini tiba pula giliran pelakon Zalif Sidek berhenti bernaung di bawah Metrowealth Movies Production (MIG).


Punca Zalif Sidek Tinggalkan MIG, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zalif sidek

Mengakui menamatkan kontrak bersama MIG Disember lalu, selepas empat tahun bersama syarikat penerbitan tersebut, Zalif Sidek berkata, tiba masanya dia membawa haluan sendiri.

Meskipun produksi milik Mejar (K) David Teo itu pernah berdepan kontroversi bayaran tidak setimpal, namun bagi Zalif pengundurannya dari MIG bukanlah kerana isu tersebut.

“Saya akui ketika di awal penglibatan saya sebagai pelakon memang saya mendapat bayaran yang rendah. Lagipun siapalah saya ketika itu, tetapi MIG satu-satunya syarikat yang memberi peluang kepada saya sehingga dikenali hari ini”

“Malah selepas empat tahun, saya sendiri terkejut apabila mendapat bayaran yang agak tinggi dan di luar jangkaan saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengapa dia tidak menyambung kontrak bersama MIG, jelas Zalif, ia tiada kaitan dengan sebarang isu atau hubungan kurang baik yang timbul bersama syarikat berkenaan.

“Keluarnya saya dari MIG adalah selepas perbincangan bersama dengan David. Dia sendiri memberi peluang kepada mana-mana artis untuk bergerak sendiri jika telah bersedia.

“Saya yakin, kerjaya bersama MIG masih ada memandangkan beliau sendiri sudah memberitahu akan terus menawarkan projek kepada saya selepas ini,” jelasnya.

Sumber : rotikaya.com

Lisa Surihani Bakal Acarakan Karpet Merah Oscar?

Pasti ramai di antara anda semua yang teruja apabila mendapat tahu bahawa aktres Lisa Surihani akan mengacarakan Karpet Merah Oscar sempena Anugerah Academy ke-87 yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini.


Lisa Surihani Bakal Acarakan Karpet Merah Oscar? , info, terkini,hiburan, sensasi, gossip, lisa surihani

Ya...aktres Lisa Surihani yang kini telah disahkan hamil bakal mengacarakan karpet merah Oscar itu pada viewing party yang dinamakan Breakfast with the Stars di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Hahahaha...Mesti korang ingat Lisa Surihani bakal mengacarakan karpet merah Oscar di Los Angeleskan? Kalau ada rezeki Lisa Surihani mengacarakan segmen karpet merah di Hollywood, siapa tahukan? Amin....

Apapun, dalam acara karpet merah berkenaan, Lisa Surihani akan mewawancara beberapa selebriti tempatan yang terdiri daripada Atilia, Thanuja & Anuja (Anuja adalah kembar Thanuja), Sarah Lian, Dato Fazley, Rahmat Mega, Marsha serta Arja Lee.

Manakala Syazwan Zakaria daripada Hlive pula akan mengacarakan keseluruhan acara Breakfast with the Stars berkenaan.

Sumber : murai.com.my

Enot Tiru Gaya Orang Jepun Untuk Ubati Kanser

Kepada umum yang mengikuti perkembangan selebriti tempatan pasti tahu mengenai musibah yang menimpa pelakon yang sering menjayakan watak komedi iaitu Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 35 tahun pada tahun lalu.


Enot Tiru Gaya Orang Jepun Untuk Ubati Kanser , info, terkini, enot, hiburan, sensasi,

Dia yang disahkan mengidap kanser usus tahap dua pada tahun lalu kini kian pulih setelah mendapatkan rawatan secara alternatif di samping mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat. Enot turut berkongsi tentang kisahnya yang berjaya mengubati sakitnya itu ketika melawat negara Jepun.

Kini dia kembali bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa dengan menjalankan perniagaan dan aktif dengan car boot sales. Pelakon ini ditemui ketika majlis pelancaran Konvoi Bermotor Kuasa Besar dan Car Boot Sale anjuran Mawi Entertainment.

“Secara keseluruhan saya belum lagi sepenuhnya bebas daripada kanser tersebut tetapi melihat kepada perkembangan tahap kesihatan saya kini ia kian pulih. Saya mendapatkan rawatan secara alternatif dan Alhamdulillah ia menunjukkan keputusan yang baik.

“Selain daripada itu saya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat menerusi pemakanan yang saya ambil seharian. Saya pelajari cara ini ketika ke Jepun tahun lalu dan belajar dengan orang disana gaya pemakanan untuk mengurangkan risiko didatangi pelbagai penyakit.

“Bila dah kat sana 11 hari nak tak nak kena juga ikut cara pemakanan mereka dan Alhamdulillah ia membantu memulihkan tahap kesihatan saya.

“Selain itu saya juga minum susu Yakult setelah disyorkan dapat membunuh sel seperti kanser yang ada dibadan selain menguatkan tulang. Terbukti gaya pemakanan lebih sihat dapat membantu saya melawan kanser dan memulihkan kesihatan saya.

Enot dan para selebriti lain akan terlibat dalam acara amal anjuran Mawi Entertainment yang akan mengadakan road tour serta car boot sales di sekitar negeri Melaka bagi mengutip dana bagi mangsa banjir baru-baru ini.

Bagi yang tahu, Enot giat menjalankan perusahaan jualan biskut buatannya, Enot Cookies and Cake selain sos lada hitam dan pelbagai lagi yang dipasarkan pelakon ini.

Sumber : murai.com.my

QZ8501: Jasad Dipercayai Juruterbang Ditemui

JAKARTA – Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari serpihan dan baki mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya menemui bahagian kokpit pesawat dan membawa keluar satu jasad dipercayai juruterbangnya, pagi ini.


QZ8501: Jasad Dipercayai Juruterbang Ditemui, info, terkini, berita, sensasi, bangkai pesawat airasia qz8501, mangsa nahas pesawat QZ8501,
Gambar yang diambil pada 2 Februari lalu, pasukan penyelamat Indonesia dari Agensi Pencari dan Penyelamat menemui jasad mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa. – Foto AFP


Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo bagaimanapun memaklumkan gagal mengenalpasti sama ada jenazah ditemui itu adalah juruterbang pesawat, Iriyanto atau pembantunya, Remy Plesel.


QZ8501: Jasad Dipercayai Juruterbang Ditemui, info, terkini, berita, sensasi, bangkai pesawat airasia qz8501, mangsa nahas pesawat QZ8501,

“Satu jenazah dipercayai juruterbang sudah berjaya dipindahkan. Kita yakin jenazah itu adalah juruterbang kerana pakaian seragam dan lokasi penemuannya di kerusi kokpit.

“Keadaan jenazah juga sudah kelihatan tidak sempurna. Sebaiknya kita tunggu pengecaman daripada DVI (Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana),” katanya.

Mengulas lanjut, Soelistyo berkata, kedudukan seorang lagi juruterbang juga sudah diketahui iaitu di kokpit dan pasukan penyelam akan dikerah untuk memindahkan jenazah berkenaan hari ini.

“Kita berharap keadaan cuaca membolehkan pasukan penyelam kita menyempurnakan tugasnya di dasar laut. Semoga seorang lagi juruterbang akan dapat kita pindahkan,” katanya.

Soelistyo turut menjelaskan, bahagian kokpit itu berada sekitar 20 meter dari kedudukan badan pesawat yang sudah ditemui sebelum ini. 

Sumber : Kompas.com