Sunday, February 8, 2015

Nabil Bersara, Sepahtu Umum Tarik Diri Daripada MLM Tahun Hadapan

Di saat semua orang sedang bergembira dengan pencapaian peserta kegemaran masing-masing di Maharaja Lawak Mega 2014 semalam, ada berita kurang menggembirakan untuk peminat Nabil dan Sepahtu. 


Nabil Bersara, Sepahtu Umum Tarik Diri Daripada MLM Tahun Hadapan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, sepahtu, nabil,

Nabil telah mengumumkan yang MLM2014 adalah MLM terakhir buat dirinya sementara Sepahtu pula memaklumkan yang akan berehat sebentar daripada rancangan ini. Pastinya sedikit sebanyak MLM akan hilang serinya tahun hadapan tanpa kehadiran mereka berdua.
 

Nabil Bersara, Sepahtu Umum Tarik Diri Daripada MLM Tahun Hadapan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, sepahtu, nabil,

Penat sebenarnya memerah keringat untuk membuat lawak setiap minggu. Bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk Nabil yang beraksi secara bersendirian. Keputusan ini bagaimanapun sedikit sebanyak memberi peluang kepada pelawak-pelawak lain untuk muncul menunjukkan bakat mereka. Lagipun kalau selalu sangat keluar tv orang bosan juga kan?

Apa pun all the best dan tahniah diucapkan kepada Nabil dan Sepahtu atas lawak yang dipertontonkan sepanjang MLM2014.

Sumber : beautifulnara.com

Mengejutkan!! Punca Eida Moin Kurang Terima Tawaran Berlakon

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan kehidupan bahagia dan menginginkan mahligai yang dibina berkekalan hingga akhir hayat. Namun lain pulak kisah Pelakon dan penyanyi Eida Moin ini.


Mengejutkan!! Punca Eida Moin Kurang Terima Tawaran Berlakon, info, terkini, hiburan, sensasi, eida moin, gosip,

Walaupun cuba mempertahankan rumah tangganya yang dibina hampir 10 tahun, namun Eida Moin, 35 tidak mampu melawan takdir apabila dia diceraikan secara sah di Mahkamah Syariah, hujung Disember lalu. Sedih pulak Ida Melly dengan Eida Moin ni mana taknya hampir 10 tahun tu mahligai dibina dan ia bukanlah satu tempoh yang singkat!

Eida atau nama sebenar Siti Haida Abd Moin akui walaupun apa yang berlaku sangat pedih untuk ditelan, namun dia tidak mahu kisah penceraiannya menggangu perjalanan hidup dan kerjaya seninya.

Eida Moin yang mula dikenali menerusi kumpulan Moin bersama adiknya Eddy, kini kembali bersemangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian apabila dia muncul dengan single terbaru.

Eida yang kini sibuk mempromosi single terbarunya, Kahwin Lagi dimana lirik lagu tersebut dihasilkan oleh bekas anggota kumpulan UG14 iaitu Teddy Iskandar. Teddy Iskandar menegaskan bahawa dia tidak mahu mengungkit apa yang telah berlaku.

    “Sejujurnya, rumah tangga saya dan Naquib memang bermasalah sejak lima tahun lalu. Sebagai isteri, saya cuba melakukan yang terbaik untuk mempertahankannya tetapi memang tertulis jodoh kami hanya sampai di sini.

    “Saya tidak mahu bercerita panjang mengenainya. Biar perkara yang berlaku itu berlalu. Yang penting sekarang, saya harus bangkit dan bina hidup baru. Paling utama, saya harus bekerja keras demi masa depan saya dan anak, Nur Dhia Dania,” katanya.

Kata Eida lagi, kembali menyanyi dan menghasilkan lagu single juga merupakan sebahagian daripada usahanya untuk mengembangkan kembali bakat dan nama yang sedia ada.

    “Sebenarnya, niat untuk kembali menyanyi sudah lama ada, cuma peluang dan keadaan pasaran tidak menentu membuatkan saya berasa kurang yakin untuk merakam lagu baru.

    “Tahun lalu tiba-tiba Teddy datang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya. Lagu diberikan juga menarik. Sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan mana-mana penyanyi,” katanya.

Tegas Eida, perancangan merakam lagu Kahwin Lagi dibuat sebelum bercerai dan tiada kena mengena dengan kisah hidupnya.

    “Apabila mendengar lagu ini, jangan ada pula yang salah faham kerana lagu ini sudah lama dicipta. Pada awalnya ia seharusnya dinyanyikan seorang pendatang baru tetapi dia tidak dapat memberi komitmen, menyebabkan Teddy dan pihak syarikat rakaman Rousing Muses Sdn Bhd terpaksa mencari pengganti.

    “Lagu ini berkonsepkan satira atau komedi yang pernah dirakam Anita Sarawak dan contoh paling dekat untuk mengenali karya begini adalah Kalau Berpacaran yang dipopularkan Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan Altimet sebelum ini.

    “Saya tahu ramai pihak skeptikal apabila saya mengambil keputusan kembali menyanyi tetapi ia bukan bidang yang asing kerana saya pernah melakukannya bersama adik saya dulu. “Pada saya, dalam usia sekarang bukan sesuatu yang sangat lewat. Malah, ada juga pe­nyanyi yang bertahun-tahun mening­galkan industri muzik tempatan diterima baik peminat apabila membuat kemunculan semula,” katanya.

Bagi Eida, kembali menyanyi sekurang-kurangnya memberi peluang untuk mendapat duit lebih. Tambahan lagi dia kini bergelar sebagai ibu tunggal yang membesarkan anaknya sendirian.

    “Sekarang tawaran berlakon juga perlahan dan tidak sekencang dulu, terutama apabila badan saya kembali susut.

    Saya hairan apabila tidak lagi gemuk, orang tidak mahu lagi mengambil saya berlakon. “Saya juga hairan apabila keba­nyakan produser, pengarah mahupun peminat melabelkan saya pelawak, sedang­kan saya tidak pernah mengehadkan bakat pada satu-satu genre.

    “Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dengan lawaklah saya lebih dikenali sebagai pelakon, namun saya cuba memastikan bakat saya berkembang dalam semua sudut dan watak.

    “Selain berlakon, saya juga mengacara. Apabila saya kembali menyanyi dan muncul dengan single Kahwin Lagi, ia lebih mudah kerana apabila ada tawaran menjayakan persembahan, saya boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa dan pasti penganjur yang mempelawa saya akan memperoleh keuntungan,” katanya.


Sumber : gosipmalaysia.com

8 Gambar Comel Wajah Isteri Kesayangan Sharif ZERO

‘Dapat Wang RM500,000 Hantar Ibu Ke Mekah Dan Bina Rumah‘ merupakan niat murni kumpulan Zero setelah menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014). Jutaan tahniah dengan kejayaan tersebut!. Walaupun persaingan antara kumpulan sangat sengit tetapi Zero membuktikan yang mereka layak di gelar Juara. Yelar kan, kalau tidak tak kan la gosip ‘Zero Cipta Sejarah Peserta Hotseat Layak Ke Akhir MLM2014‘ tiba-tiba boleh muncul, semua meletakkan harapan yang tinggi kepada kumpulan Zero.


8 Gambar Comel Wajah Isteri Kesayangan Sharif ZERO, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan zero, Sharif zero,

Kumpulan Zero dijangka akan menggegarkan industri hiburan tanah air pada tahun 2015 ini. Kumpulan Zero terdiri dari Syaiful, Sharif (Kadir) dan juga Atu. Mereka bertiga berasal dari Kudat, Sabah. Ikuti ‘11 Fakta Menarik Tentang Zero Juara MLM2014‘ yang mungkin membuatkan korang rasa kumpulan Zero lain dari yang lain, unik gituh!

Syaiful bakal mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya tidak lama lagi. Sementara adiknya, Atu (rambut gerbang) masih single dan belum berpunya. Hanya Sharif dari kumpulan Zero sahaja telah berkahwin dengan wanita cantik berkulit putih gebu. Sharif dikatakan berkahwin kira-kira 2 tahun yang lalu, hubungan mereka sangat romantis tau! Lihat sahaja gambar mesra selfie mereka berdua.

Amacam? Cantik tak? Semoga hubungan yang dibina kekal buat selama-lamanya. Humm elakkan kontroversi dan semoga Sharif tidak mudah lupa diri sekiranya semakin popular.


8 Gambar Comel Wajah Isteri Kesayangan Sharif ZERO, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan zero, Sharif zero,

8 Gambar Comel Wajah Isteri Kesayangan Sharif ZERO, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan zero, Sharif zero,

8 Gambar Comel Wajah Isteri Kesayangan Sharif ZERO, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan zero, Sharif zero,

8 Gambar Comel Wajah Isteri Kesayangan Sharif ZERO, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan zero, Sharif zero,

8 Gambar Comel Wajah Isteri Kesayangan Sharif ZERO, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan zero, Sharif zero,

8 Gambar Comel Wajah Isteri Kesayangan Sharif ZERO, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan zero, Sharif zero,

Sumber : gosipmalaysia.com

Yuna dan Hatta Dolmat bekerjasama untuk projek?

Menerusi laman Instagramnya, penyanyi yang sedang mencipta nama di Los Angeles, Yunalis Zarai akan bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat untuk projek fesyen terbarunya nanti.


Yuna dan Hatta Dolmat bekerjasama untuk projek?, info, terkini, hiburan, sensasi, Yuna Zarai

Gambar yang dimuat naik menerusi laman sosialnya itu, menunjukkan Hatta sedang melakar gambar rekaan terbarunya bersama Yuna dan jenama fesyen tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi.

 Hatta yang ditemu bual berkata, ini bukan kali pertama mereka bekerjasama, sebelum ini Hatta diberi kepercayaan untuk mereka baju Yuna untuk "Anugerah Industri Muzik ke-26" yang lalu.


Yuna dan Hatta Dolmat bekerjasama untuk projek?, info, terkini, hiburan, sensasi, Yuna Zarai

"Baju hasil sentuhan saya untuknya di AIM 26 mendapat perhatian Yuna sendiri kerana ia lari dari kebiasaan daripada mana-mana rekaan saya yang terdahulu. Saya guna fabrik sekuin dan gaun ombre itu turut mendapat pujian ramai," ujarnya seperti dipetik daripada Berita Harian.

 Jelas Hatta, dia sangat teruja dengan kolaborasi tersebut dan projek mereka masih dalam perancangan, memandangkan ianya melibatkan komunikasi jarak jauh.

"Selama bekerjasama dengannya, saya sudah mula faham apa yang dia suka dan sebaliknya. Lantaran itulah saya terus bersetuju untuk bergabung dengannya bagi projek ini. Setakat ini masih dalam peringkat produksi.


Yuna dan Hatta Dolmat bekerjasama untuk projek?, info, terkini, hiburan, sensasi, Yuna Zarai

"Saya juga peminatnya dan bersyukur atas tawaran ini. Kami sama-sama meminati fesyen dan muzik, jadi lebih nampak jelas apa yang kami mahukan. Kami ada keserasian."

 "Kami berbincang menerusi emel atau aplikasi WhatsApp. Kalau dia kembali ke Malaysia, dia akan datang ke butik saya di Shah Alam,"ujarnya.

Sumber : tupai.com.my

Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi

Jika sebelum ini kita hanya mendengar pemain-pemain bola sepak di liga luar negara seperti Liga Perdana Inggeris, La Lagi, Bundesliga dan banyak lagi menerima gaji yang lumayan sehingga ratusan ribu seminggu.


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,


Namun, kini liga bola sepak tempatan Liga Malaysia antaranya Liga Super dan Liga Perdana turut mengikut jejak langkah liga-liga di luar negara apabila ramai pemain bola sepak tempatan kini mempunyai gaji yang tinggi sehingga ratusan ribu sebulan.

Berikutan adalah pemain bola sepak tempatan yang mendapat gaji tinggi. (Sila ambil perhatian bahawa ia adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain, bukan jumlah sebenar).

Safee Sali, JDT FC (RM120,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.

Amri Yahya, JDT FC (RM85,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darut Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.

Norshahrul Idlan Talaha, ATM FC (RM80,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Pemain kelahiran Besut, Terengganu ini merupakan seorang penyerang kebangsaan yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan FA dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Dia kini bakal beraksi dengan pasukan baru iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM FC).

Indra Putra Mahayuddin, Felda United FC (RM75,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.

Baddrol Bakhtiar, Kedah FA (RM65,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan 'senior' Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.

Sumber : tupai.com.my

Sokongan Padu Rakan Selebriti Kepada Juara MLM 2014, Zero!

Walaupun kedengaran cliché ucapan si pemenang yang memenangi sebarang pertandingan untuk membelanjakan wang itu sebaiknya tetapi apa yang dapat disimpulkan daripada kemenangann Zero dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) terpancar keikhlasan yang mengiringi janji mereka dengan ibu mereka.


Sokongan Padu Rakan Selebriti Kepada Juara MLM 2014, Zero!, info, terkin, hiburan, sensasi, kumpulan Zero, Juara MLM2014

Seperti mana yang diketahui kumpulan Zero yang dianggotai oleh tiga beradik dari negeri di bawah bayu itu akan menunaikan janji mereka untuk menghantar ibu kesayangan ke tanah Suci, Mekah untuk menunaikan fardhu haji.

Kesempitan hidup yang menjadikan mereka juara di pentas MLM 2014 dan jerih payah yang dahulu rutin hari kini tidak lagi apabila pintu rezeki mereka hanya dengan buat orang terhibur lupakan duka sengketa.

Nyata para rakan selebriti juga tidak terlepas memberikan kata sokongan dan semangat kepada Zero yang dilihat telah berjaya mengubah nasib hidup mereka dan keluarga ke tahap yang lebih baik dari sebelum ini.

Tidak sahaja itu, salah seorang anggota kumpulan Zero iaitu Syaiful atau dikenali dengan nama Melati akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Doli Sharif, 25, dia akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya pada pertengahan bulan Februari ini.

"Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Rezeki kami kerana menerima kemenangan ini tepat pada masa dimana ia diperlukan,”ujar Syarif ringkas ketika temubual di sidang akhbar di venue pentas akhir MLM 2014 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Sumber : murai.com.my