Thursday, January 29, 2015

Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!

Siapa yang kipas-susah-mati rancangan popular Korea, ‘Runningman’ sudah tentu kenal dengan Lee Kwang Soo yang turut dikenali sebagai Giraffe di dalam rancangan tersebut. Tidak dinafikan popularitinya yang sangat luar biasa menyebabkan bandar Ho Chi Minh sesak ketika berkunjung ke Vietnam baru-baru ini.


Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man

Peminat setia Lee Kwang Soo menyambut kedatangannya dengan penuh gembira dan meriah sekali dengan jumlah 2000 peminat yang hadir hanya untuk melihat sendiri selebriti kesayangan mereka. Wah betul-betul famous ni, walaupun sekejap, dorang sanggup datang.


Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man
Suasana di Vietnam ketika kunjungan Lee Kwang Soo


Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man

Menurut sumber, kedatangan Giraffe melibatkan lebih 100 anggota polis terpaksa bertugas menjaga keselamatan keadaan tambah-tambah lalu lintas di sana juga sesak teruk. Ternyata, sikapnya yang ramah dan mesra disenangi ramai peminat di sana malah di Malaysia juga. ‘Fanmeeting’ yang diadakan di Malaysia juga turut mendapat sambutan hangat oleh peminat-peminat.

Sumber : gosipmalaysia.com

Elfaeza Ul-Haq Bantu Peminat Kuruskan Badan

Pelakon Elfaeza Ul-Haq mengambil keputusan untuk bertindak sebagai jurulatih kecergasan program Jom Kurus 1Malaysia yang diasaskan oleh Kevin Zahri kerana ingin membantu peminatnya mengurangkan berat badan dan menjalani kehidupan sihat.


Elfaeza Ul-Haq Bantu Peminat Kuruskan Badan, info, terkini, hiburan, sensasi, Elfaeza Ui-Haq

Elfaeza, 30, berkata, dia tertarik untuk menyertai program berkenaan kerana ingin berkongsi pengalamannya kuruskan badan sebelum ini dengan teknik dan kaedah yang betul.

"Jujurnya saya bukan seorang jurulatih gim bertauliah tetapi saya mempunyai banyak pengalaman dalam mengurangkan berat badan sebelum ini yang ada di antaranya tidak berjaya dan memerlukan kos tinggi.

"Bagaimanapun menerusi program ini saya ingin tekankan bahawa teknik senaman yang betul dan pemakanan sihat adalah satu-satunya cara untuk kurus dan pada masa sama hidup sihat," katanya kepada mStar Online.

Elfaeza ditemui selepas pelancaran drama bersiri Keluarga Karaoke di Red Box Pavillion dekat sini pada Selasa lalu.

Selain Elfaeza, drama 60 episod itu turut dibintangi oleh Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elyana, Zarina Zainuddin, Beego dan Dazrin Kamarudin.


Elfaeza Ul-Haq Bantu Peminat Kuruskan Badan, info, terkini, hiburan, sensasi, Elfaeza Ui-Haq
Elfaeza bakal muncul dalam drama bersiri Keluarga Karaoke.

 
Ia bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam bermula 9 Februari depan di saluran Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Elfaeza berkata, program selama enam minggu itu telah pun bermula sejak 17 Januari lalu namun untuk sesi pertama ini dia hanya mengambil lapan orang peserta sahaja.

Dia juga mahu memberi fokus kepada setiap peserta dengan program dirancang untuk mereka dan bersyukur ia mula menampakkan hasil positif.

"Saya akan bertemu mereka tiga kali seminggu dan kebiasaannya saya akan membawa mereka menjalani aktiviti di luar bagi mengelakkan mereka bosan.

"Ramai yang takut untuk mula bersenam tetapi sebenarnya ia aktiviti menyeronokkan dan dapat memberi pelbagai kebaikan jika dilakukan dengan betul," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia berhasrat untuk meneruskan program berkenaan dengan penyertaan lebih ramai peserta selepas kumpulan pertama selesai menjalani latihan yang dijangka berakhir pada akhir Februari ini.

Sumber : mstar.com.my

Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menerima pencalonan terbanyak dalam Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang bakal berlangsung pada 22 Feburari depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31, menerima pencalonan dalam kategori Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP,  Fesyen MeleTOP dan Bintang Online MeleTOP.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak
Zizan Razak menerima lapan pencalonan Anugerah Meletop Era 2015.

 
Zizan juga turut tercalon menerusi dua lagi kategori gandingannya bersama Kaka Azraff iaitu dalam kategori Lagu MeleTOP (Infiniti Cinta) dan Duo/Grup MeleTOP.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapatkan komen Zizan berhubung pencalonan itu gagal selepas dia meninggalkan majlis selepas selesai sidang media diadakan.

Sementara itu, pengacara Datuk AC Mizal menerima tiga pencalonan menerusi tiga kategori iaitu Hos TV MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Antara calon lain yang turut bertanding adalah Zul Ariffin, Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Aaron Aziz, Amar Baharin dan Nora Danish.

AME 2015 memperlihatkan sebanyak 16 kategori serta dua kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) selain memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Drama TV MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Kembali untuk tahun kedua, AME 2015 bertujuan mengiktiraf dan menghargai bakat dan karya kreatif para selebriti yang banyak menyumbang dala industri seni hiburan tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital serta serantau.

Anugerah ini juga memberi kuasa sepenunya kepada para peminat untuk mengundi melalui laman web khas yang diperkenalkan.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak
Pengacara dan para artis yang bakal bertanding dalam Anugerah Meletop Era 2015.

 
Bertemakan 'Yang Hit, Yang Legend', AME 2015 bakal disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Sementara itu, AME 2015 bakal mengandingkan lima hos iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan & Johan).

Bagi acara karpet merah pula akan dihoskan oleh Jihan Muse, Ray (Era) dan Dahlia (Hlive).

Pada malam itu, para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan oleh barisan artis popular tanah air dan dua persembahan dari artis antara bangsa.

Bagaimanapun buat masa ini pihak Astro merahsiakan barisan artis tersebut sebagai kejutan.

Peminat yang ingin mengundi artis kegemaran mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara-cara mengundi dengan melayariwww.meletop.com.my atau www.facebook.com/meletop.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AME 2015:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi - Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari - Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta - Zizan & Kaka
5) Malaikat - Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Sumber : mstar.com.my

Rozana Misbun Dan Awie Bakal Berdamai?

Setelah lebih setengah tahun kemelut rumah tangga penyanyi Awie dan Rozana Misbun tercetus, isteri penyanyi itu akhirnya terbuka hati dan bersedia untuk berbincang dalam menyelesaikan masalah mereka.


Rozana Terbuka Hati Mahu Berdamai Dengan Awie, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awie, rozana misbun

Rozana, 36, berkata, demi kebahagiaan tiga orang anak yang sedang membesar, adalah wajar mereka suami-isteir mencari penyelesaian supaya masalah rumah tangga dapat diselesaikan dengan baik.

“Kalau betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ni, lepaskanlah saya dengan cara baik. Tapi demi kebajikan anak-anak, saya bersedia untuk berbaik dengannya dan duduk berbincang. Kita jadi kawan.

“Kalau benar Awie dah hilang rasa hormat pada saya sebagai manusia dan isteri, hormatilah saya sebagai ibu yang bersengkang nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. Itu saja yang saya minta,” ujar Rozana kepada mStar Online dalam satu kiriman e-mel pada Khamis.

Rozana berkata demikian ketika diminta komen selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Selasa lalu memutuskan hak penjagaan sementara tiga anak mereka diserahkan kepada Rozana.

Berikutan itu Awie atau Ahamd Azhar Othman, 46, yang sebelum ini memperoleh hak berkenaan terpaksa menyerahkan anak-anak mereka kepada isterinya itu.

Awie  selaku responden diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Anak-anak berkeanan ialah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Awie juga menghadapi kes mendatangkan kecederaan terhadap Rozana yang dibicarakan di Mahkamah Majisteret, Ampang Selangor.


Rozana Terbuka Hati Mahu Berdamai Dengan Awie, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awie, rozana misbun
Rozana berkata, air mukanya jatuh selepas diaibkan suami sendiri.

 
Dalam pada itu kata Rozana, mungkin ada pihak menganggap dia kejam kerana perintah itu secara tidak langsung mengehadkan pertemuan Awie dan anak-anak tetapi sekurang-kuramna Awie akan dapat merasai bagaimanakah  deritanya seseorang ibu apabila tidak berjumpa anak-anaknya.

Ini kerana sewaktu Awie memperoleh perintah tersebut secara ex-parte sebelum ini, Rozana terpaksa menghormati injunksi berkenaan selama tujuh bulan apabila tidak dapat bertemu anak-anaknya.

“Kalau Saya boleh menerima dengan reda dan patuh kepada perintah injunksi selama 7 bulan itu, saya harap Awie juga boleh menerimanya dengan lapang dada. Sekurang-kurangnya Awie dapat merasai bagaimana deritanya saya dalam tempoh terpisah dengan anak-anak,” ujarnya.

Dalam pada itu mStar Online cuba mendapatkan penjelasan Rozana mengenai beberapa perkara penting yang pernah dibangkitkan Awie sebelum ini selain perancangan terhadap anak-anaknya selepas memperoleh hak penjagaan sementara itu.

Baca penjelasan Rozana:

Boleh Rozana komen mengenai kemelut dan rintangan terhadap kisah rumah tangga Rozana dengan Awie?

Setelah pelbagai dugaan dan rintangan yang saya hadapi sejak tujuh bulan kebelakangan ini, Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya bina kekuatan diri. Saya tak mahu berdendam sebab saya tahu kalau saya menyimpan perasaan yang macam tu, saya sendiri yang makan hati dan merana sendiri nanti.

Jadi saya belajar untuk move on  dan berkat sokongan keluarga, Insya-Allah saya akan teruskan hidup dengan semangat baru. Siapalah saya untuk bagi nasihat pada Awie?

Tapi dalam klausa (4) perintah makhamah, ada ditulis secara terang dan nyata bahawa Awie ditegah sama sekali dari mengaibkan saya melalui media elektronik, Internet dan cetak. Kalau dia berdegil juga, maknanya dia menghina makhamah dan biarlah mahkamah saja yang tentukan hukumannya.

Pelbagai tuduhan Awie lemparkam melalui peguamnya di mahkamah seblum ini termasuk tuduhan Rozana mengamalkan perkara ditegah agama Islam. Apakah yang dapat Rozana simpulkan?

Siapa yang tak malu apabila suami sendiri tuduh saya macam-macam sedangkan saya ni isteri dia? Memang jatuh air muka saya dan ada masa-masanya saya malu sangat untuk berdepan dengan masyarakat.

Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa saya selalu pakai kaca mata hitam apabila hadir ke makhamah. Tapi itulah saja caranya untuk saya 'sembunyikan' diri saya yang malu untuk berdepan dengan wartawan dan juga mata yang memandang.

Kalau boleh bila saya keluar rumah, saya tak mahu orang ramai kenal saya sebab saya sedar, banyak berita yang negatif berbanding positif tentang saya yang diperkatakan orang.

Tapi saya kena tabah. Takkan nak berkurung saja dalam rumah?

Apa penjelasan Rozana apabila Awie pernah mendakwa Rozana curang dengan lelaki lain?

Macam manalah saya nak curang? Saya ni, sepanjang sembilan tahun berkahwin, hidup mati saya hanya untuk Awie dan keluarga. Sejak Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha mula bersekolah, celik mata aje, sayalah yang mandikan, sediakan sarapan dan siapkan pakaian mereka semua sebelum menghantar mereka sendiri ke sekolah.

Tengah hari pulak saya sibuk di dapur untuk siapkan makan tengah hari untuk keluarga sebelum sebelah petangnya pula, jemput anak-anak di sekolah. Sebelah malamnya pula, saya pastikan mereka mengaji dan 'monitor' buat kerja sekolah.

Pukul 9 malam, semua dah kena tidur sebab saya tak mahu mereka liat bangun pagi esoknya untuk ke sekolah.

Saya tak tahu ruang manakah untuk saya berpeleseran dengan lelaki lain? Lagipun, dengan imej Awie sebagai “ayahanda”, ada ke lelaki yang berani nak kacau isterinya ini?

Mestilah ada ‘mata-matanya' akan segera memberitahu “ayahanda” Awie kalau betul mereka nampak saya berpoya-poya di luar.

Tuduhan Rozana mengabaikan anak?

Macam mana saya ni boleh dituduh tak jaga anak? Sedangkan dalam seminggu, ada masa-masanya, beberapa hari saja Awie di rumah terutama sekali kalau dia terlibat dengan penggambaran filem atau konsert di luar KL (Kuala Lumpur). Tapi saya faham kesibukannya itu dan tak pernah mengeluh.

Apa perancagan Rozana selepas mendapat hak penjagaan sementara anak ini?

Saya nekad untuk bawa anak-anak tinggal dengan Saya. Anak-anak yang sedang membesar perlukan disiplin. Masa saya jumpa anak sulung saya, Merrah di sekolah hari tu, dia nampak macam tak cukup tidur. Saya rasa dia orang bebas berjaga sampai tengah malam main video game.

Dengan saya dulu, mereka tak boleh suka-suka hati buat macam tu. Saya memang pantau aktiviti anak-anak.

Sumber : mstar.com.my

Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah

Lagi gosip tentang Taufik Batisah dan pelakon terkenal Malaysia, Nur Fazura! Nampaknya memang ramai yang mengatakan Fazura dan Taufik serasi bersama. Pelakon Fazura mengakui selesa berkawan dengan Taufik Batisah yang merupakan penyanyi kegilaan ramai yang berasal dari Singapura. Adakah “Fazura Punca Taufik Batisah Mahu Kerap Datang Malaysia?“. Ahaks!


Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura, Taufik Batisah

Haish selesa je ke Fazura? Ke ada pape perasaan ni? Hehehe. Menurut Fazura, Taufik merupakan seorang lelaki yang bijak namun menafikan mempunyai perasaan lebih daripada seorang teman rapat. Tambahnya juga, Fazura sudah pun berkawan rapat sebelum ini, namun apabila bergandingan sebagai juri di MLM 2014, hubungan mereka dilihat lebih akrab dan mesra memandangkan setiap minggu mereka akan bersama di pertandingan tersebut.


Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura, Taufik Batisah

“Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing.

“Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM). Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak.”
Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura, Taufik Batisah


Kalau dilihat masing-masing ada memuat naik gambar bersama ketika di MLM2014, so ramailah yang beranggapan mereka berdua sangat serasi. Bertuah jugalah kalau dorang ni betul-betul bercinta kan, ahaks. Pape pun tu semua gosip dan andaian ramai je.


Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura, Taufik Batisah

Sumber : gosipmalaysia.com

Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!

Gambar Neelofa Disentuh Qari Mendapat Kecaman” baru-baru ini mencetuskan kontroversi hangat sehinggakan adiknya juga Ameera turut terlibat dalam isu ini. Bukan apa, Ameera ni tak tahan kritikan yang dilemparkan terhadap kakaknya lalu tampil dengan bidasan yang agak kasar. 


Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa,

Apa lagi, timbul rasa kurang selesa dengan ayat yang dikeluarkan oleh adik Neelofa sendiri, semakin panas laa isu tersebut. Ada juga yang beranggapan gambar itu seperti menunjukkan satu teknik perubatan Islam memandangkan Qari tersebut pun memegang kepala Neelofa secara berlapik.

Bagaimanapun, Neelofa tidak mahu isu ini terus berpanjangan tambah-tambah ia juga melibatkan adiknya sendiri, Neelofa tampil memberi penjelasan.


Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa,
Gambar yang mencetuskan kontroversi hangat

 
    “Sebenarnya, ia adalah gambar candid yang diambil semasa saya menghadiri majlis perkahwinan saudara saya. Ramailah keluarga saya dari Kelantan dan Pakistan yang hadir.

    “Kebetulan, Maulana itu adalah saudara kepada pakcik saya. Dia datang dari Pakistan dan bercakap dalam bahasa Urdu dengan pakcik saya. Ada juga keluarga saya yang boleh berbahasa Urdu. Saya tidak faham sangat bahasa Urdu.

    “Apabila Maulana itu berjumpa sanak saudara kami, dia akan meletakkan tangannya di atas kepala kami sambil mengucapkan kata-kata ‘Meri beti’ (bermaksud My daughter). Itulah yang dilakukannya kepada saya semasa gambar itu diambil secara candid. Tak ada apa-apa pun,” jelas Neelofa.

Menurutnya juga, tidak pernah terlintas difikiran mahupun menyangka gambar yang dikongsikannya itu akan mengundang cerita-cerita dan komen-komen yang panas. Hmmm susah nak cakap sebenarnya, tapi kalau dah jadi artis ni setiap perbuatan dan perkongsian harus berwaspada kerana artis sememangnya diperhatikan. Mungkin yang komen-komen tu nak tegur kesilapan tanpa tahu apa kisah disebaliknya. So, bagi mengelakkan tercetusnya sesuatu isu hangat, berhati-hatilah sebelum memuat naik mana-mana gambar atau melakukan apa-apa perkara sekalipun.

    “Kalaulah saya tahu ia akan cetus kontroversi, memang saya tidak akan muat naik gambar itu di mana-mana laman sosial”.
Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa,

Perkara dah lepas jadikanlah ia sebagai peringatan. Memang banyak mata yang memandang dan gemar mencari kesalahan orang lain lagi-lagi kalau artis. Lebih baik hindari segala kontroversi yang mungkin akan menjatuhkan lagi reputasi dan kerjaya anda, tak gitu? 


Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa,

Dalam pada itu, Ameera juga sedar akan kesilapannya yang cuba mempertahankan kakaknya dengan menggunakan kata-kata kesat itu. So, janganlah diungkit-ungkit lagi perkara yang lepas, setiap manusia melakukan kesilapan dan tidak adil sekiranya mereka yang melakukan kesilapan tidak diberi peluang untuk berubah. Betul tak?

Sumber : gosipmalaysia.com