Monday, March 2, 2015

Foto Istimewa Khaleef Dayyan, Putera Sulung Penyanyi Black & Cira

Baru baru ini pihak thephotolicious telah berkongsi gambar eksklusif cahaya mata pertama penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah bin Md Hanafiah hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira.


Putera Sulung Penyanyi Black & Cira, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Black Mentor

Bayi lelaki pasangan ini dilahirkan jam 7.48 malam tangga 13 Januari lalu dengan berat 2.09 kilogram di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya itu telah diberikan nama Khaleef Dayyan oleh kedua ibu bapanya.

Black telah mendapatkan khidmat daripada thephotolicious untuk memotretkan gambar anak sulungnya itu dan telah bermurah hati untuk berkongsinya dengan media.


Untuk pengetahuan, pihak thephotolicious telah pun berjaya mendapatkan lebih dari 15 pose tetapi pihak Black dan Cira telah memilih 2 gambar yang paling mereka sukai untuk tatapan ramai. Disertakan juga klip video yang dirakamkan sebagai video di sebalik tabir sewaktu sesi penggambaran berlangsung.

Anak sulung kepada penyanyi kelahiran Mentor TV3 itu dijadualkan lahir pada 18 Februari lalu tetapi kerana sedikit komplikasi, Khaleef Dayyan telah sebulan lebih awal melihat dunia iaitu pada Januari lalu.

Kepada bakal ibu dan bapa yang ingin mendapatkan khidmat yang sama dari thephotolicious boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian bernombor 019 668 2336 bagi sebarang maklumat dan info lanjut mengenainya.

Sumber : murai.com.my

Chelsea Juara Piala Liga Selepas Benam Tottenham 2-0

John Terry berjaya membantu Chelsea untuk menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Piala Liga yang berlangsung pada awal pagi Isnin.


Chelsea Juara Piala Liga Selepas Benam Tottenham 2-0 , info sukan, bola sepak, Piala Liga

Kemenangan itu juga dikatakan yang pertama buat Jose Mourinho selepas ke pulang ke Stamford Bridge selaku pengurus pasukan.

Rembatan Terry meletakkan Chelsea di hadapan pada separuh masa pertama dan akhirnya The Blues mengesahkan kemenangan pada minit ke-56 apabila pemian Spurs, Kyle Walker menjaringkan gol sendiri pada minit ke-56.

Kejayaan itu merupakan gelaran pertama Mourinho sejak beliau kembali ke Stamford Bridge pada tahun 2013 dan yang ketiga bagi Piala Liga selepas kejayaan sebelumnya dengan kelab itu pada tahun 2005 dan 2007.

Sumber : mynewshub.cc

Van Gaal Mahu Kekal Bersama 'Cinta Baharu'

Louis van Gaal menemui cinta baharu, dan dia mahukan masa lebih lama untuk menikmati kecintaan itu.

Akhbar Sunday People melaporkan, pengurus berusia 63 tahun itu membentangkan rancangan jangka panjangnya untuk Manchester United ketika mengadakan perbincangan selama empat jam dengan keluarga Glazer yang menjadi pemilik kelab berkenaan.


Van Gaal Mahu Kekal Bersama 'Cinta Baharu', info sukan, bola sepak, Man united, Louis Van Gaal,

Impian van Gaal itu pula mungkin dapat dicapainya apabila mereka dilaporkan kagum dengan wawasan bekas pemain kebangsaan Belanda itu dan bersikap terbuka untuk melanjutkan kontraknya dengan MU selama dua tahun lagi.

Ketika ini van Gaal diikat MU selama tiga tahun.


Van Gaal Mahu Kekal Bersama 'Cinta Baharu', info sukan, bola sepak, Man united, Louis Van Gaal,

Kolumnis Sunday People, Steve Bates berkata, van Gaal bertemu tiga bersaudara masing-masing Bryan, Avram dan Joel Glazer ketika usahawan Amerika Syarikat itu datang ke Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan MU menentang Burnley.

MU menang 3-1 dalam perlawanan itu.

“Selepas perlawanan berakhir, van Gaal tidak pulang terus ke apartmennya di Cheshire sehinggalah pukul 3 pagi.

“Perkembangan itu mencetuskan kemungkinan dia membincangkan masa depannya di Old Trafford,” katanya.

Bates berkata, van Gaal menegaskan dia mahu menjadikan tugas di Old Trafford sebagai penutup kerjayanya.

Keadaan itu dapat difahami kerana sebelum ini pun van Gaal pernah menyatakan kepada rakannya, dia gembira bersama MU dan menyesal kerana ‘terlewat’ datang ke kancah persaingan Liga Perdana Inggeris.

Kata Bates, selepas berada di tengah-tengah persaingan liga bola sepak itu, van Gaal mahu membina semula skuad MU selepas pasukan itu gagal menyerlah sebaik saja pengurus lama, Alex Ferguson melepaskan jawatannya kepada David Moyes.
“Bagaimanapun, penguasaan van Gaal di Old Trafford banyak bergantung kepada kemampuannya mengemudi MU mendapat tempat dalam saingan Liga Juara-Juara pada musim depan,” katanya.



Sumber : mynewshub.cc

Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Bukan Lupa Diri

Pelawak dan pelakon Ajak (Shiro) mengakui jarang pulang ke kampung halamannya di Johor sejak akhir-akhir ini berikutan kerjaya seninya padat dengan pelbagai aktiviti.


Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Bukan Lupa Diri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ajak shiro

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 30, bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia langsung tidak pulang untuk menjenguk keluarganya kerana akan memastikan dia menghabiskan masa bersama mereka jika mempunyai masa terluang.

"Saya mengaku saya jarang pulang ke kampung tetapi itu bukan bererti saya langsung tidak pulang untuk melawat keluarga saya dan bersikap lupa diri.

"Sekiranya saya tidak dapat pulang saya akan hubungi ibu dan ayah selain keluarga yang lain untuk bertanya khabar mereka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ajak berkata demikian sebagai mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa saudara terdekat pelawak itu kononnya berkecil hati dengan sikapnya yang kini jarang meluangkan masa bersama keluarga di kampung halaman.

Dalam pada itu, Ajak berkata, dia kurang pasti siapakah 'saudara' terdekatnya yang membuat dakwaan itu kerana apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar.

Malah Ajak turut menyangkal dakwaan kononnya dia dan keluarganya lebih selesa menginap di hotel berbanding rumah ibu bapanya sekiranya mereka pulang ke kampung.

"Saya lebih selesa tidur atas bantal busuk saya di rumah ibu daripada hendak tidur di hotel.

"Apa yang didakwa mengenai diri saya itu langsung tidak benar dan saya sendiri kurang pasti 'saudara' mana yang tidak berkecil hati," ujarnya.

Bagaimanapun kata Ajak, dia mengambil gosip berkenaan sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada dirinya sendiri pada masa hadapan.

Sumber : mynewshub.cc

Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini

Bakal hot mummy meletup! Itu gambaran yang tepat dalam mendefinisikan pengacara cantik, Elaine Daly yang masih lagi mampu kelihatan hot berbikini biarpun dirinya kini sedang berbadan dua!


Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Pergh.. memang boleh bikin cemburu wanita-wanita di luar sana tengok body Elaine yang masih lagi meletup bak model biarpun kini sedang hamil lima bulan.

Elaine, hos program tv Bella kini sedang hamil anak sulung dan menyatakan perasaan terujanya mengandung di kala usianya kini sudah pun mencecah 35 tahun ke atas.

Untuk makluman, Elaine berkahwin dengan seorang doktor kelahiran Afrika Selatan pada 4 Disember lalu selepas hampir lapan bulan berkenalan.

Tahniah diucapkan buat Elaine dan suami!


Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Sumber : mynewshub.cc

Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung

Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid berusia tujuh tahun di Arau, Perlis, empat tahun lalu.


Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung, info, terkini, sensasi, berita, kejam
Keadaan arwah Saiful Syazani ketika berada dalam keadaan koma selepas dibelasah warden asrama.
 
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.


Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung, info, terkini, sensasi, berita, kejam

Mengikut kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden di sebuah sekolah rendah Islam di Arau pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.

Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. - BH Online