Thursday, January 15, 2015

Van Gaal Punca Falcao Tinggalkan MU

Kurang persefahaman antara Radamel Falcao dengan pengurus Manchester United, Louis van Gaal mungkin menjadi punca untuk penyerang itu meninggalkan pasukan itu.

Malahan, ejen pemain Colombia itu juga memberi bayangan Falcao  tidak akan berada di Old Trafford musim depan.


Van Gaal Punca Falcao Tinggalkan MU, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Manchester United, Radamel Falcao

Bintang berusia 28 tahun yang menerima gaji £265,000 (RM1.4 juta) seminggu setakat ini berjaya menjaringkan tiga gol dalam 13 perlawanan sejak dipinjam selama semusim dari Monaco, September lalu.

United hanya mempunyai tempoh hingga Mei untuk mengaktifkan semula klausa pembelian pemain yang dianggarkan bernilai £40 juta (RM218 juta) itu.

“Tidak pasti sama ada dia akan memilih United atau tidak tetapi yang pasti dia akan mewakili kelab terbaik dunia musim depan,” kata ejen Jorge Mendes.

Bagaimanapun sebelum ini, Falcao sudah memutuskan bahawa dia tidak akan kembali ke Monaco yang disertainya sejak Mei 2013 selepas menyinar di Atletico Madrid dan Porto.

Masalah kecederaan betis yang dialami Falcao menjejaskan prestasinya di Old Trafford dan dia hanya disenaraikan sebagai kesebelasan utama dalam lapan perlawanan.

Dia digugurkan daripada senarai 18 pemain ketika tewas 1-0 di tangan Southampton, Ahad lalu.

Begitupun, Van Gaal mengaku pemain itu sudah bebas daripada kecederaan, tetapi penggugurannya disebabkan taktik yang mahu diamalkan pengendali terbabit.

“Mereka memiliki pemain yang hebat dan dilabel sebagai antara terbaik dunia. Dia sudah tentu sedia untuk bermain selama 90 minit pada setiap perlawanan," katanya lagi.

Sumber : mstar.com.my