
Kurang persefahaman antara Radamel Falcao dengan pengurus Manchester United, Louis van Gaal mungkin menjadi punca untuk penyerang itu meninggalkan pasukan itu.Malahan, ejen pemain Colombia itu juga memberi bayangan Falcao tidak akan berada di Old Trafford musim depan.
Bintang berusia 28 tahun yang menerima gaji £265,000 (RM1.4 juta) seminggu setakat ini berjaya menjaringkan tiga gol dalam 13 perlawanan sejak dipinjam selama semusim...