Thursday, January 8, 2015

Rakaman Antara Juruterbang QZ8501 Dan Menara Kawalan Bocor

Rakaman percakapan dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) Juanda, Surabaya dibocorkan oleh seorang pengguna internet menerusi aplikasi SoundCloud. 


Rakaman Antara Juruterbang QZ8501 Dan Menara Kawalan, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, QZ8501, spekulasi QZ8501, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,

Dalam rakaman audio berdurasi lebih 20 minit itu dengan tajuk ‘ATC PK AXC-QZ8501 201412272225Z’ didapati dimuat naik oleh seorang pengguna dengan ID "digitizing" pada Sabtu lalu, iaitu selepas Kementerian Perhubungan republik itu membekukan kebenaran terbang pesawat AirAsia ke Surabaya-Singapura. 

Sumber dalaman Kompas.com yang enggan dikenali turut mengesahkan rakaman itu adalah asli iaitu antara ATC Juanda dengan juruterbang berdasarkan lalu lintas pesawat yang dikawal pagi hari kejadian (28 Disember lalu). 

 Pada minit ke-10 terdengar suara daripada seorang daripada juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 (dengan panggilan Wagon Air 8501) yang memberitahu kedudukan di terminal A9 dengan nombor pendaftaran PK-AXC (Alpha X-ray Charlie) bersama jumlah penumpang dan tujuan ke Singapura. Percakapan itu antaranya:

AWQ8501: "Tower, Wagon Air eight five zero one good morning..."

Tower: "Wagon Air 8501 good mornig Juanda Tower, go ahead..."

AWQ8501: "Eight five zero one (nombor pendaftaran) alpha x-ray charlie parking stand Alpha Niner (A9) destination Singapore POB (passenger on board) one six one, request push and start, wagon air eight five zero one..."

Tower: "Wagon Air eight five zero one parking stand number Alpha niner Pushback and start approved heading west runway one zero, exit sierra two..."


Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pada minit keempat, QZ8501 meminta izin ke ATC untuk menuju ke landasan sebelum ATC mengarahkan QZ8501 ke laluan 10 yang sedang digunakan ketika itu. 

Pada minit ketujuh, ATC kemudian memberikan kebenaran untuk berlepas kepada QZ8501 melalui airways M635 dengan ketinggian 24,000 kaki. 

 "Wagon Air eight five zero one clear to Singapore, mike six three five level two four zero initial, RAMPY one alpha departure squawk number seven zero zero five," kata petugas ATC yang bersuara wanita itu. 

Dengar Rakaman Perbualan Disini ===> Recorede Audio 

Sumber : Kompas.com

Komen Pedas Ayah Emma Maembong Kepada Zizan

Selepas Emma Maembong mengesahkan perpisahannya dengan Zizan Razak, bapa aktres itu, Ismail Embong pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan pelawak tersebut di sebuah akhbar.
Komen Pedas Yaha Emma Maembong Kepada Zizan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi emma dan zizan, ismail embong,

Ismail berkata, dia tidak senang apabila Zizan memberi pendapat sekiranya dia menjadi menantu pelukis terkenal tersebut.

"Tidak perlu hormat permintaan orang tua ini kerana orang tua ini tidak meminta, tetapi hanya memberi kata dua atau syarat. Jika tidak ditunaikan sila pergi!

"Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?," soalnya menerusi status di laman Facebook miliknya pada Isnin.

Ismail berkata demikian selepas Zizan menerusi laporan sebuah akhbar memberi komen bahawa dia sedia mengikut kehendak bapa Emma yang mahukan majlis sederhana sekiranya dijodohkan dengan Emma nanti.

Menerusi mStarOnline terbitan 29 Disember lalu, Zizan berkata, sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu.

Kelantangan Ismail itu bukan sahaja terhadap Zizan malah dia turut mengkritik majlis pernikahan anaknya iaitu Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa selain mengadakan perkahwinan secara membazir.

Sementara itu, Ismail turut berkata tidak perlukan pujukan daripada sesiapa mengenai kemelut yang berlaku.

"Memujuk? aku cuma meminta hukum Allah diutamakan. Jika ditentang keluarga, maka sudah dianggap derhaka.

"Tidak kisahlah anak-anakku yang masuk bidang lakonan dikritik dan digosip kerana mereka sedia maklum risiko yang datang bersama glamor. Tetapi usah sentuh diri aku secara peribadi," tegasnya.

Bagaimanapun, Ismail tidak mengulas mengenai kenyataan Emma sudah berpisah dengan Zizan.

Sumber : m-poser.blogspot.com

Beri saya ruang sekejap - Zizan Razak

Usaha mendapatkan reaksi Zizan Razak mengenai perpisahannya dengan Emma Maembong berjaya diperoleh malam tadi.

Beliau hadir menonton pementasan malam akhir Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta di Istana Budaya.

Sebelum itu usaha mendapatkan kenyataannya menerusi telefon tidak berjawab. Ruang pertemuan empat mata di Istana Budaya dimanfaatkan sebaik mungkin.


terkini, hiburan, sensasi, zizan razak, gossip, kontroversi

"Saya tak nak komen apa-apa. Saya tak selesa lagi memberi kenyataan. Beri saya ruang sekejap.

"Apa-apa saya akan beritahu kemudian. Cuma buat masa sekarang saya tak merancang untuk memberi apa-apa komen.

"Saya tahu awak buat kerja (merujuk kepada wartawan). Setakat ini memang saya tak boleh jawab apa-apa. Saya ok," katanya yang ternyata mahu mengelak memberikan reaksi perpisahan yang diumumkan Emma Maembong.


Di saat kisah peribadinya menjadi perhatian pada awal tahun baharu 2015, kesnya dengan bekas syarikat turut berjalan saat ini di mahkamah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Zizan diuji dengan dugaan demi dugaan. Akuinya beliau percaya semua ini aturan daripada Yang Maha Esa.

"Saya percaya semua ini terjadi ada hikmah tertentu. Apa yang baik atau sebaliknya semua kehendak-Nya.

"Yang buruk itu datangnya daripada saya dan baik itu daripada-Nya. Kita manusia harus kuat melaluinya," katanya.

Mengenai kes mahkamahnya dengan bekas syarikat pengurusan, beliau memberitahu mahu cari jalan penyelesaian terbaik.

"Kalau boleh saya tak nak panjangkan cerita. Kita nak selesai cari baik tapi pihaknya (bekas pengurusan) masih nak bawa hal ini ke mahkamah.

"Ada perkara sulit dan peribadi yang tak boleh saya cerita. Dulu masa buka syarikat bersama-sama tak heboh pun jadi kenapa timbul hal begini perlu dikecohkan.

"Saya tak berhak cakap lebih. Ikut saja cakap yang lebih arif iaitu pihak peguam," katanya.

Sumber : bharian.com.my

Wednesday, January 7, 2015

Abby Abadi Tegur Sukarelawan Banjir Tak Tutup Aurat

Tak dinafikan tragedi banjir yang berlaku di negara kita sememangnya yang paling buruk setakat ini. Banyak kerosakan yang dihadapi penduduk terutama di negeri Kelantan.

Abby Abadi Tegur Sukarelawan Banjir Tak Tutup Aurat, info, terkini, hiburan, abby abadi,


Kami turut berbangga apabila ramai masyarakat yang prihatin dan terpanggil untuk menjadi sukarelawan dalam membantu mangsa-mangsa terbabit.

Namun, beberapa hari lepas, Abby Abadi ada menegur segelintir sukarelawan yang membantu mangsa banjir di Pantai Timur kerana tidak menutup aurat.
Abby Abadi Tegur Sukarelawan Banjir Tak Tutup Aurat, info, terkini, hiburan, abby abadi,


Ramainya pergi membantu tapi aurat tak terjaga
Pedih menusuk kalbu betul teguran Abby kali ini. Rasanya ini bukanlah pertama kali Abby menegur tentang aurat wanita.

Tolong diri sendiri dulu, baru bantu orang

Hmmm, kami faham niat murni Abby ni. Tapi, kenapa tak dipandang rasa prihatin dan tanggungjawab yang ada pada sukarelaan tersebut.

Abby Abadi Tegur Sukarelawan Banjir Tak Tutup Aurat, info, terkini, hiburan, abby abadi,

Tak salah menegur, tapi mereka juga harus diberi pujian atas sikap ingin membantu dan berani menggadai nyawa demi menolong mereka yang memerlukan. Tak gitu?
Share dosa sebarkan gambar tak tutup aurat

Ni tak lain tak bukan mesti teguran khas kepada pihak media.

    Siarkan juga gambar-gambar mangsa yg tidak menutup aurat atau terdedah aurat leher, tangan dan kaki mangsa. Tak tahu tentang dosa aurat tu ke macamana? Yg mendedahkan berdosa, yg menyebarkan dapat saham juga

Sebenarnya, teguran Abby ini ada betulnya, cuma mungkin cara teguran yang disampaikan menyakitkan hati sesetengah pihak.

Abby Abadi Tegur Sukarelawan Banjir Tak Tutup Aurat, info, terkini, hiburan, abby abadi,

Maklumlah dalam keadaan bencana seperti ini, sukarelawan mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya mengenai aurat dek kerana terlalu leka menolong. Peace!

Sumber : ohbulan.com

Foto : Tiz Zaqyah & Tasha Shilla Bercuti Dengan Boyfriend

Orang kata, nak tahu seseorang tu sesuai tak jadi teman sehidup semati kita, cuba pergi bercuti bersama. Tapi orang tua-tua kata pula, selagi belum kahwin jangan mengada-ngada korang nak pergi bercuti macam pre-honeymoon.

Foto : Tiz Zaqyah & Tasha Shilla Bercuti Dengan Boyfriend, info, terkini, sensasi, hiburan, Tiz Zaqyah, Tasha Shilla

Kalau bukan bercuti berdua tapi beramai-ramai boleh terima tak? Asalkan keluarga tahu dan pandai menjaga batas, mungkin tak menjadi masalah.

Kami sebenarnya tertarik dengan sikap Tiz Zaqyah dan Tasha Shilla yang tidak menggembar-gemburkan percutian mereka baru-baru ini bersama orang tersayang dipercayai di Thailand.

Foto : Tiz Zaqyah & Tasha Shilla Bercuti Dengan Boyfriend, info, terkini, sensasi, hiburan, Tiz Zaqyah, Tasha Shilla

Bukan apa, ada juga sesetengah orang yang tak kisah berkongsi gambar mesra sewaktu bercuti dengan kekasih walaupun sedar diri mereka bakal dikecam.

Pada mulanya kami sangka hanya Tiz sahaja yang seronok bermain air di pulau bersama buah hati pengarang jantung, rupa-rupanya Tasha dan kekasihnya, Han juga turut bersama mereka. Oh ya, ada beberapa orang lagi, ini bukan double date seperti disangka. Hehe.

Yang kami kagum, Tasha sebelum ni boleh dikatakan agak kerap memuat naik foto bersama Han di Instagram tapi baru-baru ini dah makin berkurang. Foto percutian mereka juga langsung tak dikongsi bersama peminat secara terbuka, kalau ada pun hanyalah sekeping foto pemandangan pulau dimuat naik seminggu lalu. Mungkin Tasha mahu kurangkan gosip mengenai percintaan mereka.

Apapun, jom tengok foto-foto percutian Tiz di bawah ini. Cantik-cantik semuanya. Kami rasa kalau Tiz tak jadi pelakon, mungkin dia seorang photographer.

A photo posted by Tiz Zaqyah Razak Official/ (@queenqya) on
A photo posted by Tiz Zaqyah Razak Official/ (@queenqya) on



Foto : Tiz Zaqyah & Tasha Shilla Bercuti Dengan Boyfriend, info, terkini, sensasi, hiburan, Tiz Zaqyah, Tasha Shilla

Foto : Tiz Zaqyah & Tasha Shilla Bercuti Dengan Boyfriend, info, terkini, sensasi, hiburan, Tiz Zaqyah, Tasha Shilla


Sumber : ohbulan.com

500,000 Pelajar & 5,000 Pengusaha Jadi 'Mangsa' Penamatan Skim Penggantian Bas Sekolah

Belum pun selesai kemelut kadar tambang bas sekolah, kini timbul pula isu berhubung penamatan Skim Penggantian Bas Sekolah oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa 31 Disember lalu.

info, terkini, berita, SPAD, Penamatan Skim Penggantian Bas Sekolah, 'Mangsa' Penamatan Skim Penggantian Bas Sekolah

Skim tersebut diperkenalkan selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2013 bagi meringankan beban pengusaha bas sekolah untuk menggantikan bas lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas baharu. Ia bagi menjamin keselamatan pelajar dan pengguna jalan raya.

Berikutan penamatan skim itu, dikhuatiri 500,000 pelajar di seluruh negara yang menggunakan kira-kira 5,000 perkhidmatan bas sekolah yang berusia lebih 25 tahun akan berhadapan masalah untuk pergi dan balik dari sekolah.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, jika tiada sistem baharu menggantikan skim pinjaman tersebut, kira-kira 500,000 pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut akan terjejas.

Malah, katanya, seramai 5,000 pengusaha bas sekolah yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan ini akan hilang punca pendapatan.

"Mereka yang sempat memohon skim tersebut sebelum tarikh akhir mungkin terselamat. Tapi bagi mereka yang belum membuat permohonan, mereka akan 'mati katak' kerana hilang punca pendapatan," katanya kepada mStar Online.

Amali Munif berkata, tindakan tersebut dilihat akan mendorong pengusaha bas sekolah beroperasi secara haram memandangkan kira-kira 5,000 bas sekolah sedia ada menghampiri usia 30 tahun.

"Mereka (SPAD) mahu sekat pengusaha bas sekolah haram tapi penamatan skim tersebut akan menjejaskan kira-kira 5,000 pengusaha bas sekolah yang memiliki bas sekolah menghampiri usia 30 tahun.

"Sudah tentu mereka akan beroperasi secara haram untuk terus mencari rezeki kerana skim untuk menggantikan bas lama kepada bas baharu sudah ditamatkan," katanya.

Menurutnya, beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penamatan skim tersebut menerusi surat daripada SPAD dalam tempoh kurang dua minggu lalu.

"Kenapa maklumkan mengenai penamatan skim ini diberi dalam masa yang singkat? Apa yang kita boleh buat dalam tempoh itu?," katanya.

Bagaimanapun, kata Amali Munif, SPAD memaklumkan skim tersebut akan digantikan dengan sistem pinjaman baharu yang lebih komprehensif dan ia akan dicadangkan kepada kerajaan terlebih dahulu.

"Buat masa ini, saya boleh katakan tiada penambah baikan daripada SPAD terhadap perkhidmatan ini. Mereka bukan menyelesaikan masalah tetapi memburukkan lagi keadaan," katanya.

Jelas beliau lagi, PPBSM akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu penamatan skim tersebut dalam masa terdekat.

"Perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan sekarang. Jadi kita akan duduk membincangkan susulan penamatan skim ini. Jika tiada jalan penyelesaian, kira-kira 5,000 pengusaha bas ini akan terkapai-kapai. Mereka dalam dilema sama ada mahu meneruskan perkhidmatan atau tidak," katanya.

Menerusi tinjauan mStar Online di laman web badan itu, maklumat mengenai skim tersebut memaklumkan tempoh permohonan berkuat kuasa selama dua tahun bermula April 2013 dan akan berterusan sehingga April 2015.

Skim tersebut diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan pemberian rebat sebanyak RM10,000 dan bayaran kadar faedah tetap dua peratus ke atas pinjaman untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas baharu.

Sumber : mstar.com.my