Thursday, January 8, 2015

Video: Bukan Gurauan, Bill Gates Minum Air Tahi!

Walaupun lebih daripada mampu untuk hidup bersenang lenang dengan harta dimilikinya, pengasas Microsoft, Bill Gates memilih untuk menumpukan perhatian pada teknologi baru yang dapat membantu manusia sejagat terutama golongan miskin.

Video Bill Gates Minum Air Tahi!, info, terkini, sensasi, berita luar, bill gates

Ekoran itu, Gates tampil dengan pengakuan mengejutkan bahawa dia baru sahaja meminum air najis dan itu bukan gurauan!

Kisah sebenarnya, Gates mahu mengumumkan mesin terbaharu yang dicipta menggunakan dana syarikatnya, yang boleh menukar air kumbahan najis manusia kepada air bersih yang boleh terus diminum.

Dan bagi membuktikannya, Gates tanpa teragak-agak meminum hasil air najis yang telah diproses mesin tersebut.
Video Bill Gates Minum Air Tahi!, info, terkini, sensasi, berita luar, bill gates

Mesin dengan teknologi sebegini, sudah tentu amat berguna terutama buat negara miskin dan membangun yang menghadapi masalah bekalan air bersih.

Gates menjelaskan dalam blognya, sistem kumbahan yang buruk di sesetengah negara telah mengakibatkan kematian ratusan ribu kanak-kanak setiap tahun selain mengganggu pertumbuhan fizikal dan mental mereka.

Video Bill Gates Minum Air Tahi!, info, terkini, sensasi, berita luar, bill gates

“Jika kita dapat memperkenalkan satu cara yang mudah dan murah untuk menukar kotoran manusia menjadi air bersih maka ribuan nyawa kanak-kanak dapat diselamatkan selain membantu mereka membesar di persekitaran lebih baik dan sihat,” katanya.

Nyata Gates tidak bercakap kosong tentang cita-cita besarnya itu.

Janicki Omniprocessor, mesin ciptaan sebuah syarikat kecil beribu pejabat di Seattle, Amerika Syarikat iaitu Janicki Bioenergi yang menerima dana daripada Bill and Melinda Gates Foundation, dijangka akan memulakan operasi sulungnya menjelang hujung tahun ini di Senegal.

Video Bill Gates Minum Air Tahi!, info, terkini, sensasi, berita luar, bill gates

Mesin terbabit diharapkan berupaya menukar kesan kumbahan najis daripada 100 ribu orang kepada 86 ribu liter air bersih selain menjana 250 kw elektrik.
Wah, memang besar sekali jasa Gates apabila beliau sudi menumpukan perhatian dan melabur modal bagi mencipta teknologi baharu yang dapat memberi manfaat kepada begitu ramai manusia terutama golongan susah bukan?

Jasanya ini tidak ternilai jika dibandingkan dengan penciptaan satu peranti seperti telefon pintar yang barangkali, cuma mampu dimiliki orang ‘ada-ada’.

Sumber : mynewshub.cc

QZ8501: Tony Fernandes Mengaku AirAsia Terkhilaf

Selepas dilarang melakukan penerbangan Surabaya-Singapura berkuat kuasa 2 Januari lalu, pihak pengurusan AirAsia Indonesia semalam akhirnya mengaku terkhilaf terbang tanpa kebenaran daripada pemerintah republik itu untuk laluan tersebut.

QZ8501: Tony Fernandes Mengaku AirAsia Terkhilaf, info, terkini, berita, QZ8501, berita nahas pesawat airasia,

Perkara itu disahkan Menteri Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan ketika mengulas perbualan ‘serius’ antara beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini susulan tragedi QZ8501 pada 28 Disember tahun lalu.

“CEO Air Asia itu telah mengaku salah dan terkhilaf kepada saya mengenai isu ketiadaan permit kebenaran rasmi untuk laluan Surabaya-Singapura pada hari kejadian tersebut,” kata Jonan ketika ditemui pemberita tempatan di pejabatnya di sini semalam.

QZ8501: Tony Fernandes Mengaku AirAsia Terkhilaf, info, terkini, berita, QZ8501, berita nahas pesawat airasia,

gnasius Jonan (kiri) kelihatan berbincang agak serius dengan Tony Fernandes mengenai tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di pejabatnya di Jakarta baru-baru ini.

Selain perintah larangan terbang antara Surabaya-Singapura, beliau juga menggantung sementara perkhidmatan AirAsia Indonesia untuk laluan Medan-Palembang bermula 6 Januari atas sebab yang sama: tiada kebenaran rasmi pemerintah.

Namun, beliau menambah, Fernandes ada menjelaskan masalah tersebut lebih bersifat birokrasi pentadbiran kerana pihak berkuasa penerbangan awam Singapura sebelum itu sudah pun meluluskan jadual baharu untuk laluan Surabaya-Singapura.

“Beliau memberitahu saya, AirAsia Indonesia berjaya mendapat hak penerbangan sekali pada setiap hari atau kekerapan tujuh hari seminggu berdasarkan kepada jadual baharu untuk musim sejuk yang diluluskan pihak Singapura,” ujar Jonan.

Walhal surat Ketua Pengarah Perhubungan Udara Indonesia bertarikh 24 Oktober 2014 cuma memberi izin penerbangan musim sejuk 2014/2015 laluan Surabaya-Singapura untuk AirAsia Indonesia adalah hanya pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Justeru, Fernandes menyarankan Indonesia pada masa depan dapat melaksanakan sistem perkomputeran lebih bersepadu seperti Singapura agar kelulusan laluan penerbangan boleh diselaraskan secara sistematik dan bukan sebelah pihak sahaja.

Ini kata Jonan, sekali gus mampu mengelak daripada kekeliruan jadual penerbangan yang berbeza-beza setiap kali berlaku perubahan waktu berlepas pesawat kerana kelulusan permit operasi dibuat secara serentak dan lebih seragam. – Agensi

Lebih Garang.. Wajah Baharu Kereta Peronda PDRM 2015?

Terpegun seketika kami melihat wajah baharu kereta Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2015 ini.

Jika sebelum ini kita lihat model Proton Inspira yang digunakan oleh PDRM berwarna putih dan biru, kali ini kombinasi warna pada kereta peronda tampil lebih garang dengan keseluruhan berwarna hitam.

Kelihatan lebih kemas dan simple berbanding rekaan sebelum ni kan?

Dengan calitan dan jalur pantulan cahaya dikombinasi dengan warna yang lebih gelap, boleh dikatakan wajah baharu kereta peronda PDRM 2015 ini tampak lebih garang.

Tahniah buat warga PDRM atas peningkatan mutu perkhidmatan sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.

Wajah Baharu Kereta Peronda PDRM 2015?, info, terkini, berita,

Wajah Baharu Kereta Peronda PDRM 2015?, info, terkini, berita,

Wajah Baharu Kereta Peronda PDRM 2015?, info, terkini, berita,

Wajah Baharu Kereta Peronda PDRM 2015?, info, terkini, berita,

Sumber : mynewshub.cc

Suami Paksa Isteri Teguk Asid Di Kuala Lipis

Isteri adalah amanah yang perlu dijaga dan dilindungi oleh insan bergelar suami. Lain pula kisah pasangan suami isteri yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang di mana si isteri menjadi mangsa kekejaman suami sendiri.

Suami Paksa Isteri Teguk Asid Di Kuala Lipis, info, terkini, berita, kejam, kes dera isteri

Mangsa, 30 tahun yang merupakan warga Indonesia dikatakan telah dipaksa meneguk asid sebelum disimbah cairan berbahaya tersebut di seluruh badannya.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 11 malam ini menyebabkan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan dalam keadaan cedera parah.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, pasangan itu dipercayai bertengkar kerana masalah peribadi yang gagal diselesaikan dengan baik.

“Suspek yang juga warga Indonesia kemudian mengambil sebotol cecair mengandungi asid dan mengarahkan mangsa meneguk namun isterinya enggan berbuat demikian,” ujarnya.

Tambah Abdul Razak, suspek dan mangsa kemudiannya bergelut sebelum suspek bertindak mencurah cecair itu ke badan mangsa.

Hal ini menyebabkan mangsa menggelupur dan menjerit kesakitan sebelum dibantu jiran-jiran.

Suspek yang turut cedera dalam kejadian itu segera melarikan diri namun berjaya diberkas pihak polis di Raub.

Sumber : mynewshub.cc

‘Rider Otai’ Turut Hantar Bantuan Banjir Ke Manik Urai

Di sebalik musibah banjir yang melanda dengan dahsyat negeri Kelantan baru-baru ini, terselit hikmah apabila dapat dilihat, terdapat ramai rakyat Malaysia yang begitu baik hati menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa terlibat.

Antaranya termasuklah sekumpulan rider terdiri daripada peminat motosikal klasik yang telah konvoi beramai-ramai ke salah satu kawasan paling teruk terjejas banjir iaitu di Manek Urai bagi menyalurkan sumbangan.

Difahamkan, konvoi yang bermula dari  Tanjung Karang, Selangor pada 5 Januari lalu selamat tiba di Kelantan keesokan harinya.

Apa yang menarik, kesemua sukarelawan terlibat menaiki motorsikal klasik Yamaha RXZ dan RXK yang sarat dengan pelbagai barangan bagi membantu saudara-saudara kita di Kelantan.

Gambar di bawah jadi bukti niat suci murni mereka itu.

‘Rider Otai’ Turut Hantar Bantuan Banjir Ke Manik Urai, info, terkini, rider otai, mangsa banjir, bantuan banjir

Tahniah rider-rider sekalian di atas usaha yang dilakukan untuk mangsa banjir yang di dalam kesusahan. Ini baru otai sebenar!

Sumber : mynewshub.cc

Sepadan! Perbandingan QZ8501 Dengan Ekor Pesawat Ditemui

Misi pencarian pesawat QZ8501 yang sudah memasuki hari ke-11 hari ini menemui bukti memberangsangkan apabila Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesahkan telah menemui serpihan ekor, dipercayai milik pesawat malang itu.

Sepadan! Perbandingan QZ8501 Dengan Ekor Pesawat Ditemui, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, terkini, QZ8501

Telahan itu terbukti apabila beberapa bahagian ekor yang ditemui berjaya disuaipadan dengan foto sebenar pesawat yang diambil menerusi dokumentasi Jetphotos.Net.

Sepadan! Perbandingan QZ8501 Dengan Ekor Pesawat Ditemui, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, terkini, QZ8501

Tiga gambar ekor pesawat yang diambil oleh pasukan penyelam dari bawah laut, menjadi bukti penemuan berkenaan.

Gambar pertama menunjukkan tulisan ‘AX’ yang merupakan serpihan nombor pendaftaran pesawat PK-AXC.

Gambar kedua bertulis ‘Air’ pula, jelas sepadan dengan perkataan AirAsia di bahagian ekor pesawat dan gambar ketiga memperlihatkan bahagian dalam ekor pesawat tersebut.

Ketua Basarnas Bambang Soelistyo memberitahu, objek itu dikesan pukul 10.30 pagi tadi.

Sejajar perkembangan terbaharu ini, pasukan SAR yakin operasi mencari mayat dan serpihan pesawat lain akan berjalan lancar. Keadaan cuaca juga dilaporkan sangat baik di kawasan operasi yang terletak di perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Salah seorang penyelam yang menjumpai ekor tersebut, Mayor Sersan Dovlen berkongsi cerita mengenai kondisi pesawat QZ8501 yang ditemui sudah hancur.

“Saat ditemukan, sebahagian objek dalam keadaan hancur dan ekor sudah terbahagi dua,” ujarnya.

Semoga penemuan ini memberi harapan cerah agar kesemua mayat mangsa, badan pesawat dan kotak hitam berjaya ditemui dengan segera.

Gambar dibawah ini menunjukkan beberapa serpihan pesawat yang ditemui oleh  Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).