Friday, January 9, 2015

Mayat Nahas QZ8501 Diselimuti Bakteria Berbahaya

Usaha membawa keluar baki puluhan mayat dari bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah bukan sahaja berdepan dengan kesukaran bentuk geografi dan cuaca buruk.


Mayat Nahas QZ8501 Diselimuti Bakteria Berbahaya, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, mangsa nahas airasia

Malah lebih ditakuti petugas penyelamat dan pasukan forensik pelbagai negara ialah isu kesihatan diri sendiri selepas mereka mendapati mayat-mayat yang baharu ditemui turut membawa bersama-sama banyak bakteria berbahaya kepada tubuh manusia.

Perkara itu disahkan Pengarah Hospital Daerah Sultan Imanuddin di sini, Suyuti Syamsul ketika ditemui pemberita yang mengakui faktor masa akibat lambat ditemui mungkin menjadi punca kenapa mayat terbabit diselimuti dengan pelbagai bakteria maut.

“Jika manusia terkena bakteria tersebut, dia pasti akan mati kerana ia amat bahaya setelah dijangkiti, perlahan-lahan bakteria itu akan ‘makan’ daging tubuh manusia,” katanya merujuk secara umum sebagai nama saintifik Necrotizing fasciitis.

Suyuti menjelaskan, bakteria itu mampu berpindah kepada perumah baharu menerusi cairan dari mayat dan sebagai langkah berwaspada, semua laluan koridor hospital yang akan dilalui troli pengusung mayat tersebut akan ditutup kepada orang ramai.


Mayat Nahas QZ8501 Diselimuti Bakteria Berbahaya, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, mangsa nahas airasia

Petugas perubatan yang mengusung mayat selain pasukan forensik untuk melakukan kerja-kerja pengecaman identiti mangsa juga wajib memakai pelindung tubuh lengkap dengan jaket, seluar, cermin mata, sarung tangan dan kasut khas kalis cecair.

Selain bakteria maut itu, ada lagi sejenis bakteria lain yang pasti menempel pada mayat iaitu Escherichia coli atau E. coli dan ia memang sudah berada dalam tubuh manusia namun jumlahnya akan naik berjuta-juta sebaik tubuh langsung tidak berfungsi.

E-coli menurut Suyuti, berfungsi membantu tubuh dalam pencernaan di saluran usus kerana jika ia tiada, makanan akan mengambil masa amat lama untuk dihancurkan, manakala tugas lainnya ialah melawan bakteria ‘jahat’ lain yang bersifat parasit.

“Tukang cuci hospital kena siap siaga setiap kali mayat tiba kerana mereka perlu segera cuci cairan kuning pekat yang mengalir ke lantai dari tubuh jenazah, kami bukan hanya risau E. coli biasa, tetapi bakteria lain yang tidak kami tahu,” kata Suyuti. – Agensi


Slot Khas Di Web TV Perkenal Pendidikan Seks Pertama Malaysia

Setelah sekian lama dilihat sebagai tabu untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat secara terbuka, satu slot khas di web tv iaitu Pop Tee Vee, memperkenalkan pendidikan seks pertama di Malaysia.

Slot Khas Di Web TV Perkenal Pendidikan Seks Pertama Malaysia, info, terkini, berita, program popek popek

Dinamakan Popek Popek, slot tersebut yang dikendalikan oleh pendidik kesihatan seksual, June Low akan menjawab setiap pertanyaan berkaitan isu ‘peribadi’ dalam suasana humor.

Melalui episod pertamanya yang berdurasi 3:21 minit, pengacara tersebut membincangkan topik ‘Apa itu dara?’ setelah soalan itu diajukan oleh individu melalui panggilan telefon.

Selain penerangan secara teori, ia juga memuatkan sesi demonstrasi oleh jemputan bagi memberi penerangan lebih terperinci.


Slot Khas Di Web TV Perkenal Pendidikan Seks Pertama Malaysia, info, terkini, berita, program popek popek

Menurut Low, slot tersebut diwujudkan atas inisiatif bagi meningkatkan lagi kesedaran pendidikan seks kerana negara kekurangan kualiti pendidikan seks ketika ini.

Slot Popek Popek akan dimuat naik di laman tersebut juga di Youtube pada jam 11 pagi setiap dua minggu sekali selama 12 minggu.



Sumber : mynewshub.cc

Pegawai Di India Dipecat Setelah Bercuti Selama 24 Tahun

Seorang pegawai di India akhirnya dipecat setelah mengambil cuti selama 24 tahun dan tidak pernah kembali ke pejabatnya selepas itu, lapor sebuah portal berita antrabangsa, The Guardian.


Pegawai Di India Dipecat Setelah Bercuti Selama 24 Tahun, info, terkini, berita luar, india

Pembantu jurutera, A.K.Verma mula bercuti pada tahun 1990 setelah menyertai Jabatan Kerja Raya pusat India (CPWD) sepuluh tahun sebelum itu.

Verma kemudiannya menolak arahan pegawai atasannya untuk kembali memulakan tugasnya setelah permohonan untuk menambah cuti ditolak.

“Dia datang untuk memohon penambahan cuti, namun tidak dibenarkan, menyebabkannya memutuskan untuk tidak kembali ke tempat kerja,” ujar wakil kerajaan pada Khamis lalu.

Walaupun siasatan yang dijalankan pada 1992 mendapati Verma bersalah,namun pihak kerajaan mengambil masa selama 22 tahun untuk memecat Verma dari jawatannya setelah seorang menteri kabinet campur tangan dalam isu itu.

Menteri Pembangunan Bandar, M. Venkaiah Naidu mengarahkan pemecatan lelaki tersebut bagi memastikan jabatan tersebut berfungsi dengan baik.

Di India, penjawat awam memang dikenali dengan rekod kehadiran lewat, mengambil masa yang lama ketika makan tengah hari dan menghabiskan banyak masa pada kursus permainan golf.

Pada tahun 2012, satu kajian dari konsultan risiko politik dan ekonomi yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan India di ranking terbawah tahap birokrasi berbanding semua negara Asia.

Sumber : mynewshub.cc

Gadis Minah Saleh Cantik bertudung Bekerja Di Kedai Roti Canai

Pelaris besar nampaknya sebuah Gerai Din Roti Canai, Jalan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar ini apabila pekerjanya di warung itu bukan sembarangan kerana pekerjanya adalah seorang gadis dari Rome, Itali bekerja di situ.

info, terkin, berita, sensasi, minah saleh

Gadis tersebut, Chantal Viola, kelihatan sungguh manis bertudung sambil membuat kerja-kerja dikedai tersebut dengan tekun sekali.
info, terkin, berita, sensasi, minah saleh

Beliau yang merupakan pelajar pertukaran dari sebuah Universiti di Itali yang mengikuti program tersebut ke Kedah.
info, terkin, berita, sensasi, minah saleh

Menurut Chantal Viola, "Ketika bekerja di gerai roti canai, ianya merupakan cara terbaik untuk saya belajar Bahasa Melayu dan membiasakan diri dengan masyarakat setempat. Saya juga memakai hijab atas sebab yang sama." katanya.
info, terkin, berita, sensasi, minah saleh

Sumber : Siakapkeli.com.my

QZ8501: Kedudukan Kotak Hitam Dikesan

Sistem sonar pada kapal Jadayat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kedudukan kotak hitam milik pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata di Laut Jawa dekat sini.

QZ8501: Kedudukan Kotak Hitam Dikesan, info, terkini, berita nahas pesawat airasia,

"Kita boleh beri jaminan kepada anda bahawa ia merupakan kotak hitam daripada pesawat itu kerana sistem sonar telah mengeluarkan bunyi isyarat 'ping'," kata Komander Tentera Indonesia, Jeneral Moeldoko ketika menaiki kapal tentera laut KRI Banda Aceh pada Jumaat, seperti dipetik oleh portal kontan.co.id.

Beliau berkata, kotak hitam itu dikesan pada kedudukan kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi ekor pesawat dijumpai.

"Kita telah menghantar enam penyelam tentera untuk mencarinya (kotak hitam)," katanya.

Kotak hitam merupakan bahagian penting dalam setiap penyiasatan nahas dan insiden pesawat kerana mengandungi Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR). – The Jakarta Post/ANN

Indonesia Letupkan Kapal nelayan Malaysia

Nampaknya kenyataan Jokowi pada 21 November lalu untuk mengaramkan kapal nelayan asing yang mencerobohi perairan Indonesia untuk mencuri ikan akhirnya ditunaikan.

Pihak polis Sumatera Utara telah menenggelamkan sebuah kapal nelayan Malaysia yang ditangkap di Kepulauan Pandan hari Khamis kerana mencerobohi perairan Indonesia untuk melakukan kegiatan menangkap ikan secara haram.


Indonesia Letupkan Kapal nelayan Malaysia, info, terkini, berita, sensasi, Indonesia, Nelayan Malaysia

Kapal yang menggunakan nombor pendaftaran PKFA 7738 diletupkan dengan menggunakan dinamit di perairan Belawan, lapor Jakarta Post.

Ketua Polis Sumatera Utara, Chief Inspektor Jenderal Eko Hadi yang turut menyaksikan pengeboman itu berkata bahawa telah mendapat kebenaran dari mahkamah untuk mengaramkan kapal berkenaan.

Menurut beliau, ini adalah kali pertama polis negeri bertindak mengaramkan kapal nelayan asing yang mencerobohi perairan Indonesia untuk melakukan penangkapan ikan secara haram.

Sebelum ini, pihak berkuasa di Kepulauan Riau telah bertindak membakar beberapa kapal nelayan asing yang mencerobohi perairannya untuk mencuri ikan. Tindakan ini diharap dapat memulihkan dan memajukan industri perikanan di Indonesia.

Berita sebelum ini : Jokowi : “Karamkan bot mereka

Sumber : freemalaysiatoday.com