Monday, December 29, 2014

Saham AirAsia Jatuh Hampir 8 Peratus

Saham syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau ini, AirAsia, jatuh hampir lapan peratus pagi ini selepas sebuah pesawat AirAsia Indonesia dengan 162 penumpang dan anak kapal hilang semalam.


Saham AirAsia Jatuh Hampir 8 Peratus, ekonomi, info, berita, Air Asia, Pesawat Air Asia QZ8501,

Saham AirAsia jatuh 12 peratus kepada RM2.60 pada pembukaan sebelum naik sedikit pada RM2.71, masih jatuh 7.82 peratus pada 11.15 pagi.

Pesawat Airbus A320 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.


Sumber : mynewshub.cc

Berita Palsu Sabah Dilanda Tsunami Dalam Masa 36 Jam

Menerusi laman sosial pada 27 Disember 2014, kecoh mengenai penyebaran khabar angin kononnya akan berlaku Tsunami dan ribut di Pantai Timur Sabah dalam masa 36 jam. Namun, Pihak Jabatan Metereologi Malaysia menerusi kenyataan rasmi menafikan dakwaan tersebut dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyebar berita palsu berkenaan.
Berita Palsu, Sabah Dilanda Tsunami Dalam Masa 36 Jam, info, terkini, berita, sabah

Sumber : melvister.com

Mourinho Mengamuk, Dakwa Chelsea Dihukum Pengadil

Jose Mourinho menyelar pengadil, Anthony Taylor kerana melayangkan kad kuning kepada Cesc Fabregas yang didakwa sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti.


Mourinho Mengamuk, Dakwa Chelsea Dihukum Pengadil, sukan bola sepak, chelsea, EPL,

Tidak cukup dengan itu, Mourinho turut mendakwa tindakan melayangkan kad kuning tersebut merupakan satu skandal atau kempen untuk memerangi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea.

Fabregas merupakan pemain Chelsea ketiga dilayangkan kad kuning kerana sengaja menjatuhkan diri di dalam kawasan penalti pasukan lawan selepas Diego Costa dan Willian pada bulan ini.

Selain Febregas, Gary Cahill dan Branislav Ivanovic turut dituduh melakukan lakonan sama dalam perlawanan melibatkan Chelsea menentang Southampton pada Ahad yang berkesudahan seri 1-1.

Berikutan itu, Mourinho mendakwa The Blues kini sedang dihukum oleh pengadil.

Dalam aksi itu Fabregas didakwa sengaja menyentuh kakinya dengan kaki pertahanan lawan, Matt Tergett sebelum menjatuhkan diri.


Sumber : mstar.com.my

Juruterbang Pesawat QZ8501 Terbang Terlalu Perlahan? – Pakar

Pakar penerbangan melihat pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia yang kini hilang itu terbang terlalu perlahan kira-kira 160 kilometer (km) sejam lebih perlahan daripada kelajuan biasa ketika menghadapi cuaca buruk.


Juruterbang Pesawat QZ8501 Terbang Terlalu Perlahan, info, terkini, berita, sensasi, Pesawat QZ8501
Sebuah helikopter Tentera Laut Republik Indonesia yang terlibat dalam operasi SAR mencari pesawat AirAsia QZ8501. 


Ketika ini pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan berkenaan punca yang menyebabkan pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara Indonesia pada pukul 7.24 pagi semalam.

Seorang pakar penerbangan Geoffrey Thomas yang dipetik web Daily Mail UK berkata, beliau telah mendapatkan pandangan juruterbang lain dan mereka turut sependapat kerana kelajuan pesawat malang itu terlalu perlahan.

“Pesawat QZ8501 terbang terlalu perlahan, kira-kira 100 knot iaitu 160 km sejam lebih perlahan, pada ketinggian itu, ia amat berbahaya.

“Para juruterbang lain, percaya kru pesawat itu cuba mengelak cuaca buruk berkenaan dengan terbang menaik tetapi kemudian menyedari bahawa mereka terbang terlalu perlahan menyebabkan pesawat menjadi pegun.

“Ia mirip dengan apa yang terjadi kepada pesawat Air France AF447 yang terhempas pada 2009,” katanya dipetik laman itu.

Pesawat malang milik Perancis itu terhempas di Lautan Atlantik ketika dalam penerbangan dari Rio De Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis.

Menurut Thomas perkara itu juga boleh terjadi pada sebuah pesawat A320 yang canggih dan moden kerana hanya cuaca yang amat buruk boleh menyebabkan perkara ini.

“Juruterbang ini telah terperangkap dalam satu cuaca yang begitu buruk, pasti ada sesuatu yang telah berlaku,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pesawat A320 juga tidak dilengkapi dengan sistem radar terkini

Radar yang digunakan pesawat jenis itu sesekali akan menghadapi masalah dalam cuaca ribut petir dan adakalanya ia memberikan data yang salah kepada juruterbang.

Teknologi radar yang terkini, yang mula digunakan oleh syarikat penerbangan Qantas pada 2002, memberikan data yang lebih jelas dan tepat berkenaan ribut petir tetapi ia hanya akan digunakan oleh pesawat A320 pada tahun depan.

“Jika anda tidak memiliki sistem rada yang mempunyai pelbagai fungsi, anda terpaksa mengemudi radar berkenaan secara manual dan kemudian mengkaji data secara sendiri tentang kelembapan awan sebelum membuat keputusan.

“Anda boleh tersilap, ia boleh terjadi,” kata Thomas.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam sidang medianya di Surabaya, Indonesia menyifatkan kehilangan sebuah pesawat merupakan satu mimpi ngeri dalam hidupnya.

Pesawat QZ8501 membawa 162 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal dikemudi oleh Kapten Iriyanto dengan dibantu pembantu juruterbangnya warganegara Perancis.

Juruterbang Pesawat QZ8501 Terbang Terlalu Perlahan, info, terkini, berita, sensasi, Pesawat QZ8501

Dua anggota Taktikal Tentera Laut Republik Indonesia meneliti peta ketika operasi SAR mengesan pesawat AirAsia yang hilang.

Ia sedang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura yang penerbangan biasa hanya akan mengambil masa kira-kira dua jam sahaja.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) udara yang digerakkan semalam disambung lagi hari ini selepas ditangguhkan ekoran cuaca gelap apabila malam melibatkan tiga buah negara diketuai Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Sumber : mynewshub.cc

ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501 – Pakar

Emergency Locator Transmitter (ELT) dalam pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 boleh memberi petunjuk lokasi dan keadaan pesawat yang hilang, kata seorang pakar penerbangan.


ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501, info, terkini, berita, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, sensasi

Bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata ELT boleh memberi petunjuk lokasi pesawat walaupun ia mengalami kemalangan.
ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501, info, terkini, berita, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, sensasi


“ELT akan mengeluarkan isyarat jika berlakunya hentakan atau impak kemalangan terhadap pesawat, tetapi jika pesawat tersebut meletup dan berkecai, isyarat mungkin tidak akan berfungsi,” katanya kepada Bernama.

Nik Ahmad Huzlan berkata mengikut kondisi bateri, ELT mampu bertahan sehingga 48 jam dan selama tempoh itu pesawat yang hilang sepatutnya masih boleh dikesan melalui isyarat yang diberi oleh ELT.

“Sekiranya pesawat terhempas, ELT masih boleh berfungsi, namun bergantung kepada cara ia terhempas, memandangkan ELT selalunya diletakkan di bahagian kokpit, pintu dan ekor pesawat,” katanya.

Nik Ahmad Huzlan berkata pesawat itu berkemungkinan mengalami kerosakan transponder, iaitu radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di pusat kawalan trafik udara.

“Sekarang ini, pesawat itu hilang tanpa memberi sebarang isyarat sama ada daripada transponder mahupun ELT, jadi kita tidak pasti ia terhempas atau sebaliknya,” katanya.

Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501, dari Surabaya ke Singapura, hilang hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini. Pesawat itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi (waktu Surabaya) dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi.

Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 penumpang dan anak kapal.– BERNAMA

Pesawat QZ8501 Mungkin Berada Di Dasar Lautan – Indonesia

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia Bambang Soelistyo percaya pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang berkemungkinan besar kini berada di dasar lautan.


pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, info, terkini, berita, spekulasi QZ8501

“Berdasarkan koordinat yang diberikan kepada kami dan hasil daripada penelitian tentang lokasi berkemungkinan menjadi tempat terhempas pesawat itu, hipotesisnya kini pesawat itu berada di dasar lautan.

“Itu adalah jangkaan kini, dan ia mungkin berubah berdasarkan keputusan operasi pencarian kami,” katanya dalam satu sidang media pagi ini.Laluan pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura.

Semalam, pesawat QZ8501 jenis Airbus A320-200 hilang dari radar dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Hubungan terputus sejurus selepas juruterbang Kapten Iriyanto meminta untuk terbang lebih tinggi bagi mengelak cuaca buruk.

Kini, difahamkan Singapura, Malaysia dan Australia sudah pun mengerahkan aset mereka berupa kapal dan pesawat untuk membantu Indonesia mencari pesawat berkenaan yang hilang masuk hari kedua.

pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, info, terkini, berita, spekulasi QZ8501

Soelistyo berkata, Indonesia tidak memiliki peralatan seperti kapal selam yang berkemampuan membawa keluar bangkai pesawat daripada dasar lautan, tetapi kami sedang melihat jika ada negara lain yang boleh membantu.

“Ekoran kekurangan teknologi yang kita ada, saya telah mengaturkan dengan Menteri Luar untuk meminjam daripada negara lain peralatan yang diperlukan, negara itu ialah United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat,” katanya.

Sumber : mynewshub.cc