Penyandang juara, Manchester City kembali menemui rentak kemenangan selepas membenam Sunderland di laman sendiri, Etihad ketika Arsenal mempamerklan aksi longlai di St Marys, selepas tumbang 0-2 kepada Southampton.
Penjaga gol pasukan Southampton, Fraser Forster (ttengah) cuba
menyelamatkan cubaan pemain Arsenal, Alexis Sanchez (kiri) ketika
perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Southampton menentang Arsenal di
Southampton pada Khamis. Southamton menang 2 - 0 ke atas Arsenal. -
Foto EPA.
Pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Khamis , Man City yang selesa mendahului 2-0 hasil jaringan Yaya Toure (m57) Stevan Jovetic (m66) dikejutkan dengan kebangkitan Sunderland.
Dua minit selepas jaringan Jovetic, pasukan pelawat meledak gol pertama menerusi Jack Rodwell sebelum mereka menyamakan kedudukan menerusi Adam Johnson pada minit ke-71 menerusi sepakan penalti.
Namun, Frank Lampard muncul penyelamat City dengan meledak jaringan kemenangan pada minit ke-73.
Di St Marys, Arsenal yang masih segar dengan kemenangan ke atas West Ham, minggu lepas seakan tidak bermaya menentang Southampton dan ia dihukum menerusi jaringan pembukaan tuan rumah menerusi Sadio Mane pada minit ke34.
Ketinggalan 1-0 berakhir babak pertama, Arsenal terus gagal memburu jaringan dan dibolosi buat kali kedua menerusi jaringan Dusan Tadic pada minit ke-56.
Dalam pada itu, hasrat Liverpool untuk terus mencatat kemenangan tidak kesampaian apabila diikat kelab tercorot liga, Leicester City 2-2.
Dalam pertemuan di laman sendiri, Anfield, Liverpool seakan tidak bermasalah untuk mencatat kemenangan apabila selesa mendahului 2-0 berakhir babak pertama menerusi gol penalti kapten, Steven Gerrard pada minit ke-17 dan 40.
Begitupun, kemenangan yang diharapkan gagal dijelmakan apabila David Nugent meledak gol pertama Leicester pada minit ke-58 sebelum jaringan Jefferey Schlupp, dua minit kemudian memusnahkan harapan The Reds untuk mengutip tiga mata penuh.
Di Villa Park, Aston Villa terpaksa berpuas hati selepas diikat Crystal Palace tanpa jaringan.
Dalam pada itu, Everton mencatat kekalahan ketiga berturut-turut apabila tumbang 0-2 kepada Hull City yang menyumbat gol menerusi Ahmed Elmohamady pada minit ke-33 dan Nikica Jelavic (m43).
Di St James Park, Newcastle juga gagal memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri apabila diikat Burnley, 3-3.
Queens Park Rangers dalam pada itu mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri apabila diikat Swansea City 1-1 di Loftus Road.
Di depan menerusi jaringan Leroy Fer pada minit ke-20), jaringan penyamaan Wilfried Bony pada masa kecederaan babak kedua menafikan QPR meraih tiga mata penuh.
Sumber : mstar.com.my