Tuesday, January 6, 2015

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai 2015

Syarat baru kemasukan aliran sains Tingkatan 4 mulai tahun 2015 di Peringkat Sekolah Menengah Rendah. Menerusi pekeliling rasmi yang telah diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, penetapan syarat baru kemasukan aliran sains Tingkatan 4 mulai 2015 adalah berdasarkan keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai 2015, PT3, Pendidikan, berita, info, terkini

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai 2015

  1. Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dalam keputusan PT3
  2. Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik
  3. Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.
  4. Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk aliran Sains.
Sumber : melvister.com

Punca Mamat Exist Gegar Vaganza Trending Dilaman Sosial

Selain daripada isu Hanis Zalikha telah dilamar oleh Hairul Azreen, turut trending pada ketika ini adalah nama penyanyi Mamat Exist. Punca nama Mamat Exist trending susulan persembahan vokal yang mantap pada konsert akhir Gegar Vaganza yang telah berlangsung pada malam ahad 4 Januari 2015. 

Punca Mamat Exist Gegar Vaganza Trending Dilaman Sosial, info, terkini, hiburan, sensasi, Mamat Exist, Gegar Vaganza

Selain itu, peminat ramai turut mempertikaikan keputusan juri kerana menobatkan Mamat Exist menduduki tempat ketiga Konsert Gegar Vaganza 2014. Rata-rata peminat mahukan Mamat Exist menjadi juara program realiti nyanyian tersebut. 

Apapun, peminat tetap akur kerana keputusan undian adalah berdasarkan juri profesional dan bukannya undian SMS. Untuk info, Mamat Exist pernah popular pada era 90-an dengan lagu berjudul Untukmu Ibu dan Rahsia Pohon Cemara.

Punca Mamat Exist Gegar Vaganza Trending Dilaman Sosial

Punca Mamat Exist Gegar Vaganza Trending Dilaman Sosial, info, terkini, hiburan, sensasi, Mamat Exist, Gegar Vaganza

Sumber : melvister.com

Lokasi Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Sudah Berjaya Dikenalpasti

Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia hari ini dilaporkan telah berjaya menemui lokasi pesawat AirAsia QZ850 terhempas.

Lokasi Pesawat AirAsia QZ8501 dikenlpasti, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, QZ8501

Sehubungan itu, menurut Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Leftenan Kolonel Penerbangan, Johnson Simatupang, semua pesawat yang melakukan operasi udara dalam misi pencarian tersebut akan terbang di bawah 5,000 kaki.

"Kita sudah dapatkan perintah operasi dari Basarnas. Semua penerbangan akan berada di bawah 5,000 kaki," katanya.
Lokasi Pesawat AirAsia QZ8501 dikenlpasti, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, QZ8501

Jelasnya, lokasi pencarian akan dibahagi kepada empat sektor melibatkan pesawat Tentera Angkatan Udara Nasional Indonesia (TNI AU), Korea Selatan, RUsia dan Amerik Syarikat.

Sebelum ini, Basarnas memastikan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh di lokasi terakhir berhubung dengan Unit Kawalan Trafik Udara (ATC) dan pasukan SAR memfokuskan pencarian di titik koordinat tersebut.

"... meyakinkan bahawa AirAsia jatuh di lokasi perhubungan terakhir" kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi, semalam.

Berdasarkan maklumat, perhubungan terakhir AirAsia QZ8501 di titik koordinat yang berada di sebelah utara Laut Jawa dekat dengan Selat Karimata.

Katanya, lokasi pencarian akan dilakukan sejauh 60 nautical mile dari titik terakhir itu.

Sumber : Siakapkeli.com.my

Potong Gaji Menteri Dulu Sebelum Gaji Penjawat Awam

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Anuar Tahir hari ini menempelak tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mencadangkan agar setiap penjawat awam memotong gaji membantu mangsa banjir.

Potong Gaji Menteri Dulu Sebelum Gaji Penjawat Awam, info, terkini, berita, gaji penjawat awam

Beliau menyifatkan perkara itu adalah tidak munasabah kerana dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang semakin mahal lebih baik gaji Perdana Menteri dan menteri kabinet yang dipotong dahulu sebelum penjawat lain berbuat demikian.

"Pemotongan gaji pada kadar yang munasabah di kalangan mereka bergaji besar dialu-alukan sebagai menyatakan solidariti kepada mangsa banjir."

"Bagi cadangan dulu agar Perdana Menteri, Timbalan, dan menteri kabinet dipotong gaji mereka barulah Cuepacs bincang dengan ahli mereka untuk mendapat persetujuan.

"Hendak potong senang-senang tidak semua bergaji besar tetapi pemimpin negara, kenalah," katanya yang dipetik dari Harakahdaily.
 Anuar Tahir

Potong Gaji Menteri Dulu Sebelum Gaji Penjawat Awam, info, terkini, berita, gaji penjawat awam

Menurut beliau, Cuepacs boleh mensasarkan kepada penjawat awam di peringkat Jusa ataupun di kalangan Exco kerajaan dan Senator terlebih dahulu.

"Menjadi seorang pemimpin perlu menanggung penderitaan, dahulukan orang bawah. Penjawat awam di peringkat bawahan tidak usahlah bebankan mereka melainkan mereka dengan rela hati untuk membantu," katanya.

Beliau bekata demikian bagi memberi respons kepada kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda yang mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.

Cadangan Presiden Cuepacs dilaporkan akan dikemukan kepada  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir.


Sumber : Siakapkeli.com.my

13 Bas Kilang Dibakar Dipercayai Perbuatan Khianat

Kota Tinggi : Kebakaran 13 bas kilang yang dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat di sebuah bengkel kenderaan, di sini, semalam menyebabkan pemiliknya kerugian kira-kira RM600,000.

13 Bas Kilang Dibakar Dipercayai Perbuatan Khianat, info, terkini, berita, johor

Bagaimanapun, pemiliknya bernasib baik apabila 30 lagi bas yang diparkir di kawasan sama bernilai RM4 juta terselamat dalam kejadian di bengkel berpagar seluas 0.6 hektar di Jalan Kota Kecil, di sini.

Kejadian jam 4.26 pagi itu menyebabkan 13 bas kilang yang diparkir rapat rosak termasuk tujuh daripadanya hangus, manakala selebihnya mengalami kerosakan di bahagian cermin depan.

Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba tidak sampai lima minit ke lokasi kejadian berjaya mengawal api daripada merebak.

Pengusaha bas terbabit, S Ramakrisnan, 62, berkata, kejadian itu menyebabkannya kerugian besar.

“Nasib baik 30 kenderaan lain termasuklah 23 bas kilang, tiga bas persiaran serta empat lori membabitkan nilai RM4 juta diparkir di bengkel berkenaan dapat diselamatkan.

“Jika tidak, tentu saya akan kerugian lebih besar,” katanya ketika ditemui, semalam. - Harian Metro

QZ8501 : Pesawat Russia Temui Objek Besar

Pesawat milik Russia, Beriev BE-200 menemui satu objek besar berwarna merah dan oren di lokasi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sektor I, di Laut Jawa, malam tadi.
 

QZ8501 : Pesawat Russia Temui Objek Besar , info, terkini, berita nahas pesawat airasia, QZ8501,

Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Jhonson Simatupang berkata, objek yang diyakini mungkin sebahagian bangkai pesawat itu ditemui di bahagian dasar laut.

"Semalam, maklumatnya sudah lewat malam diterima selepas mereka pulang dari misi pencarian. Mereka melaporkan temui (objek) yang mencurigai.

"Ciri-ciri warnanya merah besar, oren, ada kelihatan warna hitam seperti kotak, warna putih dengan dimensi-dimensi," katanya.

Penemuan itu kata Jhonson diperoleh ketika pesawat yang berkeupayaan mendarat di permukaan air itu terbang pada ketinggian 1,000 kaki.

Susulan penemuan itu, pasukan evakuasi sudah memastikan titik koordinat lokasi penemuan objek itu, bagi membolehkan helikopter Super Puma milik Indonesia digerakkan ke sana hari ini.

Beliau menjelaskan, sebenarnya lokasi pencarian Beriev BE-200 adalah di sektor III, namun mereka meminta izin untuk terbang ke sektor I, malam tadi.

"Siang (semalam), krunya minta apa boleh ke sektor I, (Jhonson jawab) boleh saja," katanya.

Pasukan mencari Russia, kata Jhonson, melihat objek itu menerusi teropong yang mampu menembus air dari atas pesawat. - Metronews.com