Tuesday, January 6, 2015

Pengarah Bola Sepak Barcelona Dipecat, Puyol Letak Jawatan

Andoni Zubizarreta telah dipecat sebagai pengarah bola sepak Barcelona dan pembantunya Carles Puyol telah meletak jawatan.

Zubizarreta, yang merupakan bekas penjaga gol antara 1986 dan 1994, kembali ke kelab itu pada Julai 2010 untuk mengambil peranan sebagai pengarah sebelum dipecat.

Pengarah Bola Sepak Barcelona Dipecat, Puyol Letak Jawatan, info, terkini, berita sukan, bola sepak, la liga, puyol barcelona, Andoni Zubizarreta

Kenyataan kelab berbunyi: " Presiden FC Barcelona Josep Maria Bartomeu telah memutuskan untuk menamatkan kontrak pengarah kelab bola sepak, Andoni Zubizarreta berkuatkuasa hari ini.

"Presiden, atas nama kelab, berterima kasih Andoni Zubizarreta atas sumbangannya, dedikasi dan profesionalisme dalam tempoh empat tahun lepas dalam peranannya sebagai pengarah bola sepak kelab."

Dalam masa beberapa jam, Puyol, yang telah membantu Zubizarreta sejak bersara sebagai pemain pada tahun lepas mengumumkan di Facebook bahawa dia telah meletakkan jawatan.

Kenyataannya berbunyi: "Saya ingin mengumumkan bahawa saya telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan saya dengan Kelab Bola Sepak Barcelona. Tempoh tiga bulan setengah telah memberikan saya peluang untuk melihat kelab ini dari sisi lain. Banyak yang saya belajar,.. saya amat bersyukur dan kini saya ingin mendapatkan pengalaman daripada perkara-perkara lain, dari perspektif dan tempat berbeza.

"Saya ingin mengembangkan peribadi dan profesional saya supaya pada masa akan datang, mudah-mudahan suatu hari nanti saya boleh kembali dan memberikan kembali sesuatu yang telah diberikan kepada saya sepanjang tahun-tahun yang tidak dapat dilupakan ini. Saya sangat berterima kasih kepada pekerja, pengarah, presiden dan pasukan sukan yang memberi kepercayaan dan membantu saya dalam peralihan ini, ia bukan sesuatu yang mudah terutama kepada peminat.

"Sebagai pemain saya selalu merasakan hubungan yang erat tetapi sekarang, selepas persaraan saya, saya berasa ia lebih erat. Saya mahu mengucapkan selamat tinggal dengan jiwa terhadap bola sepak masih ada, tetapi hidup tidak selalunya akan menjadi seperti yang kita mahu. Saya telah, dan masih lagi berasa sangat bertuah kerana masih lagi disayangi jadi saya hanya boleh mengatakan terima kasih dan mahu anda tahu anda sentiasa berada dalam hati saya. Hidup Barca ".

Akhbar harian Sepanyol Marca tiga hari lalu melaporkan bahawa Zubizarreta sedang melalui hari-hari terakhirnya di Camp Nou selepas Presiden Bartomeu hilang kepercayaan dalam kebolehannya dan mula mencari pengganti.

Sumber : mstar.com.my

Monday, January 5, 2015

Najib kena jangkitan E.Coli semasa lawat kawasan banjir

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terkena penyakit bawaan air, E.Coli semasa melawat mangsa banjir baru-baru ini.
Sehubungan itu, doktor mengarahkan beliau agar berehat sehingga keadaan kesihatannya kembali pulih.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan melalui Twitter memaklumkan, Najib akan kembali bertugas secepat mungkin sebaik sahaja kesihatannya bertambah baik

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, Berita, info, terkini, Jangkitan E.Coli, gosip,

Sumber : aans1.blogspot.com

Pertandingan Ratu Cantik Dalam Penjara

Negara Amerika Latin terkenal dengan obsesi mereka terhadap pertandingan ratu cantik.
Setiap tahun apabila pertandingan ratu cantik disiarkan di kaca TV, jumlah penonton paling tinggi boleh di lihat di negara-negara seperti Brazil, Vanezuela dan Colombia.

Pertandingan Ratu Cantik Dalam Penjara, info, terkini, berita, sensasi, luar negara, Negara Amerika Latin

Obsesi terhadap pertandingan ratu cantik nampaknya tidak terhad kepada wanita. Seperti yang pernah kami paparkan dulu di Nicaragua terdapat pertandingan ratu cantik trangender turut diadakan.

Di Columbia kami tak pasti sama ada ratu trangender wujud. Apa yang kami tahu wujud ialah ratu penjara Colombia.

Pertandingan ratu penjara ini diadakan di Penjara El Buen Pastor yang terletak di Bogota. Ianya dianjurkan sempena hari Virgin of Mercedes, santo pembela (patron saint) untuk penjara.

Sebanyak sembilan orang banduan menyertai pertandingan ratu cantik tahun ini.

Mereka terdiri dari wanita yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menjadi keldai dadah, pencuri dan pembunuh.

Tahun ini pertandingan dimenangi oleh Emma Urdinola. Kami tak tahu apakah yang dimenangi oleh beliau
Pertandingan Ratu Cantik Dalam Penjara, info, terkini, berita, sensasi, luar negara, Negara Amerika Latin

Pertandingan Ratu Cantik Dalam Penjara, info, terkini, berita, sensasi, luar negara, Negara Amerika Latin

Pertandingan Ratu Cantik Dalam Penjara, info, terkini, berita, sensasi, luar negara, Negara Amerika Latin

Sumber : kamithemedia.blogspot.com

Media Dilarang Buat Liputan Penyerahan Mayat Di Surabaya

Polis telah mengenakan larangan terhadap wartawan yang ingin membuat liputan proses penyerahan mayat mangsa pesawat AirAsia QZ8501 di Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) di Polda Jawa Timur, Surabaya.


Media Dilarang Buat Liputan Penyerahan Mayat Di Surabaya, info, terkini, berita, mangsa nahas pesawat QZ8501

Menurut Kompas.com, tindakan ini berikutan bantahan dari keluarga mangsa yang menginginkan proses itu dijalankan tanpa sebarang liputan oleh pihak media.

Jurucakap polis Jawa Timur, Komisioner Kanan Awi Setiyono berkata, beliau telah dimaklumkan perkara itu oleh keluarga mangsa sejak semalam (Jumaat).

"Oleh itu, mulai hari ini kami melarang pihak media untuk membuat liputan proses penyerahan mayat-mayat tersebut," katanya.

Sebelum ini proses itu dibuka kepada media untuk liputan, di mana ianya dilakukan setelah pihak DVI mendedahkan identiti mayat-mayat tersebut.

Sehingga hari ini, daripada 18 mayat yang telah tiba di pusat DVI Hospital Polis Bhayangkara, hanya empat telah dikenal pasti.
Mereka adalah Hayati Lutfiah Hamid, Grayson Herbert Linaksita, Kevin Alexander Soetjipto dan pramugara AirAsia Khairunnisa Haidar Fauzi.

Mayat Khairunnisa Haidar Fauzi selamat dikebumikan pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan melawat rumah Khairunnisa untuk menyerahkan sendiri jenazahnya kepada keluarganya.

Mayat beliau merupakan antara 10 dari kumpulan pertama yang ditemui di Laut Jawa dan merupakan antara 162 penumpang dan anak kapal penerbangan AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada Ahad.

Pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Surabaya pada 5.20 pagi dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan menara kawalan trafik udara Jakarta pada 6.12 pagi waktu Indonesia.

Dari jumlah penumpang, 149 adalah dari Indonesia, tiga dari Korea Selatan, satu dari Singapura, Malaysia dan Britain. Dari jumlah anak kapal, enam dari Indonesia dan satu warga Perancis.

Sumber : kamithemedia.blogspot.com

Lahir Bersama, Kahwin Pun Bersama

Impian pasangan kembar seiras Arfa Atirah Arshad dan Arfa Afiqah, 27, sejak kecil berkahwin pada hari sama menjadi kenyataan apabila mereka selamat diijab kabul di Taman Dagang, di sini, semalam.

Lahir Bersama, Kahwin Pun Bersama, info, terkini, berita, sensasi, pasanagan kembar kahwin serentak

Lebih menarik, apabila pasangan kembar berkenaan bertemu jodoh masing-masing pada masa sama, tiga tahun lalu sewaktu belajar di universiti masing-masing.

Arfa Atirah berkata, dia bersyukur apabila rancangan berkahwin pada hari sama dengan adik kembarnya itu berjalan lancar biarpun masing-masing sibuk bekerja.

“Saya ada berbincang dengan adik sekiranya dia bersetuju untuk berkahwin pada tarikh sama, dan dia sangat gembira dengan rancangan itu.

“Kami tidak mengambil masa lama sewaktu merancang perkahwinan ini kerana kami saling tolong menolong dan perbelanjaan kahwin juga dapat dikawal tidak berlebihan dan membazir,” katanya kepada Metro Ahad, di sini, semalam.

Sumber hmetro.com.my

Mayat Mangsa Pesawat QZ8501 Rosak Boleh Dibiarkan Tenggelam Dalam Dasar Laut Yang Gelap

Imam Besar Masjid Istiqlal, Ali Mustafa Yakub menyatakan jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang rosak hingga tidak boleh dikenalpasti boleh dibiarkan tenggelam di dalam laut.


Mayat Mangsa Pesawat QZ8501 Rosak Boleh Dibiarkan Tenggelam, info, terkini, berita, QZ8501,

Jika keadaan jenazah sudah rosak dan tidak dapat dikenal pasti, biarkan saja di dalam laut. ,” ujar Ali Mustafa Yakub kepada Republika pada Ahad.

Dia turut menjelaskan, orang yang meninggal dunia di atas kapal dan mengambil masa yang panjang untuk dibawa ke darat boleh ditenggelamkan di atas laut sebagai pengganti kepada pengebumian.

“Jika ditunggu hingga sampai ke daratan misalnya, mayat akan busuk,” ujarnya lagi.

Kaedah tersebut katanya sudah dibincangkan di dalam beberapa kitab Islam yang mana penenggelaman dilakukan dengan cara memberikan pemberat yang diikat kepada jenazah.

Dalam situasi hari ini, menurutnya pengurusan jenazah penting untuk dilakukan dengan adanya teknologi yang canggih hari ini. “Tapi sekarang kan ada ujian DNA, jadi sebaiknya dibawa ke daratan,” ujarnya lagi kepada Republika.

Sumber : katakcomel.my